BTC USD 51,024.3 Gold USD 1,780.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Semula - Pulau Batu Putih (Malaysia vs Singapura)

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81
Cuma ramai kesian kan je. Dah tua. Cuma boleh bongkar jela
Tu dia..sultan Johor dah bersuara.. xtau la sape yg kena nanti
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
1634220670763.png


KATA MP | Apa rahsia di sebalik keputusan PH isu Pulau Batu Puteh?
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Diterbitkan: Oct 14, 2021 6:35 PM

KATA MP | Daripada Pakatan Harapan (PH) ghairah dalam pelbagai rencana muslihat politik serta bercita-cita kembali mengambil kuasa yang hilang, ada baiknya tampil jujur menjelaskan isu Pulau Batu Puteh.

Dalam perkembangan terakhir dahulu, kerajaan PH telah membuat keputusan 'u-turn' mengejut mengenainya hingga menimbulkan banyak persoalan.

Ini penting demi masa depan negara dan generasi akan datang untuk mengetahui sebab kukuh Malaysia tidak lebih berhak atau terpaksa melepaskan pulau tersebut kepada Singapura.

Apatah lagi setelah bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali mahu membuat pendedahan susulan mengenai tindakan kerajaan PH menarik balik kes itu.


ADS

Ini menunjukkan terdapat sesuatu ketidakwajaran munasabah untuk menjadi pertikaian dan dibincangkan atas kesangsian yang lebih awal dicurigai mengenai kes tersebut.

Walhal, semuanya telah difailkan dan ditetapkan untuk pendengaran kes. Malaysia sudah melantik tiga Queen’s Counsel, selain beberapa pakar perundangan antarabangsa dan pengkaji isu tersebut.

Semakan kes yang sepatutnya berakhir pada 22 Mei 2018 itu bagaimanapun berjaya mendapat ketetapan tarikh perbicaraan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Tetapi setelah tarikh pertengahan Jun 2018 diberikan ICJ, kerajaan PH secara tiba-tiba membuat keputusan menarik diri dan tidak meneruskan prosiding akan diadakan.

Tindakan tersebut seolah-olah menyerahkan tuntutan dan hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura secara 'percuma'.

Sedangkan bersama persediaan pasukan perundangan negara, termasuk pihak dilantik yang dinyatakan, Malaysia juga telah bersedia dengan dokumen lengkap diperolehi dari Arkib Bitish berupa fakta ampuh untuk semakan semula itu.

Bahkan sebaliknya isu ini lebih membangkitkan keraguan besar terhadap kejujuran PH selaku kerajaan ketika itu. Apakah ada balasan atau pemberian ganti diperolehi? Atau sesuatu yang lain pula menjadi korban dan cagaran? Dan lebih penting, siapa yang mendapat manfaat daripada semua itu?

Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh di mana negara mungkin telah hilang Pulau Batu Puteh untuk selama-lamanya.

Tetapi lebih buruk adalah implikasinya atas maruah dan sempadan kedaulatan yang bakal ada perubahan serta mengurangkan lagi hak Malaysia. Apatah lagi status Tubir Selatan belum dimuktamadkan.

Sekiranya PH selaku mantan kerajaan gagal tampil mengemukakan semua bukti berkaitan, maka sewajarnya mereka dikenang sebagai penguasa politik yang tidak sayangkan negara tanah air.

Dengan rekod banyaknya aset negara telah dijual sepanjang pemerintahan singkat itu, maka adalah tidak mustahil kes Pulau Batu Puteh ini juga menjadi sebahagian tindakan PH yang sangat sangat merugikan negara. Biar sejarah menjadi saksi.

Saya menyokong penuh langkah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen bersesuaian dengan mendapatkan pandangan pakar perundangan antarabangsa bagi membuat semakan semula berkenaan kes ini.

Saya percaya telah berlaku kecuaian dan kekhilafan yang menyebabkan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh diteruskan semasa pemerintahan Kerajaan PH yang lalu. Inilah masanya mengembalikan hak dan maruah kita itu. Selamat berjuang dan semoga kejayaannya menjadi hadiah buat Keluarga Malaysia!




AHMAD TARMIZI SULAIMAN merupakan ahli parlimen Sik.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor berhak murka, kata Ramasamy​


October 15, 2021 2:30 PM

pulau-batu-puteh-AFP.jpg


Pada 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhak murka berhubung kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy.

