Seludup pasir: Nizar nafi pegawai khasnya ditahan SPRM

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Bekas Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata bahawa tindakan perundangan berkenaan tidak akan diteruskan sekiranya dua stesen televisyen itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 yang diberikan. - Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register