BTC USD 51,342.6 Gold USD 1,778.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Semula - Pulau Batu Putih (Malaysia vs Singapura)

shah_ae

Legendary Member
Messages
16,336
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,336
Reaction score
914
Points
171
pulau sekangkang kera yg direbut sekian lame...
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671
SULTAN JOHOR: TIDAK MENERUSKAN PERMOHONAN SEMAKAN PULAU BATU PUTEH SEOLAH-OLAH MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan dalam tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Titah Baginda Tuanku Sultan, Baginda mahukan penjelasan disebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang. Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita telah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita? Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?

“Saya mahu pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri dapat menjelaskan punca kerajaan sewaktu pimpinan Dr. Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan. Ambil tindakan setegas-tegasnya jika benar berlaku kekhilafan. Ini adalah soal kedaulatan kita,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (14 Oktober).

Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad dalam satu kenyataan telah memaklumkan Kerajaan Negeri Johor memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas Kerajaan Persekutuan.

Penubuhan pasukan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar perundangan antarabangsa berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

~~~~~

SULTAN OF JOHOR: NOT PURSUING PULAU BATU PUTEH REVIEW AKIN TO GIVING UP WITHOUT A FIGHT

HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar is demanding a clear explanation from the Federal Government for the erroneous decision during the tenure of Tun Dr Mahathir Mohamad in 2018 to drop the review application for the Pulau Batu Puteh case in the International Court of Justice (ICJ).

“Not pursuing the case was as good as admitting defeat even before going into the legal battle in the ICJ. We had found new evidence in our favour, but we had no chance to press our case as someone decided to drop the suit. Why? This is what upsets me most.

“We declared defeat even before going into battle. Was Johor’s sovereignty not important to the government at the time? Why were we treated like a step-child state? If you don’t like Johor…

“How would Kedahans feel if Malaysia lost Langkawi to Thailand?,” wondered His Majesty.

Tuanku Sultan said the special committee established by the current Prime Minister must ascertain the real reason behind Tun Mahathir’s government’s decision at the time to abandon the case review.

“If the allegations of negligence in the matter are true, this warrants stern action against those responsible. This is a matter of our nation’s sovereignty,” said His Majesty to the Royal Press Office (RPO), today (14 Oct).

Johor Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad has given the State Government’s assurance and guarantee that it will cooperate and assist in the special committee’s efforts on Pulau Batu Puteh.

The establishment of the special committee was announced by Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob to conduct a thorough study, scrutinise and recommend suitable options by seeking views from international legal experts.

#sultanjohor
#johor
#royalpressoffice

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Mahu PM tubuhkan pasukan khas siasat kecuaian kerajaan Tun M #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../sultan-johor-mahu.../

Sultan Johor mahu tindakan kepada pihak cuai tak teruskan semakan Pulau Batu Puteh​


14 October 2021

FB_IMG_1634193001272.jpg


Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kecuaian dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim Iskandar mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes pulau berkenaan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).





“Tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang. Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita telah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita? Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?

“Saya mahu pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri dapat menjelaskan punca kerajaan sewaktu pimpinan Dr. Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan. Ambil tindakan setegas-tegasnya jika benar berlaku kekhilafan. Ini adalah soal kedaulatan kita,” titah baginda lagi.



Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam satu kenyataan telah memaklumkan kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas Kerajaan Persekutuan.

Penubuhan pasukan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar perundangan antarabangsa berkenaan kes Pulau Batu Puteh.- MalaysiaGazette


 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671
Satu pulau lagi bakal terlepas

PETALING JAYA: Malaysia dikhuatiri hilang kedaulatan ke atas Pulau Pisang yang terletak di Pontian, Johor jika terus membiarkan negara lain membina dan mengurus rumah api di kepulauan tersebut, sekali gus bakal mengulangi nasib Pulau Batu Puteh.

Hal ini kerana Malaysia membenarkan Singapura membina dan mengurus rumah api di Pulau Pisang sedangkan pulau berkenaan milik negara ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Satu pulau lagi bakal terlepas

