BTC USD 49,031.6 Gold USD 1,786.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Selangor Ria 09' Sasar Lebih RM2 Juta Pendapatan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SHAH ALAM, 20 Dis (Bernama) -- Selangor yakin mampu meraih pendapatan keseluruhan sehingga RM2 juta dengan menganjurkan program 'Selangor Ria 09' bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri itu pada tahun ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata lebih 300,000 pengunjung juga dijangka akan menghadiri program yang dijalankan sejak semalam sehingga 27 Dis ini yang menyediakan kira-kira 300 gerai untuk dikunjungi.

"Kita yakin pada tahun ini pendapatan akan lebih memberangsangkan memandangkan peningkatan dari segi penyertaan jenis barangan yang dijual dan pembungkusan yang lebih baik dan menarik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Selangor di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Shah Alam di sini pada Ahad.

Beliau berkata pada tahun lepas kira-kira RM1.5 juta pendapatan dicatatkan sepanjang berlangsungnya program berkenaan.

Katanya antara produk yang dijual ialah hasil pertanian, ternakan dan laut yang segar dan siap diproses dalam pelbagai jenis pilihan termasuk produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga akan meningkatkan mutu hasil pertanian di negeri itu dengan memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam bidang itu bukan lagi berdasarkan pengeluaran tetapi pendapatan para pengusaha disasarkan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

"Sambutan yang diberikan terhadap program ini sangat menggalakkan kerana pada tahun lepas sahaja ia menarik lebih 300,000 pengunjung, justeru saya yakin bidang pertanian mampu menjadi sumber ekonomi kepada mereka yang mahu menyertainya dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan 650 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Kuala Selangor dekat sini yang keluar dari parti itu dan menyertai Barisan Nasional semalam, Abdul Khalid berkata perkara itu memang telah dijangkakan.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tindakan itu memudahkan pihaknya untuk membuat perancangan dengan anggota parti di kawasan berkenaan.

"Bagus kerana mereka sudah tunjuk belang dan kita suka, sebab mereka sendiri yang keluar dari PKR, kita berharap mereka yang ingin keluar parti lebih baik keluar sekarang supaya kita tidak salah pilih wakil rakyat nanti," katanya.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan yang menyatakan sebagai Adun kawasan berkenaan beliau jarang turun padang dan tidak mengotakan janjinya selepas memenangi kerusi DUN Ijok pada pilihan raya umum lepas.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
uih2 sasar 2 juta tu..banyak plak target dorang ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register