BTC USD 44,666.8 Gold USD 1,740.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Status Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini

Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,410
Reaction score
139
Points
43
masuk mmg x penuh sbb kan dia da kabo bayo 2x, ujung bulan 10 ngn bln 1 thn 2021...
 
Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,496
Reaction score
741
Points
121
tak faham aku BPN 2.0 ni,

akaun bank sama dengan BPN 1.0 , 2 kali berjaya kredit
akaun bank sama dengan akaun bank refund cukai
akaun bank aktif bulan2 gaji masuk.....TAPI

bila duit BPN 2.0 nak kredit masuk, tiba2 status INVALID ACCT NO

dorang memang buat secara random ker apa error ni? sebab duit tak cukup nak bagi semua orang , sebab tu ada yang sengaja digagalkan dan dapat kemudian?
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Boleh Mohon BPN 2.0 Sehingga 15 November

09.11.2020 - Kuala Lumpur, Tarikh akhir membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sehingga Ahad ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan supaya memohon segera, selewat-lewatnya sehingga 15 November ini.

"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan.

"BPN 2.0 adalah di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada Januari 2021.
Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/639702/boleh-mohon-bpn-20-sehingga-15-nov
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,518
Reaction score
15,043
Points
2,376
BPN 2.0 | Bayaran Fasa Ke-2, Permohonan Baharu, Rayuan Pada Jan 2021

Pembayaran fasa kedua, Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) termasuk permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada Januari 2021.

Tempoh permohonan baharu serta rayuan juga berakhir pada 15 November lalu.

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
17,049
Reaction score
1,065
Points
201
BPN 2.0 | Bayaran Fasa Ke-2, Permohonan Baharu, Rayuan Pada Jan 2021

Pembayaran fasa kedua, Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) termasuk permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada Januari 2021.

Tempoh permohonan baharu serta rayuan juga berakhir pada 15 November lalu.

ada yang dah masyuk ke BPN fasa 2 ni?..
 
TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,515
Reaction score
21,633
Points
1,671
Pembayaran fasa dua BPN 2.0 diumum dalam masa terdekat

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dalam masa terdekat,

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata proses semakan permohonan baharu dan rayuan masih dijalankan.

Katanya, permohonan baharu dan rayuan yang lulus, dijangka disalurkan mulai bulan ini.

"Manakala, penunaian fasa pertama BPN 2.0 melalui BSN bagi mereka yang gagal kredit juga masih sedang diteruskan," katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi Geran Khas PRIHATIN 2.0 (GKP 2.0), proses semakan permohonan baharu dan rayuan sedang dalam proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan.

"Keputusan GKP 2.0 akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Program Subsidi Upah (PSU 2.0) di bawah pakej KITA Prihatin menyaksikan sebanyak RM418.67 juta disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja setakat 25 Disember 2020.

Katanya, jumlah itu berbanding RM239.73 juta bagi 51,022 majikan dan 420,193 pekerja pada minggu sebelumnya.

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,498
Reaction score
947

penantian 7 hari yang menyakitkan walau cuma sikit je dpt hahaha.

bole la utk bernafas sementara tunggu gaji 25hb.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register