Selamba lempar sampah ke dalam sungai

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
946953.jpg


KLANG - Tanpa rasa malu dan bersalah, tiga penunggang motosikal dikesan dengan selamba membuang sampah ke dalam sungai yang terletak di Bukit Kapar 2, di sini.

Ia termasuk seorang lelaki yang dilihat melempar plastik hitam besar ke dalam sungai berkenaan pada siang hari walaupun telah dipasang papan tanda larangan membuang sampah di kawasan itu.

Perbuatan tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsikan di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar pada Rabu.

Mohd Fakhrulrazi mengecam perbuatan tersebut yang menurutnya antara punca menyumbang masalah banjir dan pencemaran lain.

Beliau berkata, pendedahan tersebut membuktikan masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak peka isu pemeliharaan sungai dan mengambil jalan mudah membuang sampah di tempat tidak sepatutnya.

"Mereka tidak tidak sedar perbuatan tersebut memberi kesan besar khususnya pencemaran. Secara tidak langsung menunjukkan mentaliti mereka yang tidak bertamadun dan amat mendukacitakan.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas kepada pelaku dan meminta kerjasama orang awam untuk menularkan video ini bagi memberikan pengajaran kepada pelaku dan peringatan buat pihak yang mahu melakukan kesalahan sama," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut katanya, pelaku berdepan tindakan tegas selepas kerajaan negeri meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor yang memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan pencemaran sungai dengan denda maksimum RM1 juta serta penjara mandatori.

"Ini bukan tindakan untuk menzalimi rakyat tetapi langkah pencegahan. Inilah masalah (pencemaran sungai) yang dihadapi rakyat Selangor.

"Kita tak boleh meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan semata-mata, tidak guna ada undang-undang yang tegas jika mentaliti atau sikap masih tidak berubah.

"Rakyat perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi maklumat, memantau dan mencegah supaya isu berkaitan pembuangan sampah ke dalam sungai dapat diatasi," katanya.

 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,155
Reaction score
1,866
Points
206
hah kek tompek cmni lah patut ado roadblok tersorok.... lps deme buang sampah trus penguatkuaso lompat kluar & tangkap pesalah

dan campak pesalah ke sungai mcm sampah ekekeekke
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,434
Reaction score
2,525
Points
201
View attachment 332531

KLANG - Tanpa rasa malu dan bersalah, tiga penunggang motosikal dikesan dengan selamba membuang sampah ke dalam sungai yang terletak di Bukit Kapar 2, di sini.

Ia termasuk seorang lelaki yang dilihat melempar plastik hitam besar ke dalam sungai berkenaan pada siang hari walaupun telah dipasang papan tanda larangan membuang sampah di kawasan itu.

Perbuatan tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsikan di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar pada Rabu.

Mohd Fakhrulrazi mengecam perbuatan tersebut yang menurutnya antara punca menyumbang masalah banjir dan pencemaran lain.

Beliau berkata, pendedahan tersebut membuktikan masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak peka isu pemeliharaan sungai dan mengambil jalan mudah membuang sampah di tempat tidak sepatutnya.

"Mereka tidak tidak sedar perbuatan tersebut memberi kesan besar khususnya pencemaran. Secara tidak langsung menunjukkan mentaliti mereka yang tidak bertamadun dan amat mendukacitakan.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas kepada pelaku dan meminta kerjasama orang awam untuk menularkan video ini bagi memberikan pengajaran kepada pelaku dan peringatan buat pihak yang mahu melakukan kesalahan sama," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut katanya, pelaku berdepan tindakan tegas selepas kerajaan negeri meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor yang memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan pencemaran sungai dengan denda maksimum RM1 juta serta penjara mandatori.

"Ini bukan tindakan untuk menzalimi rakyat tetapi langkah pencegahan. Inilah masalah (pencemaran sungai) yang dihadapi rakyat Selangor.

"Kita tak boleh meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan semata-mata, tidak guna ada undang-undang yang tegas jika mentaliti atau sikap masih tidak berubah.

"Rakyat perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi maklumat, memantau dan mencegah supaya isu berkaitan pembuangan sampah ke dalam sungai dapat diatasi," katanya.

Elok ada sorang jaga kat tempat sembunyi...sapa buat sampah tembak dgn peluru getah.....tgk esok lusa ada org buat ke tidak.....malaysia sekarang ni tak boleh berlembut.....peduli NGO jadi hak asasi lah...itu lah....semua nak kepoh last last perangai mcm monyet juga......kalau kat india kencing bersepah tepi dinding dipancutkan dgn air....padan muka.....pastu ada kena rotan.....Malaysia ni dimanjakan sgt...tu yg besar kepala semua
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,659
Reaction score
12,182
Points
2,376
Elok ada sorang jaga kat tempat sembunyi...sapa buat sampah tembak dgn peluru getah.....tgk esok lusa ada org buat ke tidak.....malaysia sekarang ni tak boleh berlembut.....peduli NGO jadi hak asasi lah...itu lah....semua nak kepoh last last perangai mcm monyet juga......kalau kat india kencing bersepah tepi dinding dipancutkan dgn air....padan muka.....pastu ada kena rotan.....Malaysia ni dimanjakan sgt...tu yg besar kepala semua
Pejuang hak asasi pun bukan semua isu dia cover
Pilih² jugak
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,285
Reaction score
21,164
Points
1,671
penah tau mber ak campak plastik kt longkang masa kt pasar malam

nak balik tu ada 4-5org pakai vest tahan. sampai nak nangis die masa tu ingat kena tahan salah jenayah apa haha

kena saman rm30
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,723
Reaction score
1,179
Points
151
Benda nie lebih pada kesedaran individu, xperlu penguatkuasa pun klau rasa diri bertanggunjwab
 
Sponsored Post
Top
Log in Register