"semua ATM dah rosak.. sapa2 yg baru masuk gaji x dapek r nak withdraw.."

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
SYDNEY 27 Nov. - Kegagalan komputer di bank terbesar Australia, menyebabkan mesin-mesin pengeluaran wang tunai (ATM) tidak berfungsi dan mengakibatkan berjuta-juta penduduk negara ini tidak dapat mengeluarkan wang.

Bank Negara Australia (NAB) berkata, satu fail yang rosak memusnahkan sebahagian besar transaksi termasuk pembayaran gaji dan pemindahan wang serta merosakkan mesin ATM sehingga menyebabkan ramai pengguna marah kerana mereka tidak mempunyai wang pada hujung minggu ini.

Jurucakap bank itu Meaghan Telford berkata, NAB membuka cawangan-cawangannya hari ini dan esok serta membawa lebih ramai kakitangan pusat panggilan ketika juruteknik berusaha memulihkan masalah yang timbul.

"Kami meminta maaf. Kami sedar masalah ini menyebabkan kesulitan ramai. Kami sedang berusaha memulihkannya," katanya kepada AFP.

Telford berkata, fail bermasalah itu menghentikan semua transaksi pada Rabu lalu, termasuk deposit gaji, pembayaran bil dan pemindahan wang antara akaun.

Menurutnya, oleh kerana sistem elektronik terganggu, sebahagian besar mesin ATM turut rosak. Beliau tidak mendedahkan jumlah sebenarnya.

Pelanggan yang menggunakan laman web Twitter melaporkan masalah yang berlaku pada akaun bank mereka, antaranya baki wang yang adakalanya boleh dilihat dan tidak, sekali gus menyebabkan ramai di kalangan mereka tidak dapat mengeluarkan wang. - AFP

Telford berkata, NAB telah menyelesaikan sebahagian besar transaksi yang tertangguh tetapi tidak dapat meramalkan bilakah sistem itu akan kembali beroperasi seperti biasa.

Beliau juga tidak menyatakan berapa ramaikah daripada 11.5 juta pengguna NAB yang terjejas akibat masalah tersebut.

Menurut agensi berita kebangsaan AAP, transaksi bank besar antarabangsa HSBC ke bank lain, deposit senarai gaji dan debit secara terus turut terjejas, kerana NAB turut menjelaskan bayaran untuk HSBC di Australia.

NAB turut mengeluarkan pemberitahuan dalam laman webnya yang menyatakan perbankan Internet sangat perlahan kerana berjuta-juta pelanggan memeriksa akaun mereka.
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
kene virus ker nie?
huhu
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
kalo kat mesia~
rase sumer kedai dah tutup nie~
 

PaRaNoRMaL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 22, 2007
Messages
7,159
Reaction score
84
Points
75
errmmm....hackers punye keje....??? konspirasi??...atau kebetulan??
 

desert

Fun Poster
Joined
Dec 18, 2008
Messages
822
Reaction score
1
Points
15
Kt Malaysia ok lagi lah.. ada MEPS leh withdraw kt mane2..lam 7E pun ader mesin ATM..
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,884
Reaction score
51
Points
125
phewww.. aku ingat kat Malaysia tadi.. lega lah... gaji nak masuk pkul 6 kjap lagi :D
 

syafsp

Passed Away
Joined
Mar 31, 2009
Messages
2,932
Reaction score
558
Points
71
phewww.. aku ingat kat Malaysia tadi.. lega lah... gaji nak masuk pkul 6 kjap lagi :D
oohh... hari tu kata kat aku nak "open table" kan.. :eek::eek::eek:
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register