BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sempat bincang hasrat kahwin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keadaan kemalangan di Kilometer 227.3 Lebuhraya Utara - Selatan, petang kelmarin. Gambar kecil: Muhamad Hanif.
< 1 / 1 >
REMBAU – Hajat seorang pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk berjumpa ayah dan ahli keluarganya sebelum mereka bercuti ke Mabul, Sabah, tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan di kilometer 227.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu, mangsa, Muhamad Hanif Mohamed Harith, 23, maut selepas motosikalnya jenis Yamaha yang ditungganginya merempuh sebuah lori lapan tan membawa muatan alat ganti penghawa dingin yang berada di lorong kecemasan.

Menurut bapa mangsa, Mohamed Harith Hashim, 64, mereka sekeluarga baru sahaja bertemu anak bongsunya itu dan pada Jumaat lalu, dan berbincang mengenai hasratnya untuk menjalin hubungan lebih serius dengan Nur Afiqah Mohd Ariffin, 23.

“Baru sahaja kami berjumpa dan kami semua terperanjat apabila mengetahui Hanif dalam perjalanan pulang ke kampung dan ingin singgah bertemu neneknya, Che Nah Md Som, 78, di Nilai.

“Sekitar jam 1.30 petang, Hanif sempat menghantar pesanan melalui WhatsApp dalam Group Family kami dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa saya dan keluarga sebelum kami berlepas ke Mabul, Sabah bagi percutian keluarga hari ini (semalam),” katanya.

Harith berkata, tidak hanya secara umum, anak tunggal lelakinya itu turut menghantar pesanan WhatsApp secara peribadi kepadanya dan bertanyakan sama ada dia sempat singgah di rumah nenek di Nilai sebelum meneruskan percutian semalam.

"Jika diikutkan memang saya berat hati untuk pergi ke Mabul dan tidak menyangka perasaan ini rupa-rupanya membawa petanda Hanif akan pergi.

Malah, saya berasa sangat sedih apabila mengenangkan WhatsApp Hanif, tiga hari lalu yang bertulis "saya sayang ayah".

“Sememangnya sebagai anak bongsu, Hanif memang rapat dengan saya dan tiga kakaknya, lebih-lebih lagi ibunya sudah meninggal lebih 11 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Afiqah berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada polis yang menghubunginya terlebih dahulu berdasarkan butiran peribadi di dokumen pos laju yang dijumpai di dalam dompet Haris.

“Saya sangat terkejut dan berasa sangat sedih, namun bergegas menghubungi bapa Hanif.

"Sekitar jam 2.30 petang, Hanif ada menghantar pesanan WhatsApp kepada saya yang menyatakan dia ingin pulang.

“Saya hanya menyedarinya 15 minit selepas pesanan dihantar dan membalas bertanyakan kenapa pulang secara tiba-tiba, namun tidak dijawab. Kebiasaannya, Hanif akan menyatakan lebih awal jika ingin pulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.
 
selalu kemalangan motor kat lorong kecemasan ni..

semoga keluarga mangsa tabah..

al-fatihah..
 
patut setiap kilometer ada lot parking khas untuk lori rosak
 
motor xde laluan kt highway.. ikut emergency lane rempuh lori.. ikut lorong biasa kena rempuh plak..
 
Back
Top
Log in Register