Sekali lagi Ambiga ugut akan turun ke jalanan kerana PH mungkir janji

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,562
Reaction score
1,471
Points
206


KUALA LUMPUR – Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), nama Datuk S Ambiga sangat sinonim dalam menjadi ‘jurucakap’ kepada pimpinan Pakatan Harapan yang menjanjikan pelbagai reformasi seandainya menang besar.

Malah Ambiga yang juga merupakan Presiden Hak Asasi Manusia Kebangsaan merupakan antara pengkritik tegar kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi.

Bagaimanapun baru-baru ini, beliau kelihatan seringkali melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan PH yang bukan sahaja gagal menunaikan janji seperti dalam manifesto sebelum PRU malah selama mereka menjadi pembangkang banyak mengkritik serta omong-omong sahaja.

Terbaharu, Ambiga yang juga merupakan bekas Pengerusi Bersih sekali lagi mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk kembali ke jalanan seperti dahulu seandainya PH tidak melaksanakan beberapa pembaharuan utama pada Jun ini.

“Sebenarnya ada beberapa perkara sudah digubal tetapi tetap tidak dilakukan menjelangnya Jun ini, ini tidak lebih daripada kegagalan sepenuhnya komitmen diberikan oleh PH untuk melakukan pembaharuan.

“Tentunya kita tidak pernah terfikir untuk turun ke jalanan apabila melibatkan kerajaan PH ini tetapi seandainya ada keperluan, kita akan lakukan juga. Ini bukan untuk kerajaan tetapi ini adalah soal rakyat, itu sahaja,” tegasnya

Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas forum bertajuk ‘Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Mengapa Rahsia?’ di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 11 Disember tahun lepas, Ambiga sudah memberikan bayangan akan turun ke jalanan ke jalanan melakukan demonstrasi jika kerajaan PH terus mengabaikan isu-isu kemanusiaan.

Ambiga ketika itu mengkritik kelewatan menggubal pindaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selain lantang menyoal kerajaan berkait dengan tahanan yang dikaitkan dengan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kali ini, pengamal undang-undang itu juga tanpa segan silu juga melahirkan kebimbangan beliau dengan pendