akiyamasan
Active+ Member
- Messages
- 4,681
- Joined
- Mar 10, 2011
- Messages
- 4,681
- Reaction score
- 1,446
- Points
- 111
Anak menteri pakai honda je.. apa barang
Anak cikgu je pakai honda ni
Anak cikgu je pakai honda ni
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
ada la dulu menteri pakai honda city...Anak menteri pakai honda je.. apa barang
Anak cikgu je pakai honda ni
nanti tv panggil....interview...gelak lebih kurang..kemudian dapat offer jad dj....jadi pengacara ..org lupalah apa depa buat...hahahahaFemes dah.
Pasni mesti senang dapat jobs.
Standard dunia skrg, yg bingai tu la byk dpt duit.
boleh buat content...desakan hidup menyebabkan kami makan magginanti tv panggil....interview...gelak lebih kurang..kemudian dapat offer jad dj....jadi pengacara ..org lupalah apa depa buat...hahahaha
masuk era dulu. sinar., hotfm. lepas tu host program astronanti tv panggil....interview...gelak lebih kurang..kemudian dapat offer jad dj....jadi pengacara ..org lupalah apa depa buat...hahahaha
petrol car tu pon ptt kena soal siasat kot15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak
20 MAY 2024
Tangkap layar laporan Sinar Harian berhubung tidak sekumpulan individu yang dikatakan memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands. Gambar kecil: Yahaya
KUANTAN – Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, penahanan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada Sabtu.
Menurutnya, kesemua mereka berusia antara 23 hingga 28 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.
“Polis masih dalam proses merakam percakapan saksi ketika kejadian.
“Ini bagi melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, setakat ini keterangan empat saksi sudah diambil bagi membantu siasatan kes.
Pada 13 Mei lalu Sinar Harian melaporkan penularan satu klip video di laman sosial memaparkan sekumpulan individu ‘berkelah’ dan memasak di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands, Pahang mengundang kecaman netizen kerana bimbang tindakan itu akan membahayakan keselamatan.
Video berdurasi satu minit dua saat yang tular menunjukkan beberapa individu sedang melepak sambil memasak mi segera dengan menggunakan dapur gas mudah alih.
Turut kelihatan dalam video berkenaan sebuah kereta peronda memasuki stesen minyak tersebut, namun kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran pihak polis dan menyambung aktiviti yang dilakukan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan dibuat seorang wanita berusia 47 tahun yang juga petugas di stesen minyak terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.
OK lah tu melayu kena denda rendah. Sebelum ni orang kita bising asyik cina dapat denda rendah.BENTONG: "Tak tahu ke bahaya masak di stesen minyak kemudian muat naik di media sosial pula," soal Majistret Nadratun Naiem Zainan di Mahkamah Bentong di sini pada Selasa.
Beliau berkata sedemikian terhadap seorang peniaga kedai makan iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan), 24; Nur Anis Salleh (pembantu pergigian), 24 dan Nur Azira Azman (ejen hartanah), 23, selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.
Video itu tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat kecaman netizen yang berang dengan tindakan mereka yang memasak di kawasan berisiko seperti stesen minyak.
Nadratun turut mempersoalkan bagaimana timbulnya idea memasak di kawasan terbabit.
Nurfatin memberitahu perbuatan itu dilakukan secara rawak dan memberikan alasan lapar selain mereka kesemua mengakui kesilapan yang dilakukan.
Fadhli juga mengakui mereka merancang untuk memasak di tempat lain tapi sudah penuh dan mendakwa kawasan memasak ketika itu jauh dari nozel minyak.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 12 Mei lalu kira-kira jam 1.30 pagi di stesen minyak Petron Taman Cendawan dekat Genting Highlands, di sini, dalam mencapai niat bersama telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak terbabit yang merupakan perubahan gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.
Kesemua tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.
Ketika proses rayuan, kesemua tertuduh memohon denda yang rendah dan masing-masing memberikan alasan masih menanggung kedua ibu bapa, adik beradik serta mengakui kesalahan kali pertama yang dilakukan mereka.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid meminta hukuman setimpal diberikan kepada kesemua tertuduh sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.
"Ini kerana kejadian berkenaan telah menarik perhatian awam dan menimbulkan persepsi dan kontroversi negatif kepada masyarakat," katanya lagi.
Nadratun kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika denda gagal dijelaskan.
500 je ke...