- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 23,785
- Reaction score
- 917
- Points
- 176
Sekiranya tidak diurus dengan baik pembangunan di Kuala Lumpur maka akan terjadi tanah jerlus yang bakal menenggelamkan sebahagian dari Kuala Lumpur. Ini adalah kerana sebahagian tanah di KL adalah tanah batu kapur yang sifatnya rapuh dan sensitif kepada aktiviti yang bakal menghakis kekuatan tanah dan seterusnya membentuk kepada tanah-tanah jerlus.
Lihat pecahan kandungan tanah di sekitar KL.
Baca petikan ini;
d) Tanah Jerlus
i. Keadaan Semasa
728. Batuan bawah tanah bagi kebanyakan kawasan di sebelah utara Kuala Lumpur terdiri daripada batu kapur dan granit hinggalah kepada percampuran schist-phylite dan quartzite-phylite. Batu kapur dan quartzite-phylite terdapat di bahagiantengah Bandar Raya terutamanya di Pusat Bandar Raya. Di bahagian selatan Kuala Lumpur, sebahagian besarnya terdiri daripada batu granit (rujuk Rajah 15.4).
729. Kawasan yang diliputi oleh marmar atau batu kapur adalah lebih terdedah kepada keruntuhan struktur bawah tanah, disebabkan oleh pembentukan rongga atau tanah jerlus. Kebanyakan tanah jerlus berlaku dalam garisan sasar, di mana berlakunya peresapan air bawah tanah dari laluan-laluan air utama dan melarutkan batu marmar atau batu kapur melalui tindak balas asid
Keadaan ini akan diburukkan jika berlakunya banjir tambahan jika pembangunan struktur-struktur tinggi dibina tanpa mengkaji kandungan tanah....
Rujukan sepenuhnya; http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/alamsekitar/index.htm