BTC USD 97,051.5 Gold USD 2,669.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor no 1 Tertinggi Kes Rogol di Malaysia.

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,662
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,662
Reaction score
2,144
Points
266
Awards
1

Sarawak negeri kelima tertinggi kes rogol​

2021-08-03T17:04:38+08:00

fatimah.jpeg

Fatimah menerima cenderamata daripada Lucas dalam kunjungan hormat hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak berada di kedudukan kelima tertinggi di Malaysia bagi kes jenayah seksual (rogol) apabila mencatatkan 67 kes dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah, kedudukan tersebut direkodkan dengan menyaksikan Selangor pada kedudukan pertama dengan 168 kes diikuti Kedah (80 kes); Sabah (72 kes) dan Johor (69 kes).

Menurutnya, kes jenayah rogol di Sarawak mengalami peningkatan sebanyak 13.6 peratus apabila tahun lalu hanya 59 kes direkodkan.

“Daripada jumlah tersebut, 50 kes adalah mereka yang berumur antara 13 hingga 16 tahun; enam kes (0 hingga 12 tahun); lima kes (17 hingga 18 tahun); lima kes (19 hingga 25 tahun) dan satu kes (26 tahun ke atas).

“Dan daripada jumlah (67) kes rogol ini, sebanyak 41 kanak-kanak dilaporkan mengandung dengan 62 peratus melibatkan mangsa perempuan di bawah umur 16 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak ACP Lucas Aket di Bangunan Baitul Makmur II, di sini, hari ini.

Fatimah berkata, kebanyakan kes rogol yang berlaku itu berpunca daripada kenalan teman lelaki.

“Selain teman lelaki, kebanyakan suspek adalah terdiri daripada orang yang dikenali mangsa seperti kenalan baru (15 kes), bapa kandung (5 kes) dan lain-lain lagi.

“Bagaimanapun, hanya satu kes melibatkan orang yang tidak dikenali,” katanya.

Sementara itu, bagi kes keganasan rumah tangga (KRT) di Sarawak, Fatimah berkata, terdapat banyak kes dilaporkan dalam tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding sebelum PKP berdasarkan statistik JSJ Sarawak.

"Jabatan melaporkan sebanyak 755 kes KRT semasa PKP iaitu dari bulan Mac tahun lalu hingga bulan Mac tahun ini.

"Angka tersebut menunjukkan peningkatan 65 kes sepanjang tempoh PKP. Manakala dari Februari 2019 hingga Februari 2020, JSJ Sarawak mencatatkan sejumlah 690 kes KRT," katanya sambil menambah penyalahgunaan dadah dan alkohol antara punca berlakunya KRT.

Melihat kepada statistik itu, beliau menggesa semua pihak untuk memainkan peranan dan bekerjasama menyumbang kepada usaha dalam menangani kes seumpama ini.

“Dengan input berupa data dan statistik diberikan, kita dapat membangun dan melaksanakan program intervensi sosial secara bersasar ini,” katanya.

Terdahulu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk mengukuhkan kolaborasi strategik dan bersepadu antara KWKPK dan JSJ Sarawak.

sumber sahih :
 
Sponsored Post

Kes rogol di Pahang meningkat​

NORAWAZNI YUSOF | | 07 November 2021
1260454.jpeg

Ramli

KUANTAN - Kes rogol termasuk pasangan kekasih bawah umur di Pahang merekodkan peningkatan sebanyak 94 kes dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu berbanding 84 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, peningkatan lebih 12 peratus itu kebanyakannya membabitkan golongan remaja di bawah umur 19 tahun.

Menurutnya, sebanyak 89 kes melibatkan kejadian rogol bawah umur yang dilaporkan berlaku atas dasar suka sama suka.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati hubungan seks yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.

"Malah, kedua-dua mangsa dan si pelaku juga saling mengenali kerana berkenalan di laman sosial dengan menggunakan aplikasi Instagram, Facebook, Whatsapp dan pelbagai saluran media sosial yang digunakan.

"Kebanyakan kes yang dilaporkan juga didapati berlaku di rumah mangsa atau si pelaku itu sendiri," katanya pada sidang akhbar di bilik media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ramli menjelaskan, pihaknya turut menerima laporan berhubung terdapat kes sumbang mahram, rogol perseorangan dan berkumpulan daripada mangsa.

Beliau berkata, kesemua jenayah membabitkan kes rogol boleh disiasat iaitu kesalahan rogol secara perseorangan yang disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.
Disyorkan artikel ini:
Tambahnya, bagi kesalahan rogol berkumpulan pula disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun.

"Mana-mana individu yang melalukan kesalahan sumbang mahram pula disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

"Bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pula disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan," katanya.

Sehubungan itu, Ramli berkata, pelbagai usaha dan inisiatif yang dijalankan oleh polis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui kempen kesedaran jenayah dan ceramah.

"Namun, kita memerlukan peranan daripada ibu bapa sendiri bagi mengawal dan mengawasi tingkah laku anak masing-masing," ujarnya.

 

5 Negeri Tertinggi Kes Rogol di Malaysia * 2017 *

rogol-dan-cabul.jpg

Tahukah anda negeri mana di Malaysia mencatatkan jumlah kes rogol paling banyak setakat ini?

