BTC USD 40,975.9 Gold USD 1,839.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekumpulan ibu saman kerajaan isu kewarganegaraan anak

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Mek pun kenal penulis rupanya
Makna nya mek sokong la menda ni

tn TXT, saya kenal penulis tapi penulis tak kenal saya hehe
Dr Farah Nini ni sokong perolehan kewarganegaraan secara pendaftaran, cuma katanya pentadbiran yg melambat permohonan mereka ambik masa bertahun tahun yg man akhir sekali keputusan tak memihak mereka



cuma last sekali dia kata seperti ni, Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengubah keadaan ini menurut budi bicara mereka sedia ada, sekali gus memperbaiki proses permohonan berpaksikan prinsip keadilan dan hak kemanusiaan sejagat.
adakah ni bermaksud dia menyokong saranan yg diutarakan oleh Asyraf Wajdi utk pinda perlembagaan?

saya sokong yg perolehan kewarganegaraan secara pendaftaran, namun pemperosesan permohonan perlu telus dan mengikut undang undang
tak boleh simply bagi je



tapi saya tak sokong Asyraf Wajdi yg minta pindaan perlembagaan utk isu ni
saya tak sokong pindaan perlembagaan
saya juga tak sokong ibu diberi hak sama seperti bapa
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
tn TXT, saya kenal penulis tapi penulis tak kenal saya hehe
Dr Farah Nini ni sokong perolehan kewarganegaraan secara pendaftaran, cuma katanya pentadbiran yg melambat permohonan mereka ambik masa bertahun tahun yg man akhir sekali keputusan tak memihak mereka



cuma last sekali dia kata seperti ni, Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengubah keadaan ini menurut budi bicara mereka sedia ada, sekali gus memperbaiki proses permohonan berpaksikan prinsip keadilan dan hak kemanusiaan sejagat.
adakah ni bermaksud dia menyokong saranan yg diutarakan oleh Asyraf Wajdi utk pinda perlembagaan?

saya sokong yg perolehan kewarganegaraan secara pendaftaran, namun pemperosesan permohonan perlu telus dan mengikut undang undang
tak boleh simply bagi je



tapi saya tak sokong Asyraf Wajdi yg minta pindaan perlembagaan utk isu ni
saya tak sokong pindaan perlembagaan
saya juga tak sokong ibu diberi hak sama seperti bapa

Bab ni saya setuju dengan mek
Tak boleh mudah² je bagi
Nanti lagi mudah yang kawen dengan warga asing dapatkan kewarganegaraan 🇲🇾 buat anak mereka
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Bab ni saya setuju dengan mek
Tak boleh mudah² je bagi
Nanti lagi mudah yang kawen dengan warga asing dapatkan kewarganegaraan 🇲🇾 buat anak mereka
aah gitu lah tn TXT


p/s tn TXT nak tanya, yg rule cg katanya forumer tak boleh bagi jawapan mcm ya, ok
maksudnya un necessary posting
saya ad jugak jawab mcm aah ye tuan
saya pun menyalahi tatacara forum jugak la kan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
aah gitu lah tn TXT


p/s tn TXT nak tanya, yg rule cg katanya forumer tak boleh bagi jawapan mcm ya, ok
maksudnya un necessary posting
saya ad jugak jawab mcm aah ye tuan
saya pun menyalahi tatacara forum jugak la kan

Hak kewarganegaraan ni isu besar
Tak boleh di buat sewenang wenangnya

Kalau baca rule gitu la mek
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Ini isu khilaf seorg hakim berbangsa melayu yg tak paham makna bapa juga di anggap ibu

Tommy pun paham father is bapa

Sudah tiba kita tekankan kriteria kemahiran BM dalam perlantikan hakim. Hakim sebenarnya perlu ada kemahiran dalam kedua2 BI dan BM. Kalau tidak “it creates an embarrassment” seperti begini. Ini patut kita dielakkan.

Amat memalukan org melayu
Sedangkan cina mula mengambil peluang

Hakim mcm ni patut ni pecat
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

PH terlepas peluang selesaikan isu kewarganegaraan, kata Latheefa​




FMT Reporters

11 hrs ago

1633232734384.png


Provided by Free Malaysia Today Latheefa Koya berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk menangani pelbagai isu.
PETALING JAYA: Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terlepas peluang menyelesaikan isu pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia, kata peguam hak asasi manusia Latheefa Koya.

Dalam bual bicara bersama pelawak Harith Iskandar, Latheefa berkata semua pentadbiran kerajaan gagal menguruskan isu berkenaan.

“Kita berurusan dengan sesuatu yang boleh diselesaikan. Begitu banyak peluang, namun saya tidak melihat semangatnya dari segi politik.

“Pada 2018, kita meletakkan harapan tinggi terhadap PH yang menabur banyak janji. Selepas mereka berkuasa, kami berharap beberapa isu itu akan diberi keutamaan (melibatkan) perkara yang mampu diubah.

