(Entertainment) Selamat Tinggal BlackBerry...

Recommended Brokers


Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,634
Reaction score
20,703
Points
1,661
Selamat tinggal BBM, tamat perkhidmatan 31 Mei ini

KUALA LUMPUR, 19 April — Jika anda melalui zaman remaja sekitar tahun 2009, mustahil jika tidak tahu apa itu Blackberry.


Mana tidaknya, Blackberry ketika itu menjadi fenomena luar biasa dalam ‘dunia telefon pintar’ yang menghidangkan pelbagai fungsi menarik, sesuai dengan selera pengguna.

BlackBerry Messenger atau BBM misalnya, pernah menjadi medium perhubungan paling penting dengan kehadiran BlackBerry OS serta papan kekunci penuh fizikal.

Namun, kini segalanya tinggal kenangan. BBM semakin hilang pengikut terutama selepas kemunculan pelbagai aplikasi pesanan ringkas lain termasuk Whatsapp.

Akur dengan kehendak perubahan teknologi, BlackBerry akhirnya mengumumkan bakal menamatkan perkhidmatan BBM sepenuhnya pada 31 Mei ini, lapor portal SoyaCincau.

Menurut BlackBerry, pelbagai usaha telah dibuat bagi membolehkan BBM dapat diguna oleh setiap masyarakat. Namun, disebabkan ramai yang beralih ke saluran menghantar pesanan lain, peranti itu sukar mendapatkan pengguna baru.

Sebelum ini, BlackBerry yang masih berkeras untuk kekal dengan platform BlackBerry OS semakin merudum jualan perantinya apabila pengguna mula beralih ke Android dan iOS.

Disebabkan BBM tidak boleh digunakan di Android dan iOS, pengguna terpaksa menggunakan aplikasi menghantar pesanan lain seperti WhatsApp, Telegram, WeChat dan lain-lain.

Melihat situasi ini, BlackBerry akhirnya melancarkan BBM di Android dan iOS pada akhir tahun 2013. BlackBerry turut melancarkan telefon pintar yang dikuasakan Android, BlackBerry PRIV pada tahun 2015.

Bagaimanapun, langkah itu mungkin sudah terlambat apabila pengguna sudah mula selesa dengan platform menghantar pesanan lain. Walau ada pengguna tegar BBM, ia masih menyukarkan mereka untuk berkomunikasi.

BlackBerry memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya hujung bulan depan. Segala fungsi di dalam BBM seperti pelekat, BBMoji, Ganjaran dan Nilai akan turut tamat, menurut portal itu lagi. - MMO

 

hanamichie

Active Member
Joined
Mar 14, 2008
Messages
2,296
Reaction score
1
Points
25
nostalgia betul BBM ni.unlimited msg sebelum ada whatsapp, pernah guna Bold 3
 
Sponsored Post
Top
Log in Register