Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,380
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,380
- Reaction score
- 7,013
- Points
- 916
- Awards
- 1
10.10.2024 - Sembilan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini dikenal pasti sebagai projek sakit yang perlu segera diselesaikan menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim berkata, kerajaan negeri mempunyai sebanyak 41 projek RTB dengan peruntukan kos bernilai RM482 juta. Menurutnya, sebahagian daripada projek itu dalam peringkat pelaksanaan dan ada dalam proses reka bentuk.
"Kita mendapati sembilan daripada projek berkenaan bermasalah dan boleh dikategorikan sebagai projek sakit kerana masih tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Projek itu melibatkan penaiktarafan sistem saliran, kolam takungan banjir serta peralihan utiliti," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Ia membabitkan kawasan di Sungai Kayu Ara; Kampung Budiman, Meru; Sijangkang, Kuala Langat; Sungai Damansara; Sungai Kandis, Sungai Kembong Pulau Indah; Taman Mutiara Bukit Raja serta Sungai Pinang. Izham berkata, tindakan segera diambil iaitu menamatkan kontrak, menyenarai hitam kontraktor dan konsultan yang bermasalah terbabit. Dalam pada itu, katanya, kerajaan Persekutuan meluluskan lima projek tebatan banjir berimpak tinggi dengan kos bernilai RM2.25 bilion di Selangor.
"Kita turut memohon kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melakukan tindakan sama membabitkan projek RTB berimpak tinggi seperti RTB Sungai Buloh Fasa 1. Projek yang dalam proses penyediaan pelan dan reka bentuk terperinci itu antaranya melibatkan Sungai Kapar, Sungai Langat, Taman Sri Muda dan Sungai Damansara. Kita berharap semua projek itu dapat segera dilaksanakan bagi membantu RTB sedia ada dalam mengawal situasi banjir di negeri ini," katanya.