“Malangnya, itu tidak berlaku,” katanya dalam rancangan Harith, “What’s going on Malaysia?”

Latheefa, yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pentadbiran PH, berkata perikatan yang berkuasa selama 22 bulan itu tidak boleh memberikan alasan tidak mempunyai masa mencukupi untuk melaksanakan pindaan undang-undang mahupun dasar.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepatutnya berpeluang meminda undang-undang bagi menjamin tiada perbezaan layanan antara ibu dan bapa dalam pemberian kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara.

“Itu tidak diselesaikan. Terus terang, tiada apa yang diselesaikan…dan isu ini bukannya baharu,” katanya.

Latheefa, yang kini telah kembali dalam bidang guaman, berkata beliau “sangat kecewa” kerana kerajaan PH berjanji untuk menangani isu terbabit.

“Bukan sekadar isu itu, malah banyak lagi sebenarnya,” katanya sambil menambah ia termasuk penghapusan hukuman mati.

Beliau berkata, bekas Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong, seorang yang cukup bersemangat menyokong penghapusan hukuman mati, namun berdepan kekangan dalam kerajaannya sendiri.

“Semua undang-undang bersifat menindas sepatutnya boleh dihapuskan menerusi pembentangan rang undang-undang. Saya pun tidak tahu apa alasannya. Itulah yang mengecewakan. Bukannya mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan. Mereka yang menjanjikannya,” katanya.

Dalam isu berasingan, Latheefa berkata, wujud keperluan menukar pemikiran bahawa ada ‘sang penyelamat’ akan menyelamatkan Malaysia sekiranya individu itu menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, rakyat perlu berterusan mendesak perubahan, dan masyarakat sivil juga mempunyai peranan, namun perlu terlebih dulu mengasingkan diri daripada politik kepartian.

“Anda boleh bercakap tentang politik, tetapi perlu mengatasinya. Ia bukan sekadar hitam putih membabitkan kumpulan yang baik dan jahat. Kita sepatutnya berkemampuan membuat keputusan secara bijaksana dalam pilihan raya akan datang,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Isu kerakyatan: Kabinet putus Peguam Negara sembah maklum kepada Agong
| | 30 Oktober 2021



1635580611249.png

Saifuddin

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kabinet telah memutuskan supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyembah maklum isu berkaitan kerakyatan anak dilahirkan ibu warganegara dengan pasangan warga asing kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputuan itu dibuat kerana isu kerakyatan mengikut Perlembagaan Persekutuan harus mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

"Kabinet sangat berempati dengan keadaan yang berlaku dan kami telah membincangkan isu ini dengan panjang lebar. Tapi kami juga sedar isu ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan kita kena mengikut saluran yang betul.

"Sebab itu, keputusannya adalah supaya Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan beliau (Idrus)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Deepavali 2021 di pejabat Persatuan Malaysia Hindu Sangam Kuantan di sini pada Sabtu.

Pada 9 September lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.

Bagaimanapun pada 13 September lepas, kerajaan memutuskan untuk mengemukakan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Saifuddin sebelum ini turut menerima petisyen dan surat terbuka kepada Kabinet daripada Family Frontiers iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela ibu-ibu yang terkesan dengan undang-undang kewarganegaraan berkenaan menerusi kempen #TarikBalikRayuan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata kementeriannya sedang menyelidik punca separuh daripada 48 pusat pendidikan alternatif kepada kanak-kanak Rohingya di negara ini masih tidak berdaftar.


"Pusat pendidikan ini dikendalikan oleh NGO dan tidak menggunakan duit rakyat. Bagaimanapun kita perlu mereka mendaftar supaya boleh diawasi oleh Kementerian Pendidikan.

"Jika tidak didaftar, kita tidak tahu apa yang mereka lakukan seperti kokurikulum dan sukatan pelajaran yang diajar selain membolehkan bantuan daripada pihak berminat menyumbang disalurkan ke pusat pendidikan tersebut," katanya.

Saifuddin berkata, antara negara yang banyak memberi bantuan pendidikan kepada kanak-kanak Rohingya ialah Qatar dan aspek pendidikan adalah antara elemen penting perlu mereka miliki apabila kembali ke negara asal, apabila keadaan membenarkan. -Bernama




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

Govt fails in bid to suspend court decision recognising Malaysian mothers’ overseas-born children as citizens​

Monday, 15 Nov 2021 11:03 AM MYT

1636946739631.png


KUALA LUMPUR, Nov 15 — The High Court today dismissed the Malaysian government's bid to stay or temporarily suspend an earlier court decision ruling that overseas-born children of Malaysian mothers are entitled to Malaysian citizenship under the law.


The government had sought the stay pending its appeal against the earlier High Court ruling in favour of the Malaysian mothers seeking Malaysian citizenship for their overseas-born children.

The hearing of the stay was conducted online today.


Lawyer for the Malaysian mothers Joshua Andran told Malay Mail when contacted that High Court judge Akhtar Tahir had dismissed the government’s stay application and ordered the defendants to pay costs of RM5,000.

