BTC USD 49,241.2 Gold USD 1,786.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya 1 Jan 2022

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju dengan cadangan SOP kemasukan pekerja asing ke Malaysia khususnya bagi sektor perladangan.
https://www.utusan.com.my/.../pekerja-asing-dibenarkan.../

Pekerja asing dibenarkan masuk untuk sektor perladangan​

pekerja-asing-ladang-blur-re.png


  • 22 Oktober 2021, 6:04 pm


PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP-SOP ini akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan lain adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat bersama dua menteri itu.

Menurut Perdana Menteri, terdapat empat SOP yang ditetapkan iaitu pra perlepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan dan pasca kuarantin.


“Bagi SOP pra perlepasan, perlu menerima vaksinasi lengkap di negara sumber (diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)); melakukan ujian saringan menggunakan RT-PCR 72 jam sebelum meninggalkan negara asal; mengemukakan sijil vaksinasi serta mematuhi syarat dan dasar imigresen serta lain-lain kriteria yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi SOP semasa ketibaan pula, hanya melalui satu pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 sahaja (kecuali pekerja asing dari Thailand – kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang).

Kata beliau, segala urusan adalah dengan wakil majikan dan agensi kerajaan berkaitan (Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Kawal Selia dan lain-lain)

“Melalui laluan khas (Special Lane) kemasukan pekerja asing, dan mempunyai wakil perwakilan diplomatik negara sumber (pilihan),” katanya.

Bagi SOP selepas ketibaan pula, kata Perdana Menteri, berhubung pelaksanaan kuarantin, tempoh kuarantin diselaraskan dengan KKM (tempoh kuarantin wajib adalah tujuh hari), berada di pusat kuarantin yang diperakui kerajaan di sekitar Lembah Klang sahaja (pengecualian kepada pekerja asing warga Thailand yang bekerja sebagai kru vessel penangkapan ikan tempatan yang akan menggunakan pusat kuarantin berdekatan pintu masuk)

Katanya, Ujian RT-PCR perlu dilakukan pada hari kedua dan hari keluma tempoh kuarantin dan sekiranya positif, kes kategori 1 atau 2 perlu disolasi di PKRC swasta, manakala kes kategori 3, 4 dan 5 perlu dirujuk ke hospital swasta.

Dalam pada itu, bagi SOP pasca kuarantin, Perdana Menteri berkata, selepas tamat kuarantin dan disahkan negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis majikan menggunakan pengangkutan disediakan majikan selain urusan FOMEMA.
“Pekerja asing perlu mematuhi SOP yang ditetapkan majikan,” katanya. – UTUSAN

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
1f9f7.png
SOP kemasukan pekerja asing bagi sektor perladangan
1f9f7.png
SOP for plantation sector foreign labour intake
[Infografik / Infographics]

1634975455177.png

1634975462110.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Saravanan akui tak berani bawa masuk pekerja asing
23 Oktober 2021


1634975632446.png

M Saravanan

SERI KEMBANGAN - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengakui tidak berani untuk membawa masuk pekerja asing ketika negara ini sedang berjuang menghadapi Covid-19.

Menurutnya, sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini, beliau akan dituduh kerana membawa masuk pekerja asing.
“Saya nak lihat bagaimana kita boleh ikut prosedur operasi standard (SOP) baharu.

“Dalam keadaan negara menghadapi Covid-19 ini, saya bukan berani sangat hendak membawa pekerja asing.
Apabila perkara-perkara tidak diingini berlaku, saya akan dituduh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Seri Kembangan pada Sabtu.



1634975674464.png

Saravanan (kiri) bersama Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga dari kiri) ketika mengadakan pertemuan lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Seri Kembangan pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Jumaat meluluskan SOP kemasukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas itu berkata, SOP berkenaan akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara ‘case-by-case basis’ oleh Jawatankuasa Pekerja Asing dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pada masa ini sektor perladangan sangat memerlukan pekerja asing, di samping kurangnya minat warga tempatan untuk bekerja di sektor terbabit.

