BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sektor Penjagaan Kesihatan Di "Persimpangan Kritikal" – Forum Ekonomi Dunia

Md Hanif

Active Member
Messages
1,233
Joined
Jun 13, 2023
Messages
1,233
Reaction score
96
Points
35
dcce27af15c840a4d3f43bf3f094836465a4d18734e82

Foto: REUTERS

ISTANBUL, 14 Jan (Bernama-AA) -- Industri penjagaan kesihatan global kini berada di ‘persimpangan kritikal’ apabila kos perubatan dijangka meningkat dengan kadar dua digit untuk tahun ketiga berturut-turut.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa menganggarkan kenaikan purata kos perubatan sebanyak 10.4 peratus, lapor Agensi Anadolu.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan ini termasuk sistem penjagaan kesihatan awam yang semakin terbeban serta permintaan yang melonjak terhadap perkhidmatan kesihatan swasta.

Di rantau Asia Pasifik, kos perubatan dijangka meningkat 12.3 peratus, manakala di Timur Tengah dan Afrika, kenaikan diramalkan pada kadar 12.1 peratus, menurut laporan itu.

Di sebalik cabaran itu, teknologi kesihatan terus mencipta revolusi dengan kemajuan seperti kecerdasan buatan (AI), teleperubatan, peranti boleh pakai dan platform digital bersepadu yang mentransformasi pengalaman penjagaan pesakit secara global.

Sebagai contoh, pembedahan mastektomi robotik pertama berjaya dilaksanakan di Cleveland Clinic Abu Dhabi, menunjukkan bagaimana inovasi dalam penjagaan kesihatan mampu merevolusikan sektor ini.

Dengan menggunakan teknologi robotik terkini, prosedur invasif minimum ini menawarkan ketepatan yang lebih tinggi, tempoh pemulihan lebih cepat, serta hasil yang lebih baik bagi pesakit kanser payudara, sambil mengurangkan beban pesakit secara signifikan.

Laporan itu turut menegaskan pentingnya memastikan pembiayaan penjagaan kesihatan disusun agar perkhidmatan berkualiti dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Penggubal dasar dan usahawan disarankan untuk memperkenalkan pendekatan baharu yang menjamin keselamatan pesakit tanpa menghalang kemajuan teknologi.

 
Sponsored Post

Weiiii ni benda betul.

Aku x main2.

Hampa tolongla jaga kesihatan nohhhh..

Skrg ni umo 30 pun dah mcm2 penyakit.

Korang jgn fikir diri sendiri je.

Tolong fikir anak istri korang.

Kalau korang sakit terlentang, apa nasib diorg.

Kalau eksiden tu lain cite la, tu memang x bole elak la kalau dah nak terjadi.

Penyakit ni benda bole elak kalau jaga pemakanan dan gaya hidup.

Siyess weiiii, kat wad ni bersepah umo 30-40 terlentang je sebab pendarahan otak.

Gara2 darah tinggi.
 
Weiiii ni benda betul.

Aku x main2.

Hampa tolongla jaga kesihatan nohhhh..

Skrg ni umo 30 pun dah mcm2 penyakit.

Korang jgn fikir diri sendiri je.

Tolong fikir anak istri korang.

Kalau korang sakit terlentang, apa nasib diorg.

Kalau eksiden tu lain cite la, tu memang x bole elak la kalau dah nak terjadi.

Penyakit ni benda bole elak kalau jaga pemakanan dan gaya hidup.

Siyess weiiii, kat wad ni bersepah umo 30-40 terlentang je sebab pendarahan otak.

Gara2 darah tinggi.
Bukan senang nak jaga pemakanan dan gaya hidup sihat......contohnya, seorang penagih rokok, dia tahu rokok tu bahaya, tapi dia hisap juga......tu belum geng yang dok pertahan air ketum......kebanyakkannya belia melayu la......kikikikikiki
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register