BTC USD 37,927.6 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah vernakular tidak dimansuhkan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Jadikan vernakular sebagai modal politik sikap pemimpin munafik

Rakyat perlu tolak pemimpin pentingkan diri seperti ini

zuhayati1 hour ago

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Pemimpin yang menabur janji untuk membela sekolah vernakular ketika pilihan raya disifatkan sebagai pemusnah kepada keharmonian kaum.

Pemimpin seperti itu tidak boleh lagi berkhidmat untuk negara kerana mempunyai sifat munafik yang hanya tahu menabur janji, walaupun belum tentu dapat merealisasikannya.

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Johari berkata, walau apa pun alasan, sistem sekolah vernakular perlu dihentikan kerana memusnahkan perpaduan kaum.

“Sistem sekolah vernakular perlu dihapuskan segera kerana membesarkan jurang perpaduan selain menghalang pembentukan identiti nasional yang perlu didukung oleh anak bangsa.


“Kita tidak memerlukan lagi pemimpin yang munafik seperti itu yang hanya tahu cari kepentingan peribadi dan hanya kerana mahu pangkat dan kuasa sahaja tetapi bukan untuk membela anak bangsa dan negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan ahli politik menggunakan peruntukan sekolah vernakular sebagai senjata paling ampuh untuk memenangi hati pengundi setiap kali datangnya pilihan raya.

Katanya, tindakan sedemikian tidak bertanggungjawab dan hanya melebarkan jurang antara kaum.

“Kenapa perlu kita wujudkan banyak sistem di sekolah sekiranya mahu semua rakyat bersatu dan tanamkan sifat cintakan negara.

“Bagaimana mahu wujudkan rasa cinta jika masing-masing tidak sebumbung, inikan sesuatu yang janggal sedangkan kita berada di negara yang sama,” soalnya.

Sehubungan itu, Mohd Nor Izzat menyeru individu yang mahu menjadi pemimpin ditapis demi melahirkan mereka yang benar-benar mahu membela rakyat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,192
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
23,192
Reaction score
1,680
Points
201
Awards
1
Sedar tak sedar, sebenarnya peruntukan sekolah vernakular meningkat.

Kedudukan sekolah vernakular semakin mengukuh. Maka, semakin jauh dari hasrat kita untuk sistem satu aliran pendidikan di Malaysia ini.


#SekolahSatuAliran

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Memang umno yg salah

Terima kasih MCA
Bantu skolah modul komunis 😂
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,192
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
23,192
Reaction score
1,680
Points
201
Awards
1

Ulang siar.

Singapura telah memansuhkan sekolah vernakular pada tahun 1967. Namun kita di Malaysia masih membenarkannya dan menyebabkan kaum-kaum sangat terasing.

“Selepsa lebih 60 tahun merdeka kita perlu mengambil pendekatan yang lebih efektif dan mengambil isyarat dari Singapura yang telah memansuhkan sekolah vernakular,”
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,072
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,072
Reaction score
2,745
Points
261
Awards
1
Ingatkan mca 2 kerusi leh la hapus sek vernakular... Lagi di tambah dana plak... Hancing punya umno
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81

Ulang siar.

Singapura telah memansuhkan sekolah vernakular pada tahun 1967. Namun kita di Malaysia masih membenarkannya dan menyebabkan kaum-kaum sangat terasing.

“Selepsa lebih 60 tahun merdeka kita perlu mengambil pendekatan yang lebih efektif dan mengambil isyarat dari Singapura yang telah memansuhkan sekolah vernakular,”
Sejak 2 menjak ni mmg bnyk isu skolah vernakular ni.. mansuh je la..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register