BTC USD 42,992.4 Gold USD 1,750.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas Kejayaan Vaksin Covid-19, BioNTech Kini Bangunkan Vaksin Malaria

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
28.07.2021 - Global, Penyakit malaria yang dibawa oleh parasit telah wujud jutaan tahun dengan impaknya ke atas manusia dikesan seawal 10,000 tahun lalu ketika zaman neolitik. Antara insan ternama yang menjadi mangsa malaria ialah Alexander Agung, Gengkhis Khas dan Christopher Columbus. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencipta vaksin malaria tetapi kesemuanya masih belum mempunyai tahap keberkesanan yang memuaskan untuk disarankan penggunaannya oleh WHO. Firman BioNTech yang mencipta vaksin Covid-19 Cominarty – juga lebih dikenali sebagai vaksin Pfizer, mereka ingin membangunkan pula vaksin untuk malaria.

Seperti Cominarty, calon vaksin yang sedang dibangunkan dihasilkan menerusi teknologi mRNA. Calon vaksin akan menyasarkan protein circumsporozoite (CSP) dan beberapa antigen yang ditemukan dalam kajian klinikal sebelum ini. Selepas calon terbaik dipilih, BioNTech akan memulakan ujian klinikal vaksin ini di benua Afrika pada penghujung 2022.

Afrika menjadi pilihan kerana malaria adalah antara penyakit yang paling berbahaya di benua tersebut. Pada tahun 2019 sahaja, WHO menganggarkan terdapat 209 juta kes malaria di dunia yang meragut 409,000 nyata kebanyakannya kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

BioNTech membangunkan vaksin malaria dengan kerjasama WHO dan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC). Sekiranya vaksin berjaya dibangunkan kelak, penghasilannya akan dilakukan di Afrika bagi mengurangkan kos dan membolehkan penyakit ini dibanteras di benua ini terlebih dahulu sebelum ia akhirnya dihapuskan buat pertama kali dalam sejarah manusia di peringkat global.

Selain membangunkan vaksin malaria, BioNTech turut telah mengumumkan sedang cuba membangunkan juga vaksin untuk kanser menggunakan teknologi mRNA. Teknologi ini walaupun masih baharu, turut diharap dapat mempercepatkan pencarian vaksin HIV dan Tuberkulosis.​

1627456127885.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register