Semalam, Sultan Ibrahim mempersoalkan mengapa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2008, yang memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau berkenaan dan mempersoal adakah kedaulatan Johor tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar benar-benar murka apabila kerajaan PH bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad tidak meneruskan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ,” kata Ramasamy dalam kenyataan.

“ICJ mengiktiraf bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, bukannya Malaysia.





“Sebelum kedatangan Inggeris, pulau itu bawah kedaulatan Kesultanan Johor sehingga terbentuknya Negeri-negeri Selat pada 1824 yang terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“Saya tidak pasti sama ada kerajaan Johor atau sultan diberitahu ketika perkara itu dirujuk kepada timbang tara wajib oleh kedua-duanya (Malaysia dan Singapura).”

Pengkritik lantang jawatankuasa khas yang diumum pada 9 Okt lalu untuk tujuan semakan semula undang-undang keputusan ICJ, Ramasamy berkata, penarikan rayuan itu adalah “kesilapan strategik” yang perlu dijelaskan oleh Mahathir.

Katanya, beliau meragui sama ada jawatankuasa terbabit boleh membawa sebarang perubahan dalam penyelesaian berhubung perkara itu memandangkan Malaysia mungkin tidak mempunyai bukti baharu atau masa yang menyebelahinya.

“Ia amat menyedihkan apabila Malaysia hilang kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, wilayah yang tidak dipisahkan daripada Kesultanan Johor buat sekian lama sebelum kedatangan Inggeris dan pembentukan Tanah Melayu yang merdeka,” katanya.

“Ia adalah satu kehilangan buat Johor dan Malaysia. Saya boleh memahami rasa kurang senang dilalui oleh Sultan Johor.”

 

pedang_setiawan

Active Member
Messages
1,307
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,307
Reaction score
456
Points
51
Boleh baca sini : http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2021/10/zaid-ibrahim-three-committees-reflects.html.
Ini semua bising sbb politaik saja. Saja main emosi hangpa...

Caption artikel ni sikit kot OSTB delete post:

'We did not lose anything in Pulau Batu Puteh case'

The third committee on Pulau Batu Puteh is the craziest of the lot. We lost the case on the sovereignty of Pedro Branca/Batu Puteh (the lighthouse) fair and square.


A total of 14 judges of the International Court of Justice (by a comfortable majority) gave the decision to Singapore. But the judges gave the middle rocks and South Ledge to Malaysia. We won partly. We did not lose everything as our emotional leaders were fond of saying.

What tort of misfeasance are they talking about?

Do they want to find fault and blame former attorney-general Abdul Gani Patail? What review Apandi Ali and the battery of new international lawyers (that will cost us a few million US dollars) can do to benefit the country? Nothing at all.

Gani (a good lawyer) engaged some well-known international law experts during the trial, and our witnesses were the best we had. We just lost the case after three full days of arguments.

By the way, is no one competent around here to do a "judicial review" of complex international law issues that took the International Court of Justice months to investigate and deliberate; that depended on history and incomplete documentation to boot?

It would be a bad precedent if Apandi’s committee was formed to find fault with his predecessor Gani and the AGC at that time because one day there will be another special committee to look at Apandi’s and Idrus Harun’s “tort of misfeasance”.

Do we expect this committee to also find fault with the assistant Johor state secretary who in 1953 wrote a letter to the effect that Johor had no claim on Pedro Branca? What good will this do?

I think the prime minister has to be more careful with the advice he gets from his Umno colleagues, who may have "other reasons" for going against certain former decision-makers in the country.

Ismail Sabri must realise that if we take too much time looking back, we will have little left to move forward.

ZAID IBRAHIM is a former de facto law minister.




My comments :

Tuan-tuan, segala keputusan International Court of Justice atau ICJ itu adalah muktamad dan TIDAK BOLEH DIRAYU. CANNOT APPEAL. Sila baca sendiri :

INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE : https://www.icj-cij.org/en/how-the-court-works - "After the oral proceedings the Court deliberates in camera and then delivers its judgment at a public sitting. The judgment is final, binding on the parties to a case and without appeal."

Kecuali jika terjumpa bukti baru yang belum dikemukakan kepada Mahkamah ICJ.

Tetapi yang kita tahu, dalam kes Pulau Batu Putih (dan juga kes Pulau Sipadan yang kita telah menang) Malaysia telah pun mengemukakan segala jenis bukti yang terkumpul daripada lebih seratus tahun dahulu.

