Selepas habis RM2.5 juta, Wangsa Maju ke tangan Umno

CG Sponsors




usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
WANGSA MAJU: MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam, lapor Sinar Harian.

Umno mengumumkan meletakkan calonnya, Shafei Abdullah sebagai calon BN di Wangsa Maju. Dalam pilihan raya lalu, calon BN dari MCA, Datuk Yew Teong Look kalah di tangan calon PKR, Wee Choo Keong. Wee Choo Keong kemudiannya meninggalkan PKR dan menjadi anggota Parlimen bebas.

Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong berkata, 120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan raya kali ini.

“MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepada pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.

“Saya percaya undi masyarakat Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada parti pembangkang dan BN akan kalah teruk PRU13 sebagai tanda protes kepada keputusan ini,” katanya.

Sementara itu, Teong Look berkata, beliau telah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan tidak henti-henti berkhidmat menjaga kebajikan rakyat hampir lima tahun.

“Saya telah membelanjakan RM2.5 juta tanpa bantuan parti komponen yang lain untuk penduduk di Wangsa Maju tetapi kerja keras tidak dinilai oleh pucuk pimpinan BN.

“Saya mengambil keputusan untuk berehat dan apa-apa keputusan dari MCA serta NGO bagi memboikot pilihan raya bukanlah dalam kawalannya sekarang,” katanya.


2.5juta tu...masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

apa2 pun ....idup melayu idup melayu:D
 
Last edited:
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
pegggggggggg 2.5 juta collect sendiri..ni kena pilih ni....huhuhuhuh
 

hum

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2009
Messages
5,483
Reaction score
94
Points
70
sapa tau, wangsa maju ni satu lawan satu ke, 3 penjuru?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register