Sehingga tahun 2017, negeri Selangor dan Johor kerap mencatatkan jumlah kes rogol tertinggi di Malaysia setiap tahun bersilih ganti. Bagaimanapun, angka kes rogol di Johor adalah yang paling tinggi di negara kita dengan di Johor saja mencatatkan 15.73 peratus jumlah kes seluruh negara.

Berita yang sedikit melegakan, jumlah kes di kedua-dua negeri semakin berkurangan dengan Johor mencatatkan penurunan mendadak semenjak 2013. Negeri Selangor juga mencatatkan penurunan stabil bermula pada tahun 2012 namun tetap mendahului, apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain di negara kita.

Beberapa negeri lain yang kerap mencatatkan jumlah lebih 200 kes setahun berkenaan jenayah rogol pula adalah Kedah, Kelantan dan Sabah.

https://*************/bm/5-negeri-d...tatistik-kes-jenayah-rogol-paling-tinggi.html
 
Fatimah berkata, kebanyakan kes rogol yang berlaku itu berpunca daripada kenalan teman lelaki.

“Selain teman lelaki, kebanyakan suspek adalah terdiri daripada orang yang dikenali mangsa seperti kenalan baru (15 kes), bapa kandung (5 kes) dan lain-lain lagi.

.................................................................................



5 kes bapa kandung

Susahlah kalau Bapa dah tak boleh dipercayai
 
patutnya laporan tu kena based per population..
contohnya xx kes per 100,000 population...figure tu baru la tepat dan mengambarkan keadaan sebenar..
kalo just bagi bilangan je, of course la negeri2 yang mempunyai penduduk yg paling ramai akan jadi juara....

Contohnya negeri A ada 5 juta penduduk kes rogol ada 1,000 kes...
Negeri B lak ada 1 juta penduduk dan ada 700 kes rogol

kalo just tengok bil kes rogol je, of course negeri A juara...tp realitinya kalo ikutkan kes per population, sebenarnya kadar kes rogol di negeri B lagi tinggi dari negeri A yang ramai population tu

kalao convert kan kes per population:

Negeri A: 20 kes per 100,000 penduduk
Negeri B 70 kes per 100,000 penduduk
 
Last edited:
patutnya laporan tu kena based per population..
contohnya xx kes per 100,000 population...figure tu baru la tepat dan mengambarkan keadaan sebenar..
kalo just bagi bilangan je, of course la negeri2 yang mempunyai penduduk yg paling ramai akan jadi juara....

Contohnya negeri A ada 5 juta penduduk kes rogol ada 1,000 kes...
Negeri B lak ada 1 juta penduduk dan ada 700 kes rogol

kalo just tengok bil kes rogol je, of course negeri A juara...tp realitinya kalo ikutkan kes per population, sebenarnya kadar kes rogol di negeri B lagi tinggi dari negeri A yang ramai population tu

kalao convert kan kes per population:

Negeri A: 20 kes per 100,000 penduduk
Negeri B 70 kes per 100,000 penduduk
diorg ni mmg main bedal je. yg mana befikir tu baru tahu. sama gk masa covid dulu. selangor beratus cases daily. tp x ambil kira faktor brapa ramai org kat selangor
 
Based daripada bilangan kes yang artikel diatas laporkan untuk beberapa negeri, aku try kira kes per 100,000 penduduk bagi kes rogol ni..

Data bil penduduk aku ambil dari laporan Jab Perangkaan

Selangor 6.56 Juta penduduk, 168 kes rogol
Kedah 2.19 Juta penduduk, 80 kes rogol
Sabah 3.83 Juta penduduk, 72 kes
Johor 3.79 jUTA, 69 kES
Pahang 1.68 Juta, 84 kes


keputusan

Selangor : 2.56 kes per 100,000 penduduk
Kedah : 3.6 kes per 100,000 penduduk
Sabah : 1.87 kes per 100,000 penduduk
Johor : 1.82 kes per 100,000 penduduk
Pahang: : 5 kes per 100,000 penduduk

so realitynya, antara lima negeri ni, Pahang juara, 2nd place Kedah, 3rd place Selangor..

negeri lain x dpt kira sebab x dpt bilangan kes, x mustahil ada negeri yang mungkin lebih tinggi dari Pahang kalo penggiraan dibuat.
 
Selangor kes tertinggi kira normal..
Kena tgk faktor pembolehubah lain..

Cth :

1) lifestyle kwsn bandar / kawasan kampung ?
2) brp ramai yg report kes ? Takut untuk report ?
3) betul ke rogol ? Atau suka sama suka, tp bukak kes rogol ?

Kesimpulan aku, selangor mmg layak champion..

Dengan kepadatan penduduknya, lifestyle jenis rancak sana sini..

Apa yang nak diharapkan ?

Jaga anak masing2..

---

Contoh lain nak terang ttg pembolehubah..

Let say kelantan top 1 kes rogol..

Ianya mungkin atas faktor kwsn kepadatan orang melayu.. Maka yang report kes rogol meningkat atas faktor orang melayu di kelantan nak kan keadilan kpd mangsa rogol..

Atau kelantan xde kes rogol, sebab orang melayu malu nak report kes rogol.

So depend cara kita faham situasi dan data yang nak disampaikan..

---

Aku lebih setuju selangor champion kes rogol..

Dengan meletakkan pembolehubah lifestyle sbgi indicator utama punca kpd peningkatan kes rogol..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register