Kecuali Ismail Sabri telah menjumpai bukti baru yang kita boleh merujuk kepadanya, tetapi jika tidak ada sebarang bukti baru, maka ini hanya satu 'mainan politik' sebelum Pilihan Raya Negeri di Melaka.

Percayalah dalam ceramah kepada orang kampong nanti bebudak UMNO dan geng lebai akan putar-belitkan fakta seolah kita boleh menang balik Pulau Batu Putih. Malaysia akan menang balik kes Batu Putih ini - dalam ceramah nanti. The reality is the case is closed. Tidak boleh appeal.

Serupa juga dengan kes Ahli Bomba yang malang. Percayalah nanti mereka akan menuduh, membicara dan menghukum bebudak yang tidak ada kena mengena dengan kes ini (yang telah pun diconfirm oleh bekas IGP Tan Sri Hamid Bador dulu) atas pentas-pentas ceramah Pilihan Raya Negeri di Melaka.

Pilihan Raya Negeri di Melaka sudah tiba.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Batu Puteh: Usah tuding jari, cari penyelesaian bersama​

JIMMY-NAFI.jpeg


JIMMY PUAH WEE TSEE

  • 15 Oktober 2021, 8:19 pm


JOHOR BAHRU: Semua pihak tidak seharusnya berterusan menuding jari atau mencari kesalahan pihak lain, sebaliknya perlu bersama-sama mencari titik persefahaman berhubung isu Pulau Batu Puteh.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, semua pihak seharusnya mencari jalan yang terbaik bagi mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh itu.

“Tidak kira siapa yang menjadi kerajaan pada ketika ini, mereka perlu bertindak untuk membuat semakan serta menjalankan siasatan berhubung isu ini.

“Kerajaan perlu menuntut kepentingan pulau tersebut habis-habisan, tanpa mengira sama ada perlu mengambil masa sehingga 10 tahun, ia tetap perlu dilakukan sehinggalah keputusan yang dibuat tidak lagi berpihak kepada Kita.

“Ini melibatkan soal kedaulatan negeri ini. Pulau ini sangat penting untuk kita baik dari aspek keselamatan dan perairan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengakui terkilan dengan kegagalan kerajaan sebelum ini tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh pada 2018.

Baginda bertitah, pihak yang bertanggungjawab terhadap kecuaian dan khilaf dalam hal tersebut perlu dikenakan tindakan.

Sehubungan itu baginda mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes pulau itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Titah Sultan Ibrahim, tindakan sedemikian seolah-olah ‘mengalah sebelum masuk gelanggang’.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian dengan turut mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad turut menyatakan kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas tersebut. – UTUSAN


batu-puteh-usah-tuding-jari-cari-penyelesaian-bersama
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Korek Korek

8m ·

21 Mei 2018: Menteri Kabinet PH angkat sumpah

Baru seminggu kabinet terbentuk;
28 Mei 2018: Malaysia utus surat kepada ICJ mahu hentikan semakan penghakiman kes Pulau Batu Puteh (yang telah dikemukakan kerajaan terdahulu).

29 Mei 2018: Singapura mengesahkan telah berhubung dengan Malaysia, dengan persetujuan untuk menamatkan prosiding tersebut.

Dengan itu, ICJ menghentikan prosiding yang sepatutnya berlangsung pada 18-22 Jun 2018.

Kenapa tergesa-gesa kerajaan PH batalkan? Walhal baru seminggu angkat sumpah Kabinet.

Alasan kerajaan PH ialah: setelah mengambil kira pandangan serta kepentingan negara lain, termasuk implikasi kos dan telah dipersetujui Kabinet (Astro Awani, 13 Julai 2018)

Akibatnya, Malaysia terlepas peluang untuk menuntut pulau tersebut.

Maka itulah kewajarannya pasukan petugas khas untuk kes Pulau Batu Puteh ditubuh baru-baru ini.

Pertama, untuk menyemak semula perundangan berhubung permohonan semakan dan pentafsiran kes ini.

Kedua, untuk mendapatkan pandangan awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah 'Tort of Misfeasance' ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan.

