BTC USD 50,668.1 Gold USD 1,780.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semangat Islam Melayu mampu serasi Umno-Bersatu

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,477
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,477
Reaction score
2,974
Points
201
Semangat Islam Melayu mampu serasi Umno-Bersatu

September 30, 2021

MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Beban yang ditanggung PAS sangat besar dalam usaha untuk menyatukan parti teras orang Melayu iaitu Bersatu dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, biarpun kedua-dua parti tersebut mempunyai ideologi yang berbeza, namun semangat Islam dan Melayu mampu menyatukan mereka.

“Sukar untuk kita satukan, tetapi atas objektif sama antara parti-parti tersebut, kita boleh bekerjasama bagi mengetepikan perbezaan.

Advertisement

“Kita bincang perkara sama matlamat sama iaitu Melayu dan Islam,” katanya pada program Bicara Harakah, ‘Memulihkan Ekonomi, Menjaga Kebajikan Keluarga Malaysia’ secara langsung di Facebook Harakahdaily.net malam tadi.

Program itu dipengerusikan Hezry Yasin, turut menampilkan Perunding Kewangan Islam dan Pengasas SOHA Barakah Wealth Consultancy, Hawa Yaakub.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kesatuan parti yang berteraskan Melayu dan Islam merupakan hasrat PAS untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan tahun depan.

Menuruntnya impian itu perkara yang tidak mustahil untuk dicapai, di mana tetap PAS meneruskan usaha untuk membolehkan parti terbabit duduk semeja.

“Selepas perbincangan demi perbincangan, Insya-Allah kita mampu timbulkan keserasian serta membentuk ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata, PAS Terengganu berjaya menunaikan 85 peratus manifesto PRU-14 dalam tempoh tiga tahun setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, sehingga kini sebanyak 17 daripada keseluruhan 20 manifesto PRU-14 sudah dilaksanakan bagi manfaat rakyat.

“Dari segi prinsip yang digunapakai dalam melaksanakan program ekonomi dan kebajikan di Terengganu, sebanyak 17 daripada 20 perkara dalam manifesto PRU-14 sudah dilaksanakan.

“Jadi banyak perkara yang telah dilaksanakan termasuk pemberian lot kepada mereka memerlukan. Selain itu tabung pendidikan, pengecualian cukai pintu dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/9/2021
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,477
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,477
Reaction score
2,974
Points
201

PAS konsisten menjuarai politik perpaduan​

October 4, 2021
IMG-20211004-WA0010-696x391.jpg

DI ZAMAN penuh mencabar ini Budaya Politik Matang dan Sejahtera sangat diharapkan untuk memurni dan mengharmonikan situasi. Api jangan dilawan dengan api kelak rentung dan hangus segala-galanya. Tetapi api itu seharusnya dicurah dengan kasih sayang dan kewarasan biar padam kehangatan dan timbul nyaman serta tenteram.

Di dalam kecamuk politik ini siapa lagi jika tidak PAS yang perlu melonjak ke hadapan membawa perdamaian dan menawarkan penyelesaian. Bukankah Islam itu kunci perpaduan ummah. Cukup lega dan meyakinkan apabila Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam di Terengganu terbit dengan penegasan bahawa PAS konsisten dan akan kekal dengan prinsip politik penyatuan ummah yang merupakan teras perjuangan PAS.

Advertisement

PAS kata Dato’ Sri Tuan Ibrahim akan terus berunding dengan PN dan MN khususnya Umno demi mengelakkan pertandingan sesama sendiri dalam PRU nanti yang hanya akan merugikan ummah. Tumpuan waktu ini tambah beliau adalah pada menawan kerusi-kerusi pembangkang dalam PRU15 nanti.

Untuk itu buat permulaan kata beliau lagi semua kerusi yang dimenangi sama ada PAS, Umno atau BERSATU dalam PRU14 lalu sewajarnya kekal milik mana-mana parti berkenaan dalam PRU15 nanti. Jangan berbalah dari hal kerusi yang telah menang sepatutnya di peringkat ini tumpuan diberi pada kerusi yang dikuasai pembangkang supaya jumlah kerusi yang dimenangi dapat dipertingkatkan.

PAS akan mengarahkan jenteranya berkerja memastikan kerusi-kerusi menang terus dipertahankan. Jika ia kerusi Umno berdasarkan keputusan PRU14 maka PAS akan bantu dan demikian juga jika ia kerusi BERSATU.