“Walaupun saya kejam kepada pihak peladang, saya sedar mereka betul-betul memerlukan pekerja asing.
“Saya masih main tarik tali sebab saya masih mengharap ada pekerja tempatan akan mengambil peluang ini, tetapi warga tempatan tidak minat,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, kerajaan akan membawa seramai 32,000 pekerja asing secara berperingkat untuk bekerja dalam sektor perladangan seawal bulan depan.

“Permintaan dari sektor perladangan sebanyak 32,000 pekerja asing, kita akan cuba sedaya yang boleh untuk bawa,” jelasnya.

 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,783
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,783
Reaction score
2,786
Points
201
Buka ja la kata dh vaksin 90% rakyat....bantu untuk rancakkn ekonomi blk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Buka ja la kata dh vaksin 90% rakyat....bantu untuk rancakkn ekonomi blk

tn lau_kau, ni nak bawak pekerja asing masuk malaysia
pekerja asing tu pulak nak kena dimonitor terlebih dahulu cukup ke tak syaratnya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
#BHnasional Kemasukan pekerja asing kerana permintaan tinggi, warga tempatan tidak berminat isi kekosongan
https://bit.ly/3E7TbDV

32,000 pekerja ladang masuk Malaysia bulan depan​


Oktober 23, 2021 @ 4:38pm

1634980059509.png


Saravanan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan COVID-19 di Seri Kembangan, hari ini. - NSTP/FATHIL ASRI.

KUALA LUMPUR: Seramai 32,000 pekerja asing bagi sektor perladangan akan mula masuk ke negara ini secara berperingkat mulai awal bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat permintaan tinggi daripada sektor berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah berbincang berhubung jumlah pekerja asing bagi sektor lain, namun kini memberi tumpuan kepada sektor perladangan terlebih dulu.

"Sebelum ini saya masih menunggu (untuk membawa masuk pekerja asing) kerana masih berharap warga tempatan yang akan mengambil peluang ini, namun tiada yang berminat dengan sektor 3D (kotor, bahaya, sukar).


"Malah baru-baru ini, ada pengusaha restoran yang menawarkan gaji lebih RM2,000 kepada pekerja tempatan walaupun gaji minuman ditetapkan ketika ini adalah RM1,200, namun tiada yang berminat.

"Jadi, selepas meneliti, kita sudah sampai ke tahap memerlukan pekerja asing di sektor perladangan," katanya selepas Majlis Penyerahan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada lima beradik yatim piatu di Seri Kembangan, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 itu menerima faedah Skim Keilatan iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan Pencen Penakat sebanyak RM835.70 setiap bulan sehingga mereka mencecah usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.

Bapa mereka, Hasil Tahal, 46, yang juga pemilik syarikat kontraktor binaan meninggal dunia pada 11 Ogos lalu, manakala ibu, Ida Haryanie Abdul Razak, 38, meninggal dunia pada 7 Oktober lalu selepas ditidurkan selama 64 hari di Hospital Putrajaya.

Lima beradik itu, Hadrami,11; Humaira, 9; Harraz, 8; Hawwas, 6 dan Hannan, 3; kini dijaga datuk serta nenek mereka, Abdul Razak Basiron, 67, serta Intan Sulaiman, 63.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, pihaknya meletakkan prasyarat kepada majikan sebelum membenarkan mereka mendapatkan pekerja asing termasuk memastikan menyediakan kemudahan sewajarnya seperti tempat tinggal dan perlu meyakinkan kementerian pekerja asing itu hanya bertugas di ladang, manakala tugas lain seperti menjaga stor atau pejabat, diberikan kepada pekerja tempatan.

"Saya mahu lihat majikan yang memohon pekerja asing itu memaklumkan terlebih dulu jumlah pekerja tempatan yang mereka ada kerana pekerja asing yang dimohon itu hanya untuk bekerja di ladang," katanya.

Berkenaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 di kalangan warga asing berkenaan, katanya, ia masih belum diputuskan lagi.