The defendants in this court case are the Malaysian government, home minister and the National Registration Department (NRD) director-general.

According to Joshua, the judge said that the defendants’ position was contradictory, as their argument that a constitutional amendment must first be approved by the Conference of Rulers presupposed that an amendment was necessary when the High Court had already decided that Malaysian mothers have the right under the Federal Constitution in relation to their children’s citizenship status.

Joshua cited the judge as also saying that there would be no question of retracting any documents issued to the mothers as directed by the court if the constitutional amendment goes through, and that the mothers have waited long enough and experienced hardship and cannot wait indefinitely for the appeal process to be over as it would cause them continuing hardship.

Joshua also said the judge had said that hurdles should not be placed in the mothers’ pathway if the defendants intend to amend the Federal Constitution in line with the High Court’s previous decision.

Following the High Court’s previous September 9 decision in favour of advocacy group Family Frontiers and six affected Malaysian mothers with overseas-born children, the Malaysian government and the other two defendants had on September 13 filed an appeal at the Court of Appeal and had also on September 14 filed the stay application — which was heard today — at the High Court.

The part of the High Court’s September 9 decision that the Malaysian government and the two other defendants were seeking for a stay of is where the judge had ordered all the authorities to issue the relevant documentation such as identity cards and passports if citizenship is granted to the overseas-born children of Malaysian mothers.

Others who represented the Malaysian mothers and Family Frontiers are Datuk Gurdial Singh Nijar, Ngeow Chow Ying and Abraham Au, while senior federal counsel Liew Horng Bin appeared for the Malaysian government and two other defendants.

As for the Malaysian government’s appeal on the High Court’s previous September 9 decision in favour of the Malaysian mothers and Family Frontiers, it is scheduled for case management on November 17 at the Court of Appeal
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
rayuan akan didengar kat Mahkamah Rayuan pada 17/11
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

#BHNasional
Mahkamah beri hak kepada ibu, elak penderitaan berterusan 6 plaintif wanita warga Malaysia.
https://bit.ly/3oLGJE7

Permohonan kerajaan tangguh keputusan anak lahir luar negara ditolak

November 15, 2021 @ 11:56am

1636949484444.png


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan keputusannya memberikan hak kewarganegaraan automatik kepada bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangannya seorang rakyat asing.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, berkata Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dengan alasan ia akan menyebabkan prejudis dan penderitaan berterusan kepada enam wanita warga Malaysia yang bertindak selaku plaintif.

Gurdial yang mewakili enam wanita warga Malaysia itu berkata, hakim memaklumkan ibu terbabit (plaintif) sudah menunggu terlalu lama dengan mengalami kepayahan, jadi mereka tidak boleh menunggu lagi untuk satu tempoh yang tidak jelas dalam proses rayuan.

"Hakim mendapati kedudukan defendan (Kerajaan Malaysia) adalah bercanggah. Di satu pihak mereka berkata pindaan kepada Perlembagaan untuk memberikan hak itu kepada ibu mesti diluluskan terlebih dulu oleh persidangan raja-raja.


"Kata hakim, ini mengandaikan bahawa pindaan itu adalah perlu. Bagaimanapun, menurut mahkamah, tidak timbul soal pindaan kerana mahkamah sudah memutuskan ibu mempunyai hak ini mengikut Perlembagaan.

"Selanjutnya, hakim mendapati jika pindaan itu diluluskan, tidak timbul isu untuk menarik balik sebarang dokumen dikeluarkan kepada ibu berkenaan seperti diarahkan mahkamah. Hakim menjelaskan jika defendan berhasrat meminda Perlembagaan selaras keputusan mahkamah, maka mereka tidak sepatutnya meletakkan sebarang halangan kepada ibu terbabit," katanya.

Gurdial berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding kes itu dijalankan secara dalam talian.

Katanya, mahkamah turut memerintahkan kerajaan yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, membayar kos sebanyak RM5,000.

Pada 9 September lalu, melalui penghakiman ulung di negara ini, Akhtar memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangannya seorang rakyat asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.

Beliau membuat keputusan itu melalui saman difailkan kumpulan hak asasi Family Frontiers dan enam wanita warga Malaysia pada 18 Disember tahun lalu.

Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sebagai defendan.

Akhtar memutuskan bahawa wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing, mempunyai hak sama dengan lelaki warga Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing untuk memberikan kewarganegaraan melalui proses undang-undang ke atas anak mereka yang lahir di luar negara.

Beliau juga memerintahkan semua pihak berkuasa mesti mengeluarkan dokumen berkaitan seperti kad pengenalan kepada kanak-kanak terbabit.

Katanya, ini selaras Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Artikel 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1)(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Langkah ini mengambil pendirian tegas bahawa diskriminasi jantina tidak boleh diamalkan kerana Parlimen pada 2000 sudah meminda Perkara 8 Perlembagaan yang menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan undang-undang sama

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register