1634311900349.png


8iuTX4LlGZO.png
Pengarang
Korek Korek
Sumber: ICJ https://www.icj-cij.org/.../170-20180601-PRE-01-00-EN.pdf
Alasan batal semakan: https://www.astroawani.com/.../kenyataan-apandi-malaysia...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Pertanyaan utama di hadapan panel hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah negara mana sama ada Singapura atau Malaysia yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.
https://www.utusan.com.my/.../konsep-kedaulatan-negara.../

Konsep kedaulatan negara moden dorong kehilangan Pulau Batu Putih – Ramasamy​

Batu-Putih.jpg


  • 17 Oktober 2021, 7:25 pm


PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menyifatkan kehilangan Pulau Batu Putih bukanlah didorong peredaran masa, tetapi kehilangannya kerana konsep kedaulatan negara moden.

Beliau berkata, pertanyaan utama di hadapan panel hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah negara mana sama ada Singapura atau Malaysia yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.

“Johor yang merupakan negara feudal pada zaman dahulu memiliki kedaulatan ke atas pulau itu jauh sebelum kemunculan British. Namun, versi kedaulatan ini mungkin berbeza dengan konsep negara-bangsa pada zaman moden ini.

“Dari segi sejarah, Pulau Batu Putih berada di bawah pemerintahan Kesultanan Johor. Saya rasa tidak ada perselisihan mengenai perkara ini. Namun, sama ada pulau tersebut didiami penghuni atau pulau tersebut boleh diklasifikasikan dengan istilah Terra Nullis atau tidak berpenghuni,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah hujah yang dikemukakan oleh Singapura tetapi sukar untuk dibuktikan dan membalas persoalan tersebut.

Katanya, pulau tersebut berkemungkinan pulau berbatu, tetapi sama ada ia tidak berpenghuni sejak beberapa ratus tahun yang lalu tidak dapat dibuktikan secara pasti.

“Mungkin tiada penduduk yang menetap di pulau itu, tetapi kemungkinan terdapat kunjungan nelayan atau orang lain untuk tujuan tertentu tidak dapat diketepikan sepenuhnya.



“Australia merupakan tanah besar yang dijajah oleh Inggeris dengan alasan ia adalah Terra Nullis, tetapi benua tersebut mempunyai orang Asli yang berasal dari sana selama beberapa generasi.

“Dengan kedatangan Inggeris, Pulau Batu Putih mungkin digunakan untuk tujuan maritim. Sebuah negara feudal sudah tentunya tidak dapat mengawal kegiatan pasukan asing,” katanya.

Tambah beliau, ini kerana British tidak pernah pedulikan kerana mereka memperlakukan Kesultanan Johor dengan penghinaan, malah protes Kesultanan Johor terhadap penubuhan rumah cahaya tidak dihiraukan oleh pihak berkuasa penjajah.

“Sebenarnya, mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan pulau itu, Johor sudah meminta untuk berunding tetapi orang Inggeris yang sombong tetap bertindak sesuka hati.

“Rejim feudal tidak memiliki pengurusan pusat atau kawalan yang efektif, ciri utama kedaulatan. Konsep kedaulatan bagi Kesultanan Johor adalah sesuatu yang luas dan dibayangkan.

“Kedaulatan ada di sana, tetapi tidak memiliki pengawalan yang efektif atau cara penguatkuasaan,” katanya.

Jelas beliau, rejim feudal berpecah secara politik kerana pertengkaran dalaman yang berterusan dan tidak memiliki pemerintahan yang efektif di wilayah mereka yang jauh.

“Ini tidak seperti negara moden yang dikawal dengan angkatan tentera dan tentera laut mereka. Dengan kata lain, pelaksanaan kedaulatan Kesultanan Johor ke atas wilayah-wilayah seperti Pulau Batu Putih berbeza dengan penguasaan British di Singapura.

“Bidang kuasa ke atas pulau itu mungkin telah berada pada Johor, tetapi pihak Inggeris menggunakan kuasa de facto dari segi akses, kawalan dan pengurusan.

“Saya rasa ICJ melihat konsep de facto dalam mengiktiraf kedaulatan Singapura ke atas pulau itu,” katanya.
Beliau menambah, hakikatnya adalah sebahagian besar kuasa di Pulau Batu Putih dilaksanakan oleh British yang berpusat di Singapura dan bukan dilaksanakan oleh negara merdeka dan berdaulat.

“Masalahnya dengan Malaysia adalah negara ini tidak memiliki peta wilayahnya yang tepat untuk mewujudkan kewibawaan yang efektif, malah baru pada tahun 1979 batas itu digambar semula untuk memasukkan pulau Batu Putih, perkara yang mendorong kedua-dua negara untuk pergi ke timbangtara wajib.

