BTC USD 49,256.4 Gold USD 1,785.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Semula - Pulau Batu Putih (Malaysia vs Singapura)

syahrizam

Active+ Member
Messages
3,625
Joined
Jan 4, 2011
Messages
3,625
Reaction score
107
Points
43
Rilek punya Mahathir perli Sultan Johor pasal tanah tambak forest city.
Org putih kata he has a point. Sebelum Malaysia dan Singapore rujuk kes ni kat ICJ, dua2 dah tanda tangan bahawa keputusan ICJ muktamad, takde rayuan. So, Malaysia kena berpegang kpd janji tu.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,727
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,727
Reaction score
15,474
Points
1,906
dari pakJib

CC3F2962-8EC4-4C1D-BFFD-10E5CE17F8FD_4_5005_c.jpeg


1634791466112.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,727
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,727
Reaction score
15,474
Points
1,906
“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri?
https://www.utusan.com.my/.../sultan-ibrahim-terima.../

Sultan Ibrahim terima taklimat Pulau Batu Puteh​

Sultan-Johor-Batu-Puteh-re.jpeg


SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menerima sembah taklimat mengenai isu Pulau Batu Puteh oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

  • 21 Oktober 2021, 1:03 pm


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sebelum ini mempersoalkan isu Pulau Batu Puteh yang tidak diteruskan permohonan semakan hari ini dipersembah taklimat berkaitan isu tersebut.

Baginda menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Dalam pertemuan lebih sejam antara Sultan Johor dan Wan Junaidi itu, perbincangan lebih tertumpu kepada isu Pulau Batu Puteh yang ditubuhkan pasukan petugas khas oleh kerajaan bagi tujuan semakan semula undang-undang mengenainya.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pada 14 Oktober lalu, Sultan Ibrahim bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Baginda mahukan penjelasan disebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sultan Johor yang terkilan dengan perkara itu bertitah, tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang kerana tidak meneruskan permohonan itu sedangkan telah menemukan bukti baharu yang berpihak kepada negara.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?

“Saya mahu pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri dapat menjelaskan punca kerajaan sewaktu pimpinan Dr. Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan. Ambil tindakan setegas-tegasnya jika benar berlaku kekhilafan. Ini adalah soal kedaulatan kita,” titah baginda.

Semalam, Dr. Mahathir menerusi catatan dalam laman web beliau berkata, percubaan secara rundingan untuk Malaysia memiliki semula Pulau Batu Puteh bertahun-tahun tidak berjaya, malah Singapura masih mendakwa pulau itu miliknya.

Bekas Perdana Menteri berkata, dalam hal itu, kedua-dua negara bersetuju untuk merujuk isu tuntutan pulau berkenaan kepada ICJ dengan kedua-dua pihak perlu berjanji secara bertulis akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat termasuk tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ yang muktamad.

Kata beliau, rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati, maka negara yang bermaruah mesti menghormati janji kecuali negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji. – UTUSAN


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,727
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,727
Reaction score
15,474
Points
1,906

Pengarang
JUMPAKATMAHKAMAH.com
Admin bersetuju dengan Tun. Dari sudut undang2, apabila kita sudah melepaskan hak kita (lagi kan pula secara bertulis) kita sudah tidak boleh menuntut semula hak itu. Dalam hal ini kerajaan Johor sendiri pernah kata tak mahu Batu Puteh. Jadi penolakan itu menjadikan Singapura sebagai pemilik sah.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,727
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,727
Reaction score
15,474
Points
1,906
Mahathir-Pulau Batu Puteh: Bila pula Malaysia mungkir janji?

Pertikaian pemilikan Pulau Batu Puteh (serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan) berlangsung selama berpuluh tahun sehinggalah kedua-dua Malaysia dan Singapura bersetuju untuk selesaikan melalui Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Untuk itu, kedua-dua negara disyaratkan memeterai perjanjian khas ICJ. Salah satu janji ialah kedua-dua negara akan menerima bahawa keputusan ICJ adalah ‘final and binding’ (lihat foto pada Article 6, selaras dengan Perkara 60 Statut ICJ)

Dipendekkan, keputusan ICJ pada 23 Mei 2008, 12 hakim kata Pulau Batu Puteh milik Singapura manakala 4 lagi kata milik Malaysia.
Pada 2017, Malaysia kemukakan permohonan semakan semula penghakiman. ICJ menerima dan tetapkan tarikh prosiding bermula 18 Jun 2018.

Tetapi pada 28 Mei 2018, kerajaan PH batalkan.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir-nyindir tentang negara kita mungkir janji.
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/438841477609718

Apa yang mungkir janjinya? Meskipun disebut keputusan 'final and binding', tetapi ICJ sendiri mengizinkan semakan kehakiman dibuat.
Ia diperuntukkan dalam Perkara 61 Statut ICJ: Permohonan untuk semakan kehakiman boleh dibuat dengan syarat, terdapat fakta baharu yang tidak diketahui mahkamah (rujuk foto).

Dan permohonan mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas fakta baharu ditemui. Selepas 10 tahun daripada keputusan ICJ, permohonan semakan tidak boleh dibuat lagi.

Pada 30 Januari 2017, selepas meneliti 3,000 dokumen berkaitan dari Arkib British, London, tiga bukti baharu telah ditemui. Ketiga-tiganya bertarikh 1958 ke atas, mengatasi sela masa bukti surat oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 1953 (yang berpihak kepada Singapura).

Kenapa baru ditemui? Kerana ribuan dokumen berkaitan itu diklasifikasi sebagai dokumen kerajaan British dan tidak dibuka untuk awam. Hanya 5 tahun selepas keputusan ICJ, segala dokumen itu barulah dibuka kepada awam (September 2013).

Lalu Malaysia buat permohonan semakan semula penghakiman pada 30 Jun 2017 (5 bulan selepas fakta baharu ditemui), dalam lingkungan 10 tahun seperti ditetapkan ICJ.

Kesemua syarat dipenuhi. Bukti baharu ada. Tiada perjanjian dicabul. ICJ terima. Prosiding on.

Tetapi Mahathir pula kata ‘negara pariah.’

1634877263860.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,727
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,727
Reaction score
15,474
Points
1,906
1634877436116.png


ULASAN | Pulau Batu Puteh: Dr M tak jawab persoalan sebenar
Mohamed Khaled Nordin
Diterbitkan: Oct 22, 2021 10:58 AM

ULASAN | Tun Mahathir Mohamad tidak menjawab persoalan sebenar tentang Pulau Batu Puteh.

Persoalan sebenar ialah apakah sebab sebenarnya kerajaan PH tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman Pulau Batu Puteh.

Benar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh dirayu. Tetapi dengan timbulnya bukti terbaru, satu permohonan untuk semakan telah dikemukakan oleh Malaysia pada Februari 2017.

Pada 30 Jun 2017, Malaysia juga mengemukakan permohonan untuk ICJ mentafsirkan penghakimannya pada 2008 tentang Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. ICJ telah bersetuju untuk mendengar penghujahan Malaysia dengan memberikan tarikh untuk pendengaran semakan tersebut.


ADS

Apakah Mahathir lupa bahawa dua daripada bukti baru yang ditemui itu adalah dokumen yang hanya boleh diakses setelah tahun 2008. Secara undang-undang, dokumen tersebut hanya boleh diakses setelah tamat tempoh kerahsiaanya.

Dokumen pertama menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura tidak pernah menggangap Pulau Batu Puteh sebahagian dari Singapura.




Isu Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir jawab Sultan Johor

Kalau tak hormat janji jadi ‘negara paria’, kata Mahathir




Dokumen kedua menunjukkan bahawa Tentera Laut British memperakui bahawa perairan di kawasan ketiga-tiga pulau tersebut adalah perairan dan wilayah Johor.





