Selangor Agih RM22.473J, Baikpulih Infrastruktur 740 Sekolah

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
23.11.2020 - Shah Alam, Kerajaan Selangor mengagihkan sebanyak RM22.473 juta kepada 740 buah sekolah di seluruh negeri itu bermula 2 November lalu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Bantuan Infrastruktur Sekolah Selangor bertujuan untuk menambah baik infrastruktur termasuk penyelenggaraan dewan dan pembelian perkakasan. Menurutnya, daripada jumlah itu, Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan penerima terbesar sebanyak RM9.113 juta melibatkan 538 sekolah.

“Ini diikuti dengan 101 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) (RM6 juta) dan empat Sekolah Menengah Persendirian Cina (RM2 juta). Manakala 83 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula mendapat RM4.36 juta. Manakala 14 buah lagi sekolah terdiri daripada Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan menerima agihan Kerajaan Negeri sebanyak RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berharap dengan bantuan itu dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif buat pelajar-pelajar seluruh negeri itu. “Ia selari dengan keutamaan yang signifikan diperuntukkan untuk pendidikan dalam Belanjawan Selangor 2021,” katanya lagi.

Screenshot-3284.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11...juta-baik-pulih-infrastruktur-740-sekolah-mb/
 
Top
Log in Register