“Malaysia berpeluang menggunakan kuasa yang efektif di pulau itu sebelum ia berubah menjadi perselisihan dengan Singapura,” katanya.
Justeru katanya, malang sekali bahawa Malaysia yang pernah menjadi jajahan Inggeris tidak dapat mengemukakan kes yang mengambil kira konsep kedaulatan dalam tempoh sejarah yang berbeza.

“Pengenaan gagasan kedaulatan moden oleh Singapura ke atas Pulau Batu Putih tidak ditentang secara berkesan oleh Malaysia.
“Sayangnya, Malaysia gagal memberikan alasan epistemologi yang berbeza mengapa kedaulatan negara-negara feudal atau empayar sama baiknya dengan negara bangsa moden,” katanya. – UTUSAN ONLINE


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik negeri itu.
https://www.utusan.com.my/.../tidak-wajar-bandingkan.../

Tidak wajar bandingkan Langkawi dengan Batu Puteh​

DR.-MAHATHIR-MOHAMAD-re.jpg


DR. MAHATHIR MOHAMAD

  • 20 Oktober 2021, 7:19 pm


PETALING JAYA: Tidak wajar membandingkan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh kerana Langkawi adalah pulau diiktiraf sebagai milik Malaysia sedangkan Batu Puteh adalah beting pasir yang dituntut oleh kedua-dua negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik negeri itu.

Kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, sebaliknya Kerajaan Negeri Johor melalui surat telah menyatakan bahawa negeri itu tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai miliknya.

“Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura dan berlakulah kontroversi.
“Percubaan secara rundingan untuk Malaysia memiliki semula Pulau Batu Puteh bertahun-tahun tidak berjaya. Singapura masih mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura,” katanya dalam catatan blog Chetdet hari ini.

Dr. Mahathir menambah, negara ini boleh berperang untuk rampas Pulau Batu Puteh, sebaliknya memerlukan kos dan korbannya adalah amat tinggi.

“Ia tidak dapat diterima oleh kita. Lagi pun belum tentu kita menang. Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan. Kita dan juga Singapura bersetuju rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Tetapi untuk ini kedua-dua pihak perlu berjanji secara bertulis menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ. Tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ. Keputusan ICJ adalah muktamad.

“Rujukan kepada ICJ hanya diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati,” jelas beliau dan kemudian menjelaskan negara yang bermaruah mesti hormati janji manakala hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.

“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah.

“Sebab itu sebelum berjanji kajian sedalam-dalamnya perlu dibuat. Jika tidak yakin jangan buat janji,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, Malaysia mempunyai dasar liberal dalam pemilikan tanah kerana sesiapa sahaja boleh milik tanah dan bukan warga negara pun boleh milik tanah.

Jelas beliau, perkara itu mendedahkan negara kepada kehilangan tanah yang sudah dimiliki oleh orang asing dan jika sebahagian yang besar tanah dimiliki oleh orang asing, maka negara sudah tidak lagi secara fizikal, tanah milik warganegara.

“Inilah yang berlaku di Singapura. Walaupun Singapura asalnya milik negeri Melayu, hari ini ia sudah jadi negara asing.

“Hari ini walaupun negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu, tetapi orang Melayu sendiri sudah kehilangan tanah mereka. Nasib baik yang memiliki tanah yang bernilai tinggi dan besar dimiliki oleh warga Malaysia,” katanya.

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, satu lagi cara untuk hilang negara ialah dengan menjual tanah yang digali dalam negara atau laut milik negara kepada negara lain.

“Secara langsung kita menjual sebahagian dari negara kepada negara lain. Jika tanah yang dijual adalah untuk menambak dan membesar negara lain, dia tidak berbeza dengan menjual bahagian-bahagian tertentu negara kepada negara lain.

“Hari ini kita jual air dan tanah berlori-lori dan berkapal-kapal ke negara lain guna untuk membesar negara mereka atau kita jual laut untuk ditambak dan dimiliki serta diduduki oleh orang lain, keadaannya tidak berbeza dari menjual bahagian-bahagian negara kepada negara asing.

