Selangor setuju perjanjian konsesi Syabas didedah kepada umum

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM 2 Feb. – Kerajaan Selangor bersetuju supaya perjanjian konsesi air bersama Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didedahkan kepada umum, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Pendirian itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 20 Januari lepas.

Sehubungan itu, kerajaan negeri meminta Syabas dan kerajaan Persekutuan juga bersetuju agar perjanjian konsesi air membabitkan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan Syabas didedahkan kepada orang ramai.

Perjanjian berkenaan mengandungi maklumat tentang terma dan syarat perjanjian di antara kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dan Syabas, serta laporan audit berkenaan akaun syarikat pemegang konsesi air tersebut.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 15 Disember 2004, laporan dan audit konsesi tersebut adalah ‘rahsia’ dan hanya boleh dibuka untuk tatapan umum jika semua pihak bersetuju. – Bernama
 
Top
Log in Register