Selebriti ditegur Sebab Berkebaya Semasa Ke TV AlHijrah, Nizam Rahman Mohon Maaf

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,587
Reaction score
1,901
Points
201
"Janganlah Panggil Saya Pondan," Ditegur Sebab Berkebaya Semasa Ke TV AlHijrah, Nizam Rahman Mohon Maaf | Sensasi Selebriti
Tuesday, December 1, 2020, 9:23 pm
Hari ini, nama Nizam Rahman heboh diperkatakan oleh netizen apabila dia dikecam ketika menghadiri program di sebuah stesen televisyen Islamik, TV AlHijrah pagi tadi.

Nizam atau nama sebenarnya, Hairul Nizam Abdul Rahman, 30, dikhabarkan tidak sensitif apabila hadir mengenakan kebaya dan berambut palsu ketika memasuki bangunan TV AlHijrah.

Bahkan, Nizam yang ketika itu sedang melakukan sesi live di Facebook turut menerima teguran pengunjung lain yang hadir sama ketika berjalan masuk ke studio yang terletak di kawasan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

50668172076_6eab3e6db3_z.jpg

Belum sempat dia menjejakkan kaki ke premis stesen penyiaran berkenaan, dia dihampiri dua lelaki yang menegur perbuatannya sehingga berlaku perbalahan mulut.

Bahkan, individu tersebut turut menyifatkan Nizam keterlaluan apabila hadir ke Kompleks Pusat Islam yang turut menempatkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai keterlaluan.

“Buat apa eh kat sini? Untuk apa? Pastu kau pakai macam ni. Kau nak pakai macam ni masuk dalam?
“Eh, memang tak bolehlah, ini TV Al-Hijrah. Fikirlah sikit, awak tu laki, tengok tu (ada) JAWI. Mana boleh kau pakai macam ni”
– tegur individu tersebut dengan penampilan memakai songkok.
Menurut Nizam, dia memakai kebaya berwarna merah jambu itu kerana baru selesai penggambaran dan mengakui bercadang untuk menukar pakaian normal setibanya di stesen tv berkenaan.

Situasi itu kemudian menimbulkan sedikit kekecohan apabila Nizam mendakwa individu berkenaan mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

50669326998_5009a6bbf5_c.jpg

“Kurang ajarnya mulut dia panggil pondan,” balas Nizam yang kemudian cuba beransur meninggalkan individu tersebut.

Bahkan, di ruangan komen sesi live tersebut, Nizam yang terkenal dengan karakter Ramona dalam video parodinya itu turut dipersoalkan netizen yang terkejut.

“Seriuslah pakai macam ni?

“Tukarlah baju tu dulu,” komen sebahagian warga net.

Bagaimanapun, ketika bersiaran secara langsung di televisyen, Nizam dilihat mengenakan persalinan lengkap berbaju Melayu.

Nizam yang terkilan dengan insiden tersebut kemudian menjelaskan situasi sebenar.

Melalui Instagram miliknya, Nizam Rahman memohon maaf atas kekecohan yang berlaku susulan video tular dia berpakaian wanita di pekarangan stesen TV Al-Hijrah.

“Masalah timbul bila ada dua lelaki tiba-tiba tegur sound saya. Sebenarnya, saya memang rancang nak tukar baju masa sampai di sana. Kawan siap dah pegang baju lagi.

“Saya berpakaian macam tu sebab sebelum tu ada penggambaran untuk satu produk dan habis agak lewat sehingga 6 pagi. Lepas habis tu saya terus bergegas ke sana untuk program siaran langsung pagi tadi,”

50669326908_3219b65650_c.jpg

Jelasnya, biarpun sering tampil dengan karakter perempuan, namun, dia masih tahu batas-batas yang perlu diikutinya.

“Saya ni tak adalah bodoh mana nak berpakaian wanita nak masuk televisyen.

“Kalau TV komersil pun tak boleh ‘drag’ apatah lagi stesen TV yang mengetengahkan konsep patuh syariah.

“Saya memang plan nak tukar baju masa sampai sana. Kawan saya pegang baju lagi,” jelasnya pada Selasa petang.

Menurut Nizam, dia tidak kisah sekiranya ditegur dengan berhemah, namun mengakui terkejut apabila dihampiri dengan cara begitu.

“Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen tv swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.

“Masalah timbul bila ada dua hamba Allah tiba-tiba sound saya kenapa berpakaian wanita. Tak sangka pagi-pagi buta kena maki

“Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok, apa salahnya kan atau tanya dulu sebelum sembur.

“Nak tegur tapi marah-marah. Cakaplah elok-elok. Apa salahnya tanya sebelum nak sembur,”

Begitupun, Nizam turut memohon maaf sekiranya insiden tersebut turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

“Tak sangka pagi-pagi dah kena maki. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung. Semua ini salah faham,”

Kena tegur katanya sebab berpakaian wanita di tempat tak sesuai. Apa kes sebenarnya? Apa-apapun, kita terima je lah teguran sesiapa demi kebaikan bersama. Tapi nak tegur pun kenalah berhemah.
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,171
Reaction score
138
Points
83
marketing murahan...
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,804
Reaction score
377
Points
51
Dia pakai untuk penggambaran sebelum tu rupanya.
Kat tempat penggambaran xde tempat tukar baju mungkin.
Jadi dia pakai kebaya tu siap2 kat rumah la kot sebelum pergi penggambaran.

Xnampak langsung mcm marketing murahan. Sikit pun tak.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,455
Reaction score
2,441
Points
206
apebenda ni?
alien ke?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,455
Reaction score
2,441
Points
206
Dia pakai untuk penggambaran sebelum tu rupanya.
Kat tempat penggambaran xde tempat tukar baju mungkin.
Jadi dia pakai kebaya tu siap2 kat rumah la kot sebelum pergi penggambaran.

Xnampak langsung mcm marketing murahan. Sikit pun tak.
6e55c148c49a5845df531cedd49ccd03.jpg


oh dia jadi karakter maskot produk rupanya.
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,790
Reaction score
358
Points
91
Sabda Rasulullah SAW

عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل

Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)

LAKNAT....bukan perkataan biasa yg diguna... betapa kerasnya amaran Nabi utk perbuatan gini...
ni kena maki kat public dah taching... kira ok laa ada jugak org yg tegur.. plus maki hahah
 

Kretos

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2010
Messages
292
Reaction score
17
Points
15
“Nak tegur tapi marah-marah. Cakaplah elok-elok. Apa salahnya tanya sebelum nak sembur,”

LAKNAT je org cmnie. Ngada2 mcm xberbulu lgi, ni bdn penuh bulu dah nak ckp elok mende lgi.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,242
Reaction score
2,403
Points
201
Sabda Rasulullah SAW

عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل

Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)

LAKNAT....bukan perkataan biasa yg diguna... betapa kerasnya amaran Nabi utk perbuatan gini...
ni kena maki kat public dah taching... kira ok laa ada jugak org yg tegur.. plus maki hahah
aku tak faham mentaliti masyarakat....pondan itu lawak....pondan sukses itu icon.....pondan lawa.....walhal kita wajib benci golongan ini dan paksa mereka berubah.....kenapa kita nak layan rasa hati mereka.....kata hati mereka.....sebenarnya mentaliti masyarakat sudah rosak....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register