BTC USD 39,006.6 Gold USD 1,820.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

selamatkan menteri daripada potongan gaji

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.

Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 ahli parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan.

Selain Chin (kanan), hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.

Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.

Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.

Terdahulu Dzulkefly (kiri, tengah) dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti diwujudkan di Thailand.

Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian.

Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan.
 
Sponsored Post

paktam

Fun Poster
Joined
Feb 13, 2008
Messages
588
Reaction score
2
Points
15
sepuluh hinggit je...ingat 10ribu..
 

zakir

Active Member
Joined
Aug 17, 2010
Messages
1,595
Reaction score
3
Points
25
tu pun berkira....haha
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
cheh......baru spulo inggit.......
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,521
Reaction score
913
Points
171
Maruah tu yg lebih penting drpd RM10. Nanti nampak sgt Ahli Parlimen BN MALAS hadir ke Parlimen.
 

kurosaki

Fun Poster
Joined
Mar 28, 2010
Messages
817
Reaction score
1
Points
15
macam siot je..10henggettt pun kecoh..xle blaa..:eek:
 

ancieh

Fun Poster
Joined
Nov 8, 2010
Messages
197
Reaction score
0
Points
10
mungkin ada kesannya bila kena potong sepuluh hengget...mmg 10 hengget tu kecik..ttp kesannya yg lebih dasyat..
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
potong la 1k ke..bru la nmpk sket..
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
hahaha RM10 je ke? harta juta2 potong just 10 hinggit..kemut yg amat.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register