BTC USD 32,713.2 Gold USD 1,775.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekumpulan ibu saman kerajaan isu kewarganegaraan anak

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,839
Reaction score
602
Points
86
Pelakon Singapore berapa ramai dah jadi rakyat Malaysia...relax je dapat IC biru
bukan senang la tuan nak dapat citizenship

kalau dia doktor, architec, saintis, ahli sukan senang la dapat.

ramli sarip sampai skg tak dapat ic malaysia.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,159
Reaction score
13,019
Points
1,906
1620291798210.png

Mahkamah tolak permohonan kerajaan ketepi saman isu kerakyatan anak​

Diterbitkan 6 May 2021, 11:22 am

Dikemaskini 2:32 pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan saman yang difailkan kumpulan hak asasi Family Frontiers dan enam wanita, yang meminta hak kerakyatan automatik kepada anak wanita warganegara dengan lelaki asing yang lahir di luar negara.

Mahkamah hari ini membatalkan permohonan kerajaan untuk mengetepikan saman tersebut.

Hakim Akhtar Tahir memutuskan saman yang difailkan melibatkan isu yang bukan bersifat remeh tetapi penting kerana berkaitan kewarganegaraan.

Dia berkata ia melibatkan isu diskriminasi dalam undang-undang kerakyatan negara terhadap wanita Malaysia, dan kerajaan perlu memberi justifikasinya ketika pendengaran penuh saman tersebut.

Dia kemudian menetapkan 30 Jun sebagai tarikh pendengaran saman pemula yang difailkan Family Frontiers dan enam wanita tersebut.
Pada 18 Disember lalu, tujuh plaintif meminta mahkamah mengisytiharkan agar wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dapat secara automatik mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar negara.

Ia selepas kerajaan menolak untuk memberi kebenaran itu. Kerajaan merupakan defendan dalam saman tersebut.
Kerajaan sebelum ini memohon saman itu diketepikan atas dasar ia "remeh dan menyusahkan".

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,629
Reaction score
3,998
Points
236
Kerajaan Rayu Batal Saman Isu Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

18.05.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia telah mengemukakan rayuan bagi membatalkan saman yang menuntut kewarganegaraan automatik diberikan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dengan pasangan lelaki warga asing. Dalam satu kenyataan media hari ini, NGO Family Frontiers menyatakan kekecewaannya dengan tindakan kerajaan mengemukakan rayuan tersebut. Kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada 6 Mei lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman oleh kumpulan hak asasi itu dan enam ibu warga Malaysia. umpulan itu dan enam wanita berkenaan merupakan tujuh plaintif dalam saman itu, manakala kerajaan merupakan satu-satunya defendan dalam saman tersebut.

Ketika menolak permohonan berkenaan tanpa perintah membayar kos, hakim Akhtar Tahir memutuskan bahawa tindakan undang-undang itu melibatkan isu penting yang bukan remeh. Hakim berkata ia melibatkan isu diskriminasi dalam undang-undang kerakyatan negara terhadap wanita Malaysia, dan kerajaan perlu memberi justifikasinya ketika pendengaran penuh saman tersebut. Dia kemudian menetapkan 30 Jun sebagai tarikh pendengaran saman pemula yang difailkan Family Frontiers dan enam wanita tersebut.

Family Frontiers hari ini berkata keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Mei disambut penuh harapan oleh ratusan wanita Malaysia yang menunggu pemberian kewarganegaraan untuk anak-anak mereka. "Sangat menyedihkan apabila kerajaan Malaysia berusaha untuk merampas keadilan dari wanita-wanita ini, dan dengan memanjangkan kesulitan kepada wanita Malaysia dan anak-anak mereka yang bukan warganegara."Walaupun kerajaan Malaysia terus mempersoalkan kesahihan dan ketulusan kes yang difailkan mengenai undang-undang kewarganegaraan Malaysia, ribuan wanita Malaysia dan anak-anak mereka yang bukan warganegara terus berhadapan akses yang tidak sama terhadap hak fundamental, setiap hari.

"Ini adalah peluang yang terlepas bagi kerajaan Malaysia untuk memperbaiki diskriminasi ini dan membuat pindaan bagi wanita-wanita yang telah terkesan selama lebih dari 60 tahun akibat ketidakmampuan mereka untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak-anak mereka secara setara dengan lelaki-lelaki Malaysia," kata kumpulan itu.

Melalui tindakan undang-undang yang difailkan pada 18 Disember tahun lalu, ketujuh-tujuh plaintif meminta pengisytiharan mahkamah bahawa wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing secara automatik boleh memperoleh kewarganegaraan untuk anak-anak mereka yang lahir di luar negara. Ini berlaku selepas kerajaan menolak kelayakan bagi anak-anak yang dilahirkan wanita berkenaan untuk mendapat kewarganegaraan. Kerajaan merupakan defendan dalam saman tersebut.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/575089
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,925
Reaction score
1,888
Points
201

klu kerajaan kalah.. undang2 malaysia tibe2 plak leh di cabar... baik x ya ada undang2 mcm ni
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,163
Reaction score
726
Points
171
anak2 mereka bakal dapat 2 kerakyatan..
p/s: pesan dkt wanita2 tu...tak takut ke duduk melaysia.. israel nak serang dah
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,879
Reaction score
2,456
Points
201

Zuraida: Tiada anak patut dinafi hak kerakyatan kerana tak sah taraf​

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin membangkitkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam satu kes kewarganegaraan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Zuraida merujuk keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan permohonan kewarganegaraan seorang anak tidak sah taraf kepada bapa warga tempatan dan ibu warga asing, yang berusia 11 tahun.

