akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 59,856
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 59,856
- Reaction score
- 6,916
- Points
- 881
- Awards
- 1
Seludup 625 kilogram belut dari Thailand, 2 sahabat ditahan polis

Kenderaan dinaiki dua lelaki ditahan polis yang kemudian menemui 625 kilogram belut dalam kereta itu untuk diedarkan kepada pelanggan. Foto ihsan PGA
TUMPAT: Cubaan dua sahabat untuk mengedar 625 kilogram belut bernilai lebih RM18,000 yang diseludup dari Thailand kepada pelanggan di sini, gagal apabila mereka ditangkap polis pada malam Ahad lalu.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata tangkapan dibuat Pasukan Gerakan Am (PGA) berdekatan jeti haram di Simpangan pada kira-kira jam 11 malam ketika kedua-dua lelaki berumur 22 tahun yang menaiki kereta itu sedang dalam perjalanan ke Tumpat, dipercayai untuk menghantar belut itu kepada pelanggan.
"Anggota PGA yang sedang menjalankan pemantauan biasa di kawasan itu menemui sebuah kereta yang disyaki terbabit dalam aktiviti haram pada kira-kira jam 11 malam.
"Mereka kemudian mengarahkan pemandu untuk memberhentikan kereta dan selepas pemeriksaan, PGA menemui 625 kilogram belut bernilai RM18,750 dalam kereta itu.
"Susulan itu, dua lelaki tempatan itu ditahan kerana memiliki belut yang diseludup dari Thailand," katanya.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, seorang pemandu lori berusia 25 tahun ditahan kerana memiliki barangan makanan dari Thailand bernilai kira-kira RM10,000 semalam.
Katanya, lelaki itu ditahan di Kampung Kuala Jambu pada kira-kira jam 4 petang.
"Barangan makanan itu dipercayai diseludup dari jeti haram di sini untuk pengedaran tempatan," katanya.