BTC USD 54,201.9 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selebriti terjatuh depan tetamu

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
du_06.1.jpg

MICHELLE (kiri) menarik kain yang menutup kereta Ford Fiesta.​

DUBLIN - Bekas penyanyi kumpulan Liberty X, Michelle Heaton (gambar) terjatuh semasa dia menarik kain penutup kereta Ford Fiesta baru dalam majlis pelancaran yang diadakan sebagai sebahagian daripada program realiti televisyen The Apprentice versi Ireland, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang memakai kasut tumit tinggi itu terjatuh ke lantai di depan sejumlah tetamu undangan di sini baru-baru ini.

Seorang wanita kemudian membantu Michelle bangun semasa dia terbaring di atas lantai.

du_06.2.jpg

MICHELLE (kiri) terjatuh.​

Semasa dia bangun, tetamu boleh mendengar dia mengeluh: "Oh tuhan."

Dia kemudiannya bergurau kepada tetamu dengan berkata: "Ia jelas sudah dirancang."

Penjelasan Michelle itu menyebabkan penonton menepuk tangan.

Selepas majlis itu, Michelle menjelaskan bahawa dia tersadung seperti kebanyakan wanita lain yang memakai kasut bertumit tinggi

du_06.3.jpg

GAMBAR menunjukkan kaki Michelle (dalam bulatan) selepas dia terbaring di atas lantai.​

Dalam program realiti itu, setiap pasukan perlu mengupah seorang selebriti sebagai jurucakap dalam pelancaran tersebut.

Michelle mewakili satu pasukan yang mengupahnya untuk menjadi jurucakap pada majlis pelancaran kereta itu.

Walaupun dia terjatuh, pasukan Michelle menang dalam pertandingan tersebut. - Agensi
 
Sponsored Post

mimie813

Super Active Member
Messages
6,531
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,531
Reaction score
290
Points
81
mmg malu gle siot.klu dah jatuh cam tu...

sb tu team dia menang kut...pasai org cian kat dier....
 

alia_angel

Super Active Member
Messages
5,254
Joined
Oct 25, 2008
Messages
5,254
Reaction score
29
Points
70
sabar je lah....
wat xtau je....
layan mcm biasa....
kalo terjadi kat aku ler....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register