BTC USD 22,724.6 Gold USD 1,923.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamatkah Menyimpan Wang Di Maybank?

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
Seorang surirumah warga tempatan, Layun binte Lakai 43, berasal dari Kg Samin dekat sini merasa kesal terhadap sikap pengurusan Maybank Sipitang yang telah berjanji akan memulangkan semula wangnya dalam akaun simpanan yang telah hilang kira-kira lebih setahun lalu

namun harapan yang diberikan tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
Katanya, beliau menganggap wang yang hilang sebanyak RM530.00 dari akaun simpanannya telah memberi kesan kemudaratan terhadap fizikalnya yang meliputi tekanan fikiran dan emosi beliau.

Layun yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan swasta berkata demikian kepada Sabahkini.net sebagai jalan keluar untuk meluahkan kisah penderitaannya itu agar masalahnya itu mendapat perhatian pihak tertentu.

Saya sudah melaporkan masalah ini kepada pihak pihak berwajib seperti Polis, dan kepada pengurusan bank terbabit tetapi hanya ditaburkan dengan janji-janji kononnya mereka akan uruskan masalah tersebut tetapi sehingga sekarang sudah lebih satu tahun masalah tersebut belum lagi selesai. Saya bingung kerana amat memerlukan wang tersebut, tegas Layun yang kesal dengan kejadian tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya terjadi kepada wang saya itu? Kenapa memakan masa sebegitu lama untuk diselesaikan, tambahnya lagi.

Kehilangan wang tersebut mula disedari oleh Layun, apabila beliau hendak mengeluarkan wangnya melalui kad ATM, di sini (Sipitang) pada Disember 1, 2008, di mana beliau mendapati wang dalam akaunnya sudah terlalu berkurangan kecuali beberapa ringgit sahaja.

Menurutnya, beliau terpaksa membuat bayaran hampir RM50.00 kepada bank itu untuk mendapatkan maklumat transaksi pengeluaran wang yang hilang itu daripada akaunnya seperti yang dikehendaki pihak bank terbabit.

Ini bermakna masalah saya jadi dua perkara.di mana wang saya dikeluarkan oleh orang lain dan yang satu lagi saya dikenakan bayaran oleh bank untuk mendapatkan maklumat pengeluaran wang tersebut, keluhnya.

Berdasarkan laporan penyiasatan awal, pihak Maybank mendapati pengeluaran tersebut dibuat oleh seseorang bernama Rusma Wati Wahid, di Semanjung Malaysia pada November 30, 2008.

Bagaimana orang ini tahu akaun saya ada duit? tanyanya.

Ekoran kejadian itu Layun yang berada di sini ketika kejadian telah membuat laporan polis, di Ibu pejabat Polis, daerah Sipitang, pada Disember 2, 2008 untuk tindakan seterusnya.

Menurut Layun, wang tersebut dikirim oleh anak perempuannya yang bekerja di Genting Highland untuk perbelanjaan persediaan menyambut perayaan Hari Krismas 2008.

Beliau merasa sungguh pelik dengan kejadian ini kerana bagaimana orang lain dapat mengeluarkan wang miliknya itu.

Saya tidak pernah memberikan nombor PIN akaun saya kepada orang lain, Jelas beliau dengan nada serius.

Sumber
 
Last edited:
Sponsored Post

nina76

Fun Poster
Messages
810
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
maybank ni kerap sgt terjadi kes2 duit hilang...sy sendiri pernah kena...lg syok, withdraw 1500, keluar 1400....pastu cuba withdraw sekali lg mesin yg sama bbrp minit kemudian, 1000 keluar 900...mana tk herannye...mcm org yg incharge mesin tu dh setting awal2 mesin mcm tu.....bila report maybank return 100 je, itupon dr akaun under 1st kad tu je, 2nd akaun tk dpt.....mmg tk halal dunia akhirat org yg buat dajal aniaya org ni....................
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register