Semakan Status Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini

CG Sponsors




Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,718
Reaction score
613
Points
121
bole la buat stok beli beras utk 4 bulan, dan makanan2 tin.. kot2 ekonomi lain mcm tahun depan.

Wallahualam.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,690
Reaction score
21,085
Points
1,671
rimau ada yg dah mengaum. awal plak
 

nixtitan

Junior Member
Joined
Sep 16, 2019
Messages
68
Reaction score
13
Points
21
Status Permohonan
TIDAK LAYAK !
Alasan Tidak Layak
Tidak layak kerana pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi, pemohon/pasangan boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui https://gkp.hasil.gov.my/ jika berkelayakan

SSM da mati 3 tahun pun masih tak layak dpt..

bukan pernah buat ape pun dgn SSM tu, sekadar register je...
kedai, account bank ape semua xde...

ade kes kawan ade gak ssm, pun xpernah buka kedai or buka acc bank..
tapi dapat lak BPN BSH semua tu...

ni kalau nak apply GKP pun tak layak sbb da xde bisnes...:cry:
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
5,602
Reaction score
899
Points
121
Status Permohonan
TIDAK LAYAK !
Alasan Tidak Layak
Tidak layak kerana pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi, pemohon/pasangan boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui https://gkp.hasil.gov.my/ jika berkelayakan

SSM da mati 3 tahun pun masih tak layak dpt..

bukan pernah buat ape pun dgn SSM tu, sekadar register je...
kedai, account bank ape semua xde...

ade kes kawan ade gak ssm, pun xpernah buka kedai or buka acc bank..
tapi dapat lak BPN BSH semua tu...

ni kalau nak apply GKP pun tak layak sbb da xde bisnes...:cry:
Cubalah g jabatan hasil tu.. bgtau dorg..kalau suruh buat surat suruhanjaya sumpah try buat bg dorg..dh tak percaya sangat..xcuba tak tau..iktiar dan berusaha kerja kita..mudah2an ada pertolongan..
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,669
Reaction score
837
Points
171
PUTRAJAYA: Prihatin dengan kesukaran dialami oleh rakyat pada ketika ini, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 fasa pertama telah dimulakan lebih awal daripada jadual.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini semalam, bayaran itu telah mula dimasukkan sejak 19 Oktober lalu berbanding tarikh asalnya pada 26 Oktober ini.

Ia juga susulan beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang musykil apabila mereka mendapati sudah menerima bayaran tersebut lebih awal daripada pengumuman sebelum ini.

“Kementerian Kewangan ingin mengesahkan bahawa pembayaran BPN 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan serta urusan itu dipercepatkan,” kata kenyataan berkenaan.

Ia merujuk usaha komitmen para pegawai kementerian itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan institusi kewangan yang terlibat dalam proses pembayaran tersebut.

Bagaimanapun, pembayaran dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40 dengan melibatkan sejumlah 7.5 juta penerima bermula pada 19 Oktober lepas.

Ini meliputi 3.7 juta penerima dalam kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang, manakala golongan M40 pula sudah bermula 22 Oktober yang melibatkan 3.1 juta penerima.

Jumlah itu membabitkan 1.4 juta penerima kategori isi rumah dan 1.7 juta penerima kategori bujang, Proses pengkreditan akan berterusan dan dijangka selesai sebelum hujung bulan ini.

Bagi penerima BPN yang tiada mempunyai sebarang akaun bank, mereka boleh membuat penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober ini.

“Sementara bagi penerima yang didapati gagal kredit pula, mereka akan dapat pembayaran tersebut mulai seawal minggu kedua pada November depan,” jelas kenyataan tersebut lagi.

Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak BSN akan keluarkan panduan tertentu untuk dipatuhi.

Antaranya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tertentu dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima ketika hadir di premis bank berkenaan.

Kerajaan juga ingin mengingatkan bahawa tempoh permohonan baharu BPN 2.0 masih dibuka sehingga 15 November dan bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau semakan, orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta juga hantar emel kepada [email protected]. – UTUSAN
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,829
Reaction score
1,218
Points
201
Ada yg Masih lom masuk
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,762
Reaction score
11,718
Points
2,376
Alhamdulillah
Dah masuk awal
CIMB
Dapat la duit belanja beli barang dapur
 
Sponsored Post
Top
Log in Register