Sekolah terjejas, bantahan di Perancis masuk hari ke-6

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,905
Reaction score
8,911
Points
2,226


Kesatuan pekerja buruh Perancis, CGT membuat bantahan ke atas kerajaan berhubung pelan pencen. -Foto Reuters



Anggota kesatuan buruh Perancis, CGT dan guru mengadakan bantahan menentang pelan pembaharuan pencen negara itu



Penumpang hanya mampu melihat telefon bimbit di hadapan pagar bertutup stesen kereta api bawah tanah Chatelet, Paris susulan bantahan pekerja sejak enam hari lalu. -Foto AFP
PARIS: Kakitangan lapangan terbang Perancis, guru dan pekerja lain menyertai bantahan besar-besaran hari ini masuk hari keenam ketika kesatuan meningkatkan tekanan ke atas kerajaan supaya melakukan perubahan terhadap sistem persaraan kebangsaan.

Bantahan itu paling teruk menjejaskan ibu kota ini dengan 35 peratus guru menyertainya, berbanding sekitar 12.5 peratus di seluruh negara, menurut Menteri Pendidikan Jean-Michel Blanquer.

Sementara itu, pengangkutan awam di bandar ini hampir pegun dengan hanya dua daripada 16 jaringan metro beroperasi seperti biasa, sembilan ditutup sepenuhnya dan perkhidmatan kereta api pinggir bandar turut tergendala.

Mogok pekerja itu, turut menjejaskan perkhidmatan kereta api bandar dan memaksa pembatalan puluhan penerbangan, memberi isyarat pertunjukan kekuatan kesatuan terbesar sejak Presiden Emmanuel Macron berkuasa pada 2017, dengan ikrar memotong perbelanjaan awam dan menjadikan ekonomi lebih kompetitif.

Ketua perkhidmatan kereta api komuter ibu kota ini, Alain Krakovitch memberi amaran hari ini, beliau menjangka huru-hara ‘berterusan sehingga hujung minggu’ namun sesetengah pemimpin buruh berikrar untuk berjuang sehingga Krismas.

“Pencen adalah punca terhadap perasaan tidak puas hati,” kata pemimpin tegar kesatuan CGT, Philippe Martinez kepada saluran televisyen France 2.

Kesatuan berharap membawa ratusan ribu penunjuk perasaan ke jalanan hari ini untuk membantah rancangan Macron menggantikan 42 pelan pencen berasingan Perancis dengan sistem mata tunggal yang mensyaratkan rakyatnya bekerja lebih lama.

Lebih 800,000 orang berarak di bandar dan pekan seluruh negara itu pada hari pertama tindakan industri 5 Disember lalu.

Selain pembaharuan pencen, ramai menuduh bekas pengarah pelaburan, Macron, cuba memperkenalkan semula perkhidmatan awam yang dipuji namun menelan kos tinggi.

Kerajaan menegaskan, pelan pencen baharu itu, yang akan meliputi skim bermanfaat meliputi pekerjaan daripada pemandu kereta api sehinggalah penari ballet, lebih adil untuk semua dan mapan. -AFP


 
Top
Log in Register