BTC USD 28,509.7 Gold USD 1,967.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah pondok moden khas untuk warga emas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Sekolah pondok moden khas untuk warga emas iaitu Kompleks Desa Taqwa yang terletak di Telemong, Hulu Terengganu akan mula beroperasi awal tahun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, projek itu yang siap sepenuhnya bulan lepas dibina di tanah milik Persatuan Guru-Guru Bersara Negeri Terengganu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Yayasan Islam Terengganu.

"Setakat ini, persatuan mencadangkan agar Desa Taqwa ini dijadikan sekolah pondok moden khas untuk golongan pesara mendalami ilmu keagamaan dengan modul yang bersesuaian.

"Kita begitu sinonim dengan sekolah pondok untuk kanak-kanak dan remaja, namun Desa Taqwa ini dibangunkan untuk golongan warga emas dan terpulanglah kepada mereka sama ada mahu terus tinggal di situ atau menjadikannya sebagai pusat pengajian harian sahaja," katanya selepas merasmikan majlis Jasamu Dikenang untuk meraikan 450 pesara guru di sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar Toh Puan Halina Zakaria, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad Razif juga berkata, kerajaan negeri juga komited untuk terus membina lebih banyak sekolah pondok moden dalam usaha mengembalikan kegemilangan zaman pendidikan berteraskan sekolah pondok di negeri ini.

"Ini yang kita sering katakan cara lama, diberi dimensi baharu dan usaha ini akan memartabatkan kembali pengajian berasaskan sistem pondok namun tidak lari daripada arus kemodenan demi keselesaan semua pihak," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register