Toxic2010
Legendary Member

- Messages
- 11,012
- Joined
- Jun 3, 2010
- Messages
- 11,012
- Reaction score
- 335
- Points
- 131
SHAH ALAM: Prosiding Suruhanjaya Diraja membabitkan isu pasir di Selangor, tidak perlu diadakan berikutan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), dijalankan dengan telus.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia terpulang kepada Kerajaan Pusat kerana hak menubuhkan Suruhanjaya Diraja di bawah pentadbiran Persekutuan.
“Saya juga sudah berjumpa pentadbiran) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meletakkan kakitangannya dalam KSSB supaya mereka dapat memantau apa yang berlaku.
“Saya juga meminta pelantikan ahli lembaga pengarah yang bebas, tidak dilantik oleh pejabat Menteri Besar, sebaliknya dicadangkan agensi Transparency International, iaitu di kalangan mereka yang berada dalam badan profesional,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKES) di sini, semalam.