Dan dokumen terakhir menujukkan bahawa peta-peta operasi tentera laut British menunjukkan sempadan wilayah Singapura tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

Semua dokumen tersebut, dengan jelas menunjukkan bahawa Pulau Batu Puteh tidak berada dalam wilayah republik itu.

Sudah sewajarnya penemuan bukti material ini memerlukan ICJ memutuskan nilainya terhadap tuntutan Malaysia.

Jadi kenapa di sebalik semua bukti baru ini, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan proses semakan tersebut.

Jika Mahathir telah dinasihati oleh sekumpulan pakar undang-undang antarabangsa, siapakah mereka dan apakah nasihat yang mereka kemukakan dalam konteks bukti baru yang ditemui.

Apa yang jelas, kerajaan PH telah cuai dalam tindakanya mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia dan wajar dipertanggungjawabkan ke atas tindakan culas tersebut.






MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas menteri besar Johor.


 

cik_piz

Fun Poster
Messages
376
Joined
Jan 24, 2011
Messages
376
Reaction score
54
Points
20
Mahathir-Pulau Batu Puteh: Bila pula Malaysia mungkir janji?

Pertikaian pemilikan Pulau Batu Puteh (serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan) berlangsung selama berpuluh tahun sehinggalah kedua-dua Malaysia dan Singapura bersetuju untuk selesaikan melalui Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Untuk itu, kedua-dua negara disyaratkan memeterai perjanjian khas ICJ. Salah satu janji ialah kedua-dua negara akan menerima bahawa keputusan ICJ adalah ‘final and binding’ (lihat foto pada Article 6, selaras dengan Perkara 60 Statut ICJ)

Dipendekkan, keputusan ICJ pada 23 Mei 2008, 12 hakim kata Pulau Batu Puteh milik Singapura manakala 4 lagi kata milik Malaysia.
Pada 2017, Malaysia kemukakan permohonan semakan semula penghakiman. ICJ menerima dan tetapkan tarikh prosiding bermula 18 Jun 2018.

Tetapi pada 28 Mei 2018, kerajaan PH batalkan.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir-nyindir tentang negara kita mungkir janji.
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/438841477609718

Apa yang mungkir janjinya? Meskipun disebut keputusan 'final and binding', tetapi ICJ sendiri mengizinkan semakan kehakiman dibuat.
Ia diperuntukkan dalam Perkara 61 Statut ICJ: Permohonan untuk semakan kehakiman boleh dibuat dengan syarat, terdapat fakta baharu yang tidak diketahui mahkamah (rujuk foto).

Dan permohonan mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas fakta baharu ditemui. Selepas 10 tahun daripada keputusan ICJ, permohonan semakan tidak boleh dibuat lagi.

Pada 30 Januari 2017, selepas meneliti 3,000 dokumen berkaitan dari Arkib British, London, tiga bukti baharu telah ditemui. Ketiga-tiganya bertarikh 1958 ke atas, mengatasi sela masa bukti surat oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 1953 (yang berpihak kepada Singapura).

Kenapa baru ditemui? Kerana ribuan dokumen berkaitan itu diklasifikasi sebagai dokumen kerajaan British dan tidak dibuka untuk awam. Hanya 5 tahun selepas keputusan ICJ, segala dokumen itu barulah dibuka kepada awam (September 2013).

Lalu Malaysia buat permohonan semakan semula penghakiman pada 30 Jun 2017 (5 bulan selepas fakta baharu ditemui), dalam lingkungan 10 tahun seperti ditetapkan ICJ.

Kesemua syarat dipenuhi. Bukti baharu ada. Tiada perjanjian dicabul. ICJ terima. Prosiding on.

Tetapi Mahathir pula kata ‘negara pariah.’

1634877263860.png


Harap ketiga-tiga bukti baharu tu lebih kukuh/mengatasi surat tahun 1953
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register