BTC USD 36,041.5 Gold USD 1,814.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sembilan KRU Barter Trade Warga Indonesia Berdepan Detik Cemas

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,574
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,574
Reaction score
467
Points
91
π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—₯𝗨 𝗕𝗔π—₯π—§π—˜π—₯ 𝗧π—₯π—”π——π—˜ π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—œπ—‘π——π—’π—‘π—˜π—¦π—œπ—” π—•π—˜π—₯π——π—˜π—£π—”π—‘ π——π—˜π—§π—œπ—ž π—–π—˜π— π—”π—¦
FB_IMG_1638776505545.jpg
FB_IMG_1638776511804.jpg
FB_IMG_1638776513952.jpg

π—žπ—’π—§π—” π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ, 𝟲 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Sembilan kru warga Indonesia berdepan detik cemas apabila bot barter trade yang dinaiki telah dimasuki air dan hampir tenggelam di perairan Tanjung Pungai, Johor pada jam 11 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat kejadian menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) mengenai kejadian sebuah bot barter trade telah mengalami cuaca buruk justeru telah berjaya diselamatkan oleh bot ronda Perkasa 30 milik Maritim Malaysia.

Sebelum kejadian, bot barter trade yang dikendalikan oleh sembilan kru warga Indonesia berumur di antara 19 tahun hingga 48 tahun itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna dari Singapura.

Kesemua kru bot barter trade yang diselamatkan telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru.

Maritim Malaysia menerusi MRSC Johor Bahru ingin menasihatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket keselamatan sewaktu berhadapan cuaca buruk di laut.

Sebarang kecemasan di laut, segera hubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07 - 2199401) atau talian kecemasan MERS 999.

#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
 

CG Sponsors




Top
Log in Register