Dengan sikap realistik sebegini diharapkan dengan inisiatif PAS dan kerjasama semua pihak parti kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri kekal berkuasa dengan kemenangan lebih besar PRU nanti.

Jangan sampai kalah jadi arang

Pagi semalam sejurus mahu melangkah keluar masjid saya disapa oleh seorang ahli jamaah, seorang kenalan pesara kanan kerajaan. Beliau terus bertanya kerana kenal saya, “Macam mana pendirian PAS, ikut mana”.

Saya beritahu ringkas, insya-Allah PAS sebagai sebuah gerakan Islam akan kekal menjuarai jajaran politik perpaduan ummah, tiada pilihan lain. Beliau dan saya yakin jutaan umat Melayu Islam dalam negara risau dan gusar melihatkan kenyataan beberapa pimpinan politik kebelakangan ini.

Presiden Umno kelihatan keras begitu juga Presiden BERSATU. Masing-masing mahu memilih jalan sendiri. Inilah yang membimbangkan ramai di luar. Sesungguhnya umat Melayu Islam tidak mahu lagi memperjudikan masa depan mereka dengan menaikkan gabungan yang didominasi DAP. Mereka mahu kuasa politik ummah diperkasa dan mentadbir negara dengan penuh adil dan saksama.

Tetapi perkembangan kebelakangan ini tidak melihatkan langit akan cerah. Kita seolah sedang kembali ke pertembungan asal. Berpatah arang berkerat rotan sesama sendiri. Akibatnya kaduk kembali naik junjung.

PAS bagaimana? Ramai yang mengharapkan PAS menjadi pendamai. Bukankah PAS sebuah gerakan Islam dan kesemua pemegang taruh berkongsi satu aqidah selain rumpun yang sama. PAS lah kena terbit dengan cadangan dan jalan penyelesaian. Kita semua mahu selamatkan negara agar kuasa kekal dipegang oleh kelompok majoriti, tiada lagi dominasi minoriti atas majoriti.

Perhatian ummah diberi pada PAS. Dan pasti pimpinan PAS sedang menyelongkar khazanah ilmu Islam berpandukan nas untuk memimpin para pemegang taruh agar kembali bermuafakat demi ummah jangan sampai bercerai-berai.

Ketepikan perbezaan dan agenda peribadi yang penting adalah nasib dan masa depan ummah. Saya tertarik membaca sepotong komen dari mereka di akar umbi dalam Facebook seorang pemimpin:

“Buat kajian betui-betui bohh…
Jangan nanti, kalah jadi Abu…menang jadi arang…
Sama-sama berputih mata…kerana mempertahankan ego masing-masing.”


Pilihan kita hanyalah jajaran politik perpaduan ummah, insya-Allah rakyat dan negara akan bersama kita.

Politik Penyatuan Ummah akan sentiasa relevan

Politik Malaysia pasca PRU14 cukup ‘volatile’, sentiasa bergolak dan turun naik. Kerajaan PH naik kemudian rebah dalam tempoh 22 bulan, Perdana Menteri ke-8 naik hanya untuk digantikan Perdana Menteri ke-9.

Ternyata pasca PRU14 nasib dan masa depan politik ummah terletak pada politik penyatuan, kegagalan bermuafakat bakal mengulangi kerugian politik buat ummah. Sesungguhnya tanggungjawab membina dan mendirikan jajaran politik perpaduan ummah dipikul oleh semua pemegang taruh politik dalam negara yang mewakili umat Melayu Islam.

Ianya perintah Allah S.W.T dan sewajarnya semua pimpinan ummah akur dan sentiasa berusaha tanpa putus asa untuk merealisasikannya kerana kejayaannya bermakna terselamatlah ummah dari jurang api neraka. Memang ikhtiar ke arahnya tidak mudah tetapi mahukah kita mencabar perintah Yang Maha Berkuasa.

Semoga kepimpinan ummah sentiasa mengusahakannya jangan lagi kita berbalah dan bercerai-berai sesama kita. Kejayaan permuafakatan ummah adalah atas kehendak dan kurnia Allah S.W.T. Jangan kita tolak nikmat kurnia Nya itu. Dan jadilah kita ummah yang bersaudara yang berpayung di bawah redha dan kasih sayang Nya.

Saya yakin saya dan kita semua dambakan melihat perintah Allah S.W.T sebagaimana pada ayat di bawah menjadi nyata dalam waktu terdekat walau ada yang mahu menggagalkannya:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

(Ali Imran 103)

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 4/10/2021

Sumber Asal:



 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register