BTC USD 62,366.6 Gold USD 1,764.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor dilanda krisis air 2012?

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PETALING JAYA 26 Nov. - Selangor akan dilanda krisis air menjelang 2012 sekiranya pemegang kepentingan dalam pengurusan air di negeri ini gagal mencari penyelesaian segera mengenainya, kata Ketua pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi.

Beliau berkata, sebagai negeri maju, permintaan air di Selangor meningkat tahun demi tahun.

Katanya, berdasarkan perkiraan Syabas, setiap isi rumah di negeri ini menggunakan 212 liter air sehari dan jumlah ini agak tinggi berbanding di negara lain.

"Di Singapura contohnya, setiap orang hanya menggunakan 156 liter air sehari," katanya pada Forum Air Selangor bertajuk Pengurusan dan Permintaan terhadap Air di sini, hari ini.

Forum itu dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dihadiri lebih 100 peserta.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berkata, kerajaan negeri Selangor perlu mengetepikan sentimen politik dalam mencari jalan untuk mengelak berlakunya krisis air pada masa akan datang.

"Ini berkaitan (menolong) manusia, bukan mengenai politik, jadi ketepikan perkara itu dan sama-samalah kita menolong orang ramai yang akhirnya mungkin menjadi mangsa," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu saling mempercayai untuk memastikan krisis air di Selangor tidak menjadi semakin buruk.

Kerajaan Persekutuan pernah menyatakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 perlu dilaksanakan dengan segera seperti yang dirancang untuk mengelak berlaku krisis air di negeri ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, projek itu hanya perlu dilaksanakan pada 2019 dan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan supaya mengurangkan kadar air bukan hasil serta melaksanakan sistem penuaian air hujan. - BERNAMA
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
dia cakap ni nak watpe? syarikat air ni kan swasta.
kena ikut demand ler. kalau tak cukup pandai2 la cari sumber.
kalau tak tau mana nak cari, bereti la. byk orang lain nak kerja.
 

khairulkaya

Fun Poster
Joined
Dec 9, 2006
Messages
619
Reaction score
0
Points
10
dia cakap ni nak watpe? syarikat air ni kan swasta.
kena ikut demand ler. kalau tak cukup pandai2 la cari sumber.
kalau tak tau mana nak cari, bereti la. byk orang lain nak kerja.

nak mintak kerajaan negeri naikkan tarif air lar tuh... :(scam :(scam
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,234
Reaction score
2,248
Points
201
klu solution asyik naikkan je ... meh bia aku lak jadi ceo ... gaji besa ... dalam otak asyik naikkan harga ja ... gila mcm badut
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
klu solution asyik naikkan je ... meh bia aku lak jadi ceo ... gaji besa ... dalam otak asyik naikkan harga ja ... gila mcm badut
betul la tu. baik kita jer jadi boss syabas. senang betul. dlm kepala asyik nak naikkan air jer.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register