Semakan Status Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini

CG Sponsors




eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,448
Reaction score
492
Points
86
check no ic tadi ... TIADA REKOD
padahal yg BPN 1.0 dapat je aritu
ada sesapa yg boleh bagi info

limit gaji m40 ni berapa ??
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,056
Reaction score
249
Points
38
lulus ..alhamdulillah..
lepas wat belanja..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,762
Reaction score
11,718
Points
2,376
FB_IMG_1602838901955.jpg

FB_IMG_1602838904488.jpg

Kenyataan Media ⠀

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Berjumlah RM7.0 Bilion Secara Berperingkat Mulai 26 Oktober 2020⠀

16 Oktober 2020

Kementerian Kewangan Malaysia

Tengku Zafrul
 

zam5245

Fun Poster
Joined
May 31, 2006
Messages
849
Reaction score
13
Points
15
ngapa nak isi borang permohonan baru tak boleh.ke kena print dulu.
 

isteri_aku

Active Member
Joined
Feb 5, 2012
Messages
2,073
Reaction score
31
Points
40
Ikut info kat LHDN kann? Alhamdulillah, dapat seribu. Kalo ikut info yg sama juga, apesal BSH kawan x dapat...siap bagitau pendapatan lebey 4k pulak tu....tepuk dahi!!! :sleep:

Kawan anggap xde rezeki je la...
Nie tunggu result GKP 2.0 pulak....ade rezeki dapat la
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dibayar 26 Oktober ini

25A60D0A-2482-4C73-BDCE-79C86E2B2B69.jpeg


KUALA LUMPUR: Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang, secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Manakala kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan peka dengan kesukaran yang dialami oleh rakyat pada saat pandemik COVID-19 ini.

"Sehubungan itu, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri pada 23 September lalu.," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, permohonan baru BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020, bagi membantu kumpulan mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan terhadap status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19.

Menurutnya, bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu akan dibuat dalam kadar segera.

"Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.

"Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit, terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan penyampaian BPN 2.0 ini dilaksanakan dengan lancar untuk kemudahan rakyat.

"Saya juga ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN 2.0 ini.

"Penerima disarankan untuk merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali," katanya.

== bharian
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,440
Reaction score
569
Points
126
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0.jpg

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sempena covid-19 sahaja.
BSH / BR1M itu Bantuan Sara Hidup
 
Sponsored Post
Top
Log in Register