Dia berkata akan membangkitkan kes tersebut kepada menteri bertanggungjawab atau kabinet bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran
.

"Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.

"Kes ini, yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan.

"Tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar dia tidak sah taraf," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak-kanak tersebut lahir pada Oktober 2010 dan dibawa ke Malaysia oleh ibunya yang merupakan warga Filipina, yang berkahwin dengan bapanya - seorang warga Malaysia - pada Februari 2011.

Dalam keputusan majoriti 4-3 pada 28 Mei, hakim Rohana Yusof menyorot kepada Perkara 14 Perlembagaan dan mengatakan bahawa kewarganegaraan dari sisi undang-undang harus ditentukan pada saat lahir, bukan setelah lahir.

Keputusan majoriti yang menolak rayuan kanak-kanak itu adalah oleh Rohana dan Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim manakala Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Mary Lim Thiam Suan sebaliknya.

'Akan bangkit dalam kerajaan'

Dalam pada itu, Zuraida turut membangkitkan Perkara 17 dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, yang digunakan dalam penghakiman kes tersebut.

Perkara 17 antara lain menyatakan anak tidak sah taraf mengikut kewarganegaraan ibunya.

Menyifatkannya sebagai "ketinggalan zaman", Zuraida berkata dia komited ke arah pemansuhan atau pemindaan perkara tersebut dan akan membangkitkannya di dalam kerajaan.

"Saya (juga) akan membangkitkan kes ini kepada menteri bertanggungjawab atau di kabinet, demi memastikan dia mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya yang juga pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia.

Terdahulu, peguam dan kumpulan kesamarataan gender menggesa reformasi undang-undang susulan keputusan tersebut.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Karen Cheah berkata "kesahtaraf" anak tidak boleh bergantung kepada kewarganegaraan kerana ia memberi kesan kepada hidup anak itu.

Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) pula menekankan bahawa jantina ibu bapa Malaysia seharusnya "tidak relevan" dalam petisyen kewarganegaraan dan meminta agar perlembagaan berkenaan soal itu dipinda.
 
pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,751
Reaction score
1,068
Points
111

Zuraida: Tiada anak patut dinafi hak kerakyatan kerana tak sah taraf​

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin membangkitkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam satu kes kewarganegaraan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Zuraida merujuk keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan permohonan kewarganegaraan seorang anak tidak sah taraf kepada bapa warga tempatan dan ibu warga asing, yang berusia 11 tahun.

Dia berkata akan membangkitkan kes tersebut kepada menteri bertanggungjawab atau kabinet bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran.

"Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.

"Kes ini, yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan.

"Tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar dia tidak sah taraf," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak-kanak tersebut lahir pada Oktober 2010 dan dibawa ke Malaysia oleh ibunya yang merupakan warga Filipina, yang berkahwin dengan bapanya - seorang warga Malaysia - pada Februari 2011.

Dalam keputusan majoriti 4-3 pada 28 Mei, hakim Rohana Yusof menyorot kepada Perkara 14 Perlembagaan dan mengatakan bahawa kewarganegaraan dari sisi undang-undang harus ditentukan pada saat lahir, bukan setelah lahir.

Keputusan majoriti yang menolak rayuan kanak-kanak itu adalah oleh Rohana dan Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim manakala Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Mary Lim Thiam Suan sebaliknya.

'Akan bangkit dalam kerajaan'

Dalam pada itu, Zuraida turut membangkitkan Perkara 17 dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, yang digunakan dalam penghakiman kes tersebut.

Perkara 17 antara lain menyatakan anak tidak sah taraf mengikut kewarganegaraan ibunya.

Menyifatkannya sebagai "ketinggalan zaman", Zuraida berkata dia komited ke arah pemansuhan atau pemindaan perkara tersebut dan akan membangkitkannya di dalam kerajaan.

"Saya (juga) akan membangkitkan kes ini kepada menteri bertanggungjawab atau di kabinet, demi memastikan dia mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya yang juga pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia.

Terdahulu, peguam dan kumpulan kesamarataan gender menggesa reformasi undang-undang susulan keputusan tersebut.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Karen Cheah berkata "kesahtaraf" anak tidak boleh bergantung kepada kewarganegaraan kerana ia memberi kesan kepada hidup anak itu.

Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) pula menekankan bahawa jantina ibu bapa Malaysia seharusnya "tidak relevan" dalam petisyen kewarganegaraan dan meminta agar perlembagaan berkenaan soal itu dipinda.
Ini bukan bidang rina harun ke? Zuraida ni sibuk kementerian org lain kenapa pula?

Jangan ulangi kesilapan masa zaman pH dulu....... Jaga kementerian masing2
 
waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,722
Reaction score
133
Points
83
Ini bukan bidang rina harun ke? Zuraida ni sibuk kementerian org lain kenapa pula?

Jangan ulangi kesilapan masa zaman pH dulu....... Jaga kementerian masing2
aku pun terfikir napa dia komen hihihi
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register