combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,571
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,571
- Reaction score
- 225
- Points
- 73
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim (tengah) pada gimik Majlis Ramah Mesra dan Kesyukuran Bersama Pesawah Sungai Leman dan Pelancaran Teknologi B.A.S.E. di Dewan Seri Sekinchan.
Selangor memerlukan sekurang-kurangnya RM1 bilion bagi meningkatkan produktiviti penghasilan padi, termasuk menjayakan sasaran penanaman padi lima kali dua tahun.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata pihaknya akan berhubung dengan Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat, bagi membincangkan isu peruntukan tersebut termasuk membuat permohonan menerusi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor.
“Peruntukan itu diperlukan bagi menambah baik pelbagai jenis infrastruktur seperti saliran, kolam takungan tambahan untuk bekalan air, tanah jerlus termasuk proses pengambilan tanah seluas 80.9 hektar membabitkan sawah dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam.
"Kita hadapi masalah air untuk sampai ke Sabak Bernam, oleh itu kita mahu tingkatkan lagi capaian air di kebanyakan tempat di Barat Laut Selangor, supaya mendapat bekalan air yang cukup sejajar dengan cadangan penanaman padi lima kali dua tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Izham berkata proses naik taraf itu sangat penting kerana Selangor tidak mempunyai tanah baharu untuk diusahakan para pesawah, bagi meningkatkan produktiviti padi mengikut perancangan sedia ada.
Beliau yakin kesemua penambahbaikan infrastruktur itu dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun, sekiranya Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meluluskan peruntukan yang diperlukan.
Izham berkata pihaknya juga sedang memperhalusi pelbagai kaedah baharu untuk menyemarakkan lagi usaha kerjasama antara pihak lain dengan pesawah, sebagai inisiatif serampang dua mata meningkatkan hasil padi di negeri ini.
“Kita (kerajaan negeri) terbuka untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak membabitkan teknologi terkini termasuk FGV Holdings Berhad (FGV), yang telah menunjukkan keupayaan meningkatkan hasil sawah dalam skala besar.
“Dalam masa sama kita juga mencadangkan kepada kerajaan berhubung pemberian insentif RM100 bagi setiap tan untuk pesawah yang berjaya mengeluarkan padi sebanyak tujuh tan,” katanya.
Selangor Perlu RM1 Bilion Tingkat Hasil Padi
padi, Izham Hashim, BASE, infrastruktur
