BTC USD 49,134.0 Gold USD 1,786.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah

insyi©

CG Top Poster Club
Messages
28,101
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
Salam sahabat-sahabat,

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.


Ini bermakna kita telah meninggalkan 12 bulan yang lalu. Tanpa kita sedari penggantian malam dan siang; menjadikan adanya Bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat adalah masa. Masa itu adalah kehidupan.

Adanya pergantian malam dan siang, bulan serta tahun terdapat hikmah dan pelajaran yang agung bagi setiap orang yang mahu berfikir. Jangan dibiarkan berlalu tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari TANPA kita melihat bertapa Agungnya ALLah. ALLah yang menjadi TUHAN dan TUAN bagi alam ini.

Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman, artinya:


يُقَلِّبُ اللَّهُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ إِنَّ فِى ذلِكَ لَعِبْرَةً لأُوْلِى الاٌّبْصَـرِ

﴾"Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikianitu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan." (QS. an-Nur: 44)

1hari = 24jam ..........Satu TAHUN ? = 12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Saat

Adakah kita telah memanfaatkan dengan baik masa yang lalu?

Adakah kita telah mengunakan masa itu untuk beramal ibadat?

Adakah kita telah mengambil faedah dengan hari-hari berlalu untuk berjihad menegakkan Islam dan syariatnya?

Semua orang dalam kerugian kecuali mereka yang dinyatakan oleh ALlah dalam firmanNYA:

وَالْعَصْرِ * إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ *)
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula saling berpesan-pesan dengan kebenaran serta saling berpesan-pesan dengan sabar.

Oleh karena itu sudah merupakan keharusan bagi setiap muslim agar dia senantiasa meneropong diri dan muhasabah setiap saat dan setiap waktu sehingga dia tetap istiqamah dan terpelihara dalam beragama atas dasar pemahaman yangbenar dan lurus dan tidak salah sangka terhadap dirinya dengan mengganggap telah berbuat sebaik-baiknya padahal tidak demikian. Dalam ertikata lain.....kita merasakan amal-amal kita betul dan diterima oleh Allah sedangkan DITOLAK dan TIDAK DITERIMA oleh Allah.

Tanyalah diri kita.......Adakah solat kita diterima(bukan sekadar sah) oleh ALLAH?
.......Adakah puasa, zakat dan haji diterima Allah?
........Adakah muamalah/ekonomi diterima Allah?
........Adakah politik/pemerintahan diterima Allah?


Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman, artinya:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالاٌّخْسَرِينَ أَعْمَـلاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat perkara yang baik". (AL-KAHF=103-104)"

Marilah kita berdoa dan memohon keampunan daripada ALlah,


الحمد لله والصلاة والسلام على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. اللَهُمَّ ما عَمِلنَا فى هذه السَّنةِ مِمَّا نَهَيتَنَا عَنهُ فلَم نَتُبْ مِنهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنسَهُ وَحَلُمْتَ عَلينا بَعْدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِنَا إلى التَوبَةِ مِنه بعد جُرْأَتِنَا على مَعْصِيَتِكَ
فَإنَّنَا نَستَغفِرُكَ فَاغْفِرلَنَا، وما عَمِلْنَا فيها مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَناَ عليه الثَّوَابَ فَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ يا كَرِيْمُ يا ذا الْجلال وَالإكرام أَن تَتَقَبَّلَه مِنَّا ولاتَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنكَ ياَ كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى رَسُولِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ واَلْحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ


Ya ALLAH, apa-apa perkara yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa-apa perkara yang telah ENGKAU larang maka kami belum bertaubat darinya; dan ENGKAU tidak meredhainya dan melupakannya dan ENGKAU berlembut tidak mengazab kami walaupun ENGKAU berkuasa untuk menyiksa kami, malah ENGKAU memberi peluang kami bertaubat setelah melakukan maksiat itu, MAKA kami memohon keampunan, oleh itu ampunilah kami. Dan apa-apa perkara yang kami lakukan pada tahun ini yang ENGKAU redhai dan ENGKAU telah menjanjikan ganjaran pahala, MAKA kami memohon kepada ENGKAU wahai Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan SEMOGA ENGKAU menerima amalan-amalan kami dan janganlah ENGKAU menghampakan harapan kami kepada MU.​


credit to: BLOG INI
 
Last edited:
Sponsored Post

sureheboh.com

Passed Away
Messages
18,961
Paid Membership
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
309
Points
131
Terima kasih.. kita pernah bertemukan? Maaf byk² tak tegur sebab ingatkan sis temankan seseorang rupanya mewakili CG.
 

insyi©

CG Top Poster Club
Messages
28,101
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
Terima kasih.. kita pernah bertemukan? Maaf byk² tak tegur sebab ingatkan sis temankan seseorang rupanya mewakili CG.

Dua2 betul tu...temankan seseorg gak...hehehhe...wakil CG tu idakle sgt....wakil CG dah ada Adar ngan Tokera...hehhehe

segan gak nak tegur...otai...:">
 

lilbee

Active+ Member
Messages
4,801
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
malam ni tukar buku baru..

buku lama yang bakal dihantar belum cantik isinya..
 

sarialong

Active+ Member
Messages
3,116
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,116
Reaction score
1
Points
25
sama2 lah kita memenuhkan masjid beramai2 sepertimana ramainya penyokong2 bola memenuhi stadium
 

alia_angel

Super Active Member
Messages
5,254
Joined
Oct 25, 2008
Messages
5,254
Reaction score
29
Points
70
Alhamdullilah....
bertemu juga dgn Maal Hijrah lepas setahun berlalu....
minta maaf kat smua cgrian kalo ada terkasar bahasa kat korg smua....
any program kat tmpt korg....
kat tmpt sye ari ni akan menganjurkan program sambutan Maal Hijrah 1431....
Memantapkan lagi syi'ar Islam dan Ummahnya sesuai dgn tema tahun ini "MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"....
start dr kul 0330 ptg smpi 0900 mlm....
kat surau kmpg tmpt sye....
 

chadcay

Junior Member
Messages
86
Joined
Nov 18, 2009
Messages
86
Reaction score
0
Points
6
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 kepada semua warga CG:):)cgrock
 

EncikEx

Legendary Member
Messages
12,108
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,108
Reaction score
167
Points
123
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431... kepada semua warga CG
 
Sponsored Post
Top
Log in Register