BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,040.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah Cina kini dilarang sewakan dewan untuk majlis ada arak?

zackpenang

Super Active Member
gem
Messages
5,006
Joined
Jan 9, 2010
Messages
5,006
Reaction score
1,768
Points
151
8ac538cc297230296d683e8374920295.jpg

mk-small-logo-50.png

Berita
Sekolah Cina kini dilarang sewakan dewan untuk majlis ada arak?

Diterbitkan: Jan 8, 2025 6:49 PM

Dikemaskini: 6:53 PM

Beberapa sekolah Cina dilapor dilarang menyewakan dewan mereka bagi majlis makan malam dan acara persendirian yang menghidangkan arak.
Perkara ini dilaporkan oleh akhbar Cina beberapa hari lalu, disusuli kritikan MCA dan Gerakan terhadap kerajaan.

Kejadian pertama dilapor berlaku di SJK(C) Telemong di Pahang.
Kelab Sukan dan Sosial Sri Telemong mendakwa sekolah itu memberitahu mereka bahawa dewan sekolah tidak boleh digunakan untuk majlis makan malam yang menghidangkan arak.
235f16817d8465a2794d6326034609c6.jpg






ADS

Kelab tersebut bercadang untuk menyewa dewan sekolah untuk majlis makan malam ulang tahun.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh pada 6 Jan bagaimanapun menafikan terdapat larangan sedemikian daripada kementerian.
0582582b4f099faf72eb2f31962c6997.jpg
Wong Kah Woh
Katanya, arak sepatutnya dibenarkan di majlis persendirian jika tiada pelajar yang terlibat.
"Jika lembaga pengelola atau sekolah mempunyai sebarang keraguan, mereka boleh menghubungi pejabat timbalan menteri secara langsung," katanya.

ADS

Insiden di Kelantan
Namun, hanya sehari selepas penjelasan Wong, sekolah rendah Cina dan SMJK di Kelantan pula dilapor menerima arahan lisan daripada Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan perkara sama.
Menurut Sin Chew Daily, timbalan setiausaha Lembaga Pengelola SJK(C) Gua Musang Chee Sien Chen berkata mereka diberitahu perkara itu semasa taklimat Jabatan Pendidikan Negeri beberapa hari lalu.
Chee berkata penyewa, Persatuan Perladangan Gua Musang, terjejas susulan arahan itu.
Persatuan itu bercadang untuk mengadakan majlis makan malam ulang tahun dan Tahun Baru Cina di dewan sekolah yang disewa pada 19 Jan.
Yeap Kuang Wei, presiden Persatuan Pengurusan Sekolah Cina Bersatu Kelantan, mereka keliru kerana Jabatan Pendidikan Negeri mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan penjelasan timbalan menteri.
Yeap menambah bahawa dia akan menghubungi pejabat Wong untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Pengkhianat, kata MCA

ADS

Sementra itu, Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng turut tampil mengkritik DAP dan Wong dalam isu itu.
Tan menyeru Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyatakan pendirianya kepada mesyuarat kabinet.
"Apabila kontroversi meletus sama ada syarikat pembuat bir boleh menaja konsert pengumpulan dana untuk sekolah Cina, Loke meyakinkan orang awam bahawa kabinet telah mencapai kesepakatan untuk mengekalkan status quo.
8da2d2cb38e54b2b82cc4a7e6742c406.jpeg
Tan Teik Cheng
"Namun, kini sekolah-sekolah Cina di pelbagai negeri menerima arahan untuk melarang minuman beralkohol di majlis yang diadakan di dewan sekolah yang disewa.
“Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Loke sebelum ini tentang mengekalkan status quo, menjadikannya ejekan terhadap janjinya."
"Loke, Wong, dan DAP mesti berhenti mengelak dan berdiam diri. Mereka mesti menyelesaikan isu ini dengan segera.
“Jika keadaan semasa sekolah-sekolah Cina merosot bawah pentadbiran Wong dan DAP, mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat yang menjual pendidikan Cina," kata Tan dalam kenyataan hari ini.
Perlu diingat bahawa sewaan dewan adalah sumber pendapatan utama bagi sekolah-sekolah Cina.
Hampir lima bulan lalu, isu-isu berkaitan sumbangan untuk sekolah-sekolah Cina menjadi tajuk utama selepas kecaman awam terhadap Konsert Pengumpulan Dana Pendidikan Cina Tiger-Sinchew apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu memegang cek tiruan yang memaparkan logo jenama bir tersebut.
48e2dbe582fb227628fa905729bf2ad2.jpg

Kementerian Pendidikan akhirnya mengekalkan garis panduan sedia ada untuk pengumpulan dana sekolah, yang termasuk larangan pada sebarang paparan dan promosi minuman beralkohol di premis sekolah.
Namun, kementerian menyatakan bahawa kerajaan juga bersetuju untuk mempertimbangkan membenarkan sekolah-sekolah vernakular untuk terus menerima sumbangan melalui lembaga pentadbiran sekolah, seperti yang diamalkan sebelum ini.
 
Sponsored Post

@zackpenang kat thread ni dh 3 kali bro repost yg same provoke member forum lain

aku delete..kluarkan warning..notification pun dh kluar skali mintk bro bace..bro repost blk..aku delete balik bro repost balik..

dh kira aku bole ban seminggu sbenanrnya tp aku aku cuba diplomasi dlu sblm kene cop penjilat kjaan

aku nk pesan skali lg kat cg nk klu taksub politik skalipon klu nk bantai member forum jgn direk post provok org tu

mmg salah n langgar rule forum

aku hrp bro phm n jgn ulang lg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register