“Kita jual Singapura. Lazimnya apabila penjajah tidak lagi berminat, tanah yang dijual dikembalikan kepada negara asal. Itulah yang terjadi kepada Hong Kong, Goa, Pondicherry. Tetapi tidak Singapura. Tanah dan air yang kita jual ke Singapura untuk membesar pulau itu menjadi kawasan milik penduduk Singapura, dibangun di bawah kuasa Kerajaan Singapura,” jelasnya.

Beliau memberitahu, itulah sebabnya Kerajaan Malaysia melarang penjualan tanah kita dan mempertikai jualan air kepada negara asing namun malangnya beberapa pentadbiran Kerajaan Malaysia rela untuk dibayar tiga sen untuk 1,000 gelen air mentah kepada negara asing kerana malas atau takut menuntut hak. – UTUSAN ONLINE

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
1634732142564.png


Isu Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir jawab Sultan Johor
Dr Mahathir Mohamad
Diterbitkan: Oct 20, 2021 6:46 PM

ULASAN l Tidak wajar kita banding Langkawi dengan Pulau Batu Puteh.

Langkawi adalah pulau yang diiktiraf sebagai pulau milik Malaysia sedangkan Pulau Batu Puteh ialah beting atau dengan izin sandbank yang dituntut oleh dua negara.

Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai kerajaan negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik Kedah.

Sebaliknya kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.



Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura. Dan berlakulah kontroversi.

Percubaan secara rundingan untuk Malaysia memiliki semula Pulau Batu Puteh bertahun-tahun tidak berjaya. Singapura masih mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.



a470d16984456221db0223de32bb6b2b.jpeg



Apa pilihan kita?

Kita boleh berperang untuk rampas Pulau Batu Puteh. Tetapi kos dan korbanan jiwa amat tinggi. Ia tidak dapat diterima oleh kita. Lagi pun belum tentu kita menang.

Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan.

Kita, dan juga Singapura bersetuju untuk rujuk kepada International Court of Justice (ICJ).

Tetapi untuk ini kedua-dua pihak perlu berjanji secara bertulis akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ. Tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ. Keputusan ICJ adalah muktamad.

Rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati.

Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.



0ae642d32e265386931f6aa44998a937.jpg



Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah.

Sebab itu sebelum berjanji kajian sedalam-dalamnya perlu dibuat. Jika tidak yakin jangan buat janji.

Malaysia mempunyai dasar liberal dalam pemilikan tanah. Siapa sahaja boleh milik tanah. Bukan warganegara pun boleh milik tanah.

Ini mendedahkan negara pada kehilangan tanah yang sudah dimiliki oleh orang asing. Jika sebahagian yang besar tanah dimiliki oleh orang asing maka negara sudah tidak lagi secara fizikal, tanah milik warga negara.

Inilah yang berlaku di Singapura. Walaupun Singapura asalnya milik negeri Melayu, hari ini ia sudah jadi negara asing.

Hari ini walaupun negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu, tetapi orang Melayu sendiri sudah kehilangan tanah mereka. Nasib baik yang memiliki tanah yang bernilai tinggi dan besar dimiliki oleh warga Malaysia.



88087ebcee505d5c66c071db52b691a0.jpg



Satu lagi cara untuk hilang negara ialah dengan menjual tanah yang digali dalam negara atau laut milik negara kepada negara lain.

Secara langsung kita menjual sebahagian dari negara kepada negara lain. Jika tanah yang dijual adalah untuk menambak dan membesar negara lain, dia tidak berbeza dengan menjual bahagian-bahagian tertentu negara kepada negara lain.

Hari ini kita jual air dan tanah berlori-lori dan berkapal-kapal ke negara lain guna untuk membesar negara mereka.

Atau kita jual laut untuk ditambak dan dimiliki serta diduduki oleh orang lain, keadaannya tidak berbeza dari menjual bahagian-bahagian negara kepada negara asing.

Kita jual Singapura. Lazimnya apabila penjajah tidak lagi berminat, tanah yang dijual dikembalikan kepada negara asal. Itulah yang terjadi kepada Hong Kong, Goa, Pondicherry. Tetapi tidak Singapura. Tanah dan air yang kita jual ke Singapura untuk membesar pulau itu menjadi kawasan milik penduduk Singapura, dibangun di bawah kuasa kerajaan Singapura.

Itulah sebabnya kerajaan Malaysia melarang penjualan tanah kita dan mempertikai jualan air kepada negara asing. Malangnya beberapa pentadbiran Kerajaan Malaysia rela untuk dibayar 3 sen untuk 1000 gelen air mentah kepada negara asing kerana malas atau takut menuntut hak.






DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri dan ahli parlimen Langkawi. Tulisan ini asalahnya dipetik dari blognya dengan tajuk “Langkawi vs Pulau Batu Puteh”.





 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,335
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,335
Reaction score
2,825
Points
201
1634732142564.png


Isu Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir jawab Sultan Johor
Dr Mahathir Mohamad
Diterbitkan: Oct 20, 2021 6:46 PM

ULASAN l Tidak wajar kita banding Langkawi dengan Pulau Batu Puteh.

Langkawi adalah pulau yang diiktiraf sebagai pulau milik Malaysia sedangkan Pulau Batu Puteh ialah beting atau dengan izin sandbank yang dituntut oleh dua negara.

Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai kerajaan negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik Kedah.

Sebaliknya kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.



Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura. Dan berlakulah kontroversi.

Percubaan secara rundingan untuk Malaysia memiliki semula Pulau Batu Puteh bertahun-tahun tidak berjaya. Singapura masih mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.



a470d16984456221db0223de32bb6b2b.jpeg



Apa pilihan kita?

Kita boleh berperang untuk rampas Pulau Batu Puteh. Tetapi kos dan korbanan jiwa amat tinggi. Ia tidak dapat diterima oleh kita. Lagi pun belum tentu kita menang.

Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan.

Kita, dan juga Singapura bersetuju untuk rujuk kepada International Court of Justice (ICJ).

Tetapi untuk ini kedua-dua pihak perlu berjanji secara bertulis akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ. Tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ. Keputusan ICJ adalah muktamad.

Rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati.

Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.



0ae642d32e265386931f6aa44998a937.jpg



Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah.

Sebab itu sebelum berjanji kajian sedalam-dalamnya perlu dibuat. Jika tidak yakin jangan buat janji.

Malaysia mempunyai dasar liberal dalam pemilikan tanah. Siapa sahaja boleh milik tanah. Bukan warganegara pun boleh milik tanah.

Ini mendedahkan negara pada kehilangan tanah yang sudah dimiliki oleh orang asing. Jika sebahagian yang besar tanah dimiliki oleh orang asing maka negara sudah tidak lagi secara fizikal, tanah milik warga negara.

Inilah yang berlaku di Singapura. Walaupun Singapura asalnya milik negeri Melayu, hari ini ia sudah jadi negara asing.

Hari ini walaupun negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu, tetapi orang Melayu sendiri sudah kehilangan tanah mereka. Nasib baik yang memiliki tanah yang bernilai tinggi dan besar dimiliki oleh warga Malaysia.



88087ebcee505d5c66c071db52b691a0.jpg



Satu lagi cara untuk hilang negara ialah dengan menjual tanah yang digali dalam negara atau laut milik negara kepada negara lain.

Secara langsung kita menjual sebahagian dari negara kepada negara lain. Jika tanah yang dijual adalah untuk menambak dan membesar negara lain, dia tidak berbeza dengan menjual bahagian-bahagian tertentu negara kepada negara lain.

Hari ini kita jual air dan tanah berlori-lori dan berkapal-kapal ke negara lain guna untuk membesar negara mereka.

Atau kita jual laut untuk ditambak dan dimiliki serta diduduki oleh orang lain, keadaannya tidak berbeza dari menjual bahagian-bahagian negara kepada negara asing.

Kita jual Singapura. Lazimnya apabila penjajah tidak lagi berminat, tanah yang dijual dikembalikan kepada negara asal. Itulah yang terjadi kepada Hong Kong, Goa, Pondicherry. Tetapi tidak Singapura. Tanah dan air yang kita jual ke Singapura untuk membesar pulau itu menjadi kawasan milik penduduk Singapura, dibangun di bawah kuasa kerajaan Singapura.

Itulah sebabnya kerajaan Malaysia melarang penjualan tanah kita dan mempertikai jualan air kepada negara asing. Malangnya beberapa pentadbiran Kerajaan Malaysia rela untuk dibayar 3 sen untuk 1000 gelen air mentah kepada negara asing kerana malas atau takut menuntut hak.






DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri dan ahli parlimen Langkawi. Tulisan ini asalahnya dipetik dari blognya dengan tajuk “Langkawi vs Pulau Batu Puteh”.





Rilek punya Mahathir perli Sultan Johor pasal tanah tambak forest city.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register