BTC USD 99,833.4 Gold USD 2,680.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembilan premis makanan kotor di Bachok diarah tutup

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

Sembilan premis makanan kotor di Bachok diarah tutup​

Oleh Nor Amalina Alias - Oktober 31, 2024 @ 1:19am
[email protected]


Keadaan premis makanan di Bachok yang diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang diarah tutup. - Foto JKNK
Keadaan premis makanan di Bachok yang diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang diarah tutup. - Foto JKNK

BACHOK: Sembilan premis makanan membabitkan kedai makan dan restoran di daerah ini diarahkan tutup selama 14 hari.

Ini berikutan premis berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui pemeriksaan terhadap 58 premis makanan di Bachok.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pemeriksaan dilaksanakan pada Selasa lalu membabitkan premis di sekitar Bandar Bachok, Jalan Melawi- Kandis, Jalan Bachok- Budi, Jalan Bachok- Beris Kubur Besar dan Jalan Jelawat- Gunong.

"Pemeriksaan membabitkan 71 kakitangan JKNK dan hasilnya sembilan premis diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.


"Jika tidak menurut arahan penutupan, peniaga boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan kepada media.

Zaini berkata, operasi berkenaan turut mengeluarkan sebanyak 137 notis tawaran kompaun terhadap pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berjumlah RM48,000.

Katanya antara kesalahan paling banyak adalah 15 notis berhubung kesalahan di bawah Peraturan perkara 11(1) membenarkan pengendali makanan tidak menghadiri latihan pengendali makanan atau tidak membuat pemeriksaan perubatan dan mendapatkan vaksin bekerja, Perkara 32(1) kesalahan tidak mematuhi kehendak berhubung pemakaian dan Perkara 38 tidak memenuhi kehendak berhubung penyimpanan makanan.

Kesalahan lain adalah Peraturan Perkara 3(1) iaitu tidak mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perkara 30(1) tidak mematuhi kehendak yang berhubung dengan latihan pengendalian makanan, Perkara 31(1) tidak membuat pemeriksaan kesihatan pengendali makanan dan mendapatkan vaksin, Perkara 33(1) tidak memenuhi kehendak berhubung dengan amalan pengendalian makanan dan sebagainya.

Tujuan pemeriksaan adalah bagi memastikan premis makanan sentiasa dalam keadaan memuaskan serta makanan yang disediakan selamat untuk dimakan pengguna.

 
Sponsored Post

negara isle tapi ….Sembilan premis makanan membabitkan kedai makan dan restoran di daerah ini diarahkan tutup selama 14 hari.

UNBELIEVABLE! 😂😂

Sebab itulah restaurant melayu* juga di wajibkan memiliki sijil halal.

Saya sebab itulah saya takan masuk kedai melayu Jika tiada sijil halal tapi saya akan masuk western restaurant walaupun mereka tiada sijil halal😂😂

Ada ayam dalam sangkar tu😂😂

IMG-3488.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register