"Dalam keadaan COVID-19 ketika ini, kita perlu lebih berhati-hati untuk membawa masuk pekerja asing bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Sementara itu, berdasarkan Statistik Siswazah 2020 apabila bilangan penganggur mencecah 28 peratus atau seramai 202,400 orang, Saravanan berkata, kerajaan sedang mengambil pelbagai langkah untuk menyediakan peluang pekerjaan.

Katanya, ia termasuk berusaha membawa masuk pelabur asing yang akan membantu memberi banyak peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan mengadakan Job Fair apabila dibolehkan nanti.

"Masalah ini bukan berlaku di Malaysia saja, malah di seluruh dunia, namun saya yakin keadaan akan berubah nanti.

"Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang, mereka dinasihatkan tidak memilih kerja kerana keadaan ini hanya sementara saja," katanya.


 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81
Jd mcm mane ni? on ke xon?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
#KotaTinggi Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, di sini, selain di Telok Melano dan Baleh, Sarawak, serta Lembah Silika, Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/.../4-pintu-sempadan...

4 pintu sempadan antarabangsa baharu bakal dibuka​


1635680499300.png


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, (kanan sekali) meninjau Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, di sini, hari ini. FOTO IHSAN DESARU COAST

Kota Tinggi: Empat pintu sempadan antarabangsa baharu akan dibuka menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, di sini, selain di Telok Melano dan Baleh, Sarawak, serta Lembah Silika, Terengganu.

Katanya, pembukaan empat pintu sempadan antarabangsa itu bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong jika pintu sempadan diumumkan dibuka nanti malah mampu melonjakkan ekonomi di kawasan terbabit.

"Bagi Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi, ia sudah bersedia untuk dibuka sepenuhnya dengan tinjauan hari ini mendapati semua agensi juga bersedia ditempatkan di kemudahan ini.

"Kita hanya tunggu pengumuman pembukaan sempadan sahaja bagi terminal ini beroperasi dan kita jangkakan menjelang Tahun Baharu Cina ia sudah boleh dibuka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, di sini, hari ini.

Katanya, Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast turut dilengkapi dengan sistem e-gate automatik imigresen dua arah pertama di Malaysia, iaitu e-gate generasi baharu yang menawarkan pintu buaian berganda dengan ciri keselamatan, menjadikan pemeriksaan imigresen lebih pantas ketika waktu puncak.

"Bagi pintu sempadan antarabangsa di Telok Melano dan Baleh, Sarawak, (laluan darat) serta Lembah Silika, Terengganu, (pintu masuk laut) pula, ia masih lagi dalam pembinaan, dan dijangka siap pada tahun depan," katanya.

Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam menyaksikan sektor pertahanan dan ketenteraman awam terus diutamakan selepas kerajaan meluluskan empat pintu masuk imigresen baharu.

Antara pintu masuk baharu yang diumumkan antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano.

Dilengkapi sepenuhnya dengan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta kemudahan maritim, Terminal Feri Desaru Coast akan melancarkan perjalanan antarabangsa ke Malaysia dengan akses terus dari Singapura, kepulauan Riau di Batam dan Kepulauan Bintan.

Terminal Feri Desaru Coast akan memulakan operasinya dengan Terminal Feri Tanah Merah, Singapura, pada 60 hingga 90 hari selepas pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Ia mampu memproses kemasukan 300 penumpang pada setiap waktu ketibaan dengan jangkaan kira-kira 102,000 kemasukan penumpang setahun.
Disiarkan pada: Oktober 30, 2021 @ 7:02pm


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,228
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,228
Reaction score
16,648
Points
2,376
MALAYSIA & AUSTRALIA | Bincang Kemungkinan Buka Semula Sempadan

Malaysia dan Australia berunding mengenai kemungkinan membuka semula sempadan kedua-dua negara secepat mungkin.

Perkara itu sedang dibincangkan Menteri Kesihatan kedua-dua negara dan hasilnya akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan kelak.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register