BTC USD 28,465.6 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seludup burung hantu beku

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Mitos karut yang mengaitkan daging burung hantu mampu dijadikan ‘ubat’ menaikkan nafsu syahwat menyebabkan satu sindiket pemburu haram tempatan aktif menangkap dan membunuh hampir 1,000 burung terbabit untuk diseludup ke luar negara.

Sindiket berkenaan yang bergerak aktif sekitar Johor dikesan menjadikan pelbagai spesies burung hantu antaranya Burung Jampuk Kubur, Burung Hantu Pungar, Burung Hantu Bubu, Burung Hantu Kuning dan Burung Hantu Carik Kafan sebagai sasaran utama kegiatan.

Difahamkan sindiket berkenaan yang membeli burung hantu terbabit dengan harga RM50 seekor dari pemburu haram cuba menyeludup daging mentah binatang itu yang siap dilapah melalui laluan laut ke negara jiran

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Rasid Samsudin, berkata sindiket terbabit berjaya ditumpaskan hasil kejayaan lapan anggota Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Ibu Pejabat Perhilitan Kuala Lumpur selepas membuat serbuan di sebuah rumah di daerah Muar, Johor, yang dipercayai menjadi stor menyimpan haiwan liar dilindungi.

Menurutnya operasi yang diketuai Timbalan Pengarah dari Ibu Pejabat Perhilitan di Kuala Lumpur, Celescoriano Razond dilakukan pada jam 8 pagi selepas pihaknya melakukan intipan sejak dua minggu lalu terhadap kediaman suspek.


“Sebaik serbuan dilakukan, pegawai WCU memeriksa stor dan peti sejuk beku di sebelah rumah terbabit dan menemui sembilan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dan empat spesies haiwan dilindungi mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.

“Agak memeranjatkan apabila pemeriksaan WCU menemui sejumlah besar pelbagai daging spesies burung hantu yang mencecah jumlah 1,000 ekor,” katanya.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, daging Burung Hantu Jampuk paling banyak ditemui iaitu 796 ekor selain Burung Hantu Carik-Kafan (95 ekor), Burung Hantu Kuning (14 ekor), Burung Hantu Bubo (8 ekor) dan Burung Hantu Pungar (4 ekor) serta Lang Jambul (2 ekor).

“Selain itu, turut ditemui di dalam peti sejuk beku terbabit adalah seekor tenggiling, bahagian kaki dan tangan beruang matahari, 51 ekor biawak tikus dan dagingnya,” katanya.

Abdul Rasid menyifatkan ia adalah rampasan terbesar membabitkan burung hantu dalam sejarah Jabatan Perhilitan berikutan burung hantu tidak pernah dijadikan sasaran pemburu haram sebelum ini.

“Selain burung hantu berkenaan, pegawai Perhilitan turut menemui daging ular sawa siap dilapah seberat 7.4 kilogram, seekor Napuh (Tragulus napu), daging dan rahang landak raya 10 kilogram dan empat ekor anak **** hutan yang masih hidup.

“Kami percaya semua hidupan liar berkenaan menunggu masa sesuai untuk diseludup ke luar negara bagi pasaran beberapa negara Asia yang menggemari makanan eksotik,” katanya.

Beliau berkata susulan rampasan itu, seorang lelaki berusia 50-an berjaya ditahan dan semua hidupan liar berkenaan turut dirampas untuk dijadikan bahan bukti.

Burung hantu pun tak senang nak idup zaman sekarang

:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register