PETALING JAYA: Malaysia dikhuatiri hilang kedaulatan ke atas Pulau Pisang yang terletak di Pontian, Johor jika terus membiarkan negara lain membina dan mengurus rumah api di kepulauan tersebut, sekali gus bakal mengulangi nasib Pulau Batu Puteh.

Hal ini kerana Malaysia membenarkan Singapura membina dan mengurus rumah api di Pulau Pisang sedangkan pulau berkenaan milik negara ini.


oh en TT kena buka thread baru yg pulau pisang ni
nanti ada info boleh kita semua pakat tambah situ
nak tau jugak pasal pulau pisang ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Korek Korek

16m ·

DYMM Sultan Johor terkilan dengan tindakan kerajaan PH tarik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh

1. Pada 2016, Malaysia menemukan tiga bukti baharu di Arkib British, UK yang menunjukkan Pulau Batu Puteh berada dalam wilayah Johor. Bukti tersebut ialah:
i- Dokumen komunikasi dalaman tahun 1958 antara Pejabat Kolonial British di Singapura dan London yang menyatakan bahawa Pulau Batu Puteh adalah di bawah negeri Johor.

ii- Telegram tahun 1958 Tentera Laut Diraja Britain kepada Pejabat Kolonial memaklumkan satu insiden kejar mengejar kapal, dan tidak dapat memasuki kawasan tersebut (Pulau Batu Puteh) kerana ia perairan milik Johor.

iii- Peta operasi tentera British pada 1960 yang jelas menyatakan bahawa sekitar perairan Pulau Batu Puteh adalah kepunyaan Johor.

2. Berdasarkan tiga bukti tersebut, pada 2017, Malaysia failkan semakan kehakiman semula kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung keputusan pada 2008 (ICJ putuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura).

3. Pada waktu itu, DYMM Sultan Ibrahim menyokong penuh usaha tersebut. Sebelum itu,baginda pernah bertitah (30 Mei 2014) agar keputusan ICJ dirayu, bahkan Almarhum ayahandanya, Sultan Iskandar berpesan agar pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian negeri Johor.

4. Selanjutnya, kes semakan penghakiman di ICJ dijadualkan pada 11 Jun 2018. Namun, beberapa hari sebelum perbicaraan, kerajaan Pakatan Harapan menarik semula permohonan tersebut. Perbicaraan dibatalkan.

5. Baru-baru ini kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas berhubung Pulau Batu Puteh.

6. DYMM Sultan Ibrahim dalam siaran Facebook rasminya hari ini menyokong penuh usaha tersebut, malah bertitah mahukan penjelasan di sebalik punca kerajaan sewaktu pimpinan Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan. Jika berlaku kekhilafan, baginda mahu tindakan setegas-tegasnya di ambil.

7. Baginda turut menzahirkan rasa terkilan kerana tindakan kerajaan PH itu: “Tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang. Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita telah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita? Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan.”
https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/419596509524976


1634201527364.png
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671
“Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor…Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya,”

😅

 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,335
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,335
Reaction score
2,825
Points
201
Tetiba je Sultan Johor bising pasal Batu Puteh ni. Ada apa2 ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Tujuan pasukan khas Batu Puteh untuk tuding jari kepada Dr Mahathir​

PM-Pix-2-Batu-Puteh.jpg
PULAU Batu Puteh yang terlepas kedaulatannya kepada Singapura.

  • 14 Oktober 2021, 4:04 pm


PETALING JAYA : Penubuhan sebuah pasukan petugas khas isu Pulau Batu Puteh tidak dilihat untuk tujuan semakan semula undang-undang sebaliknya mempunyai tujuan untuk terus menyalahkan dan menuding jari ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengamal undang-undang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkara itu dilihat menerusi pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai ketua pasukan khas dan sekali gus menimbulkan kepentingan konflik serta melanggar prinsip undang-undang.

“Malah kewujudan pasukan khas ini mencermin kerajaan seolah-olah tidak menghormati badan mahkamah ekoran terdapatnya satu saman oleh satu pihak yang tidak puas hati terhadap keputusan penarikan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Oleh itu, pelantikan Mohamed Apandi perlu ditarik atau beliau sendiri meletakkan jawatan kerana kedudukanya melanggar kepentingan umum ekoran tujuan penubuhan pasukan ini demi menjaga kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Apandi mendakwa mempunyai bukti fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia dan beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kepulauan itu pada 2018.

Terdahulu Kabinet akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu pulau tersebut yang dipengerusikan oleh Mohamad Apandi.

Mohamad Apandi pernah dilaporkan berkata Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara itu berkata Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di ICJ pada 11 Jun 2018. -UTUSAN ONLINE

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671
Cuma ramai kesian kan je. Dah tua. Cuma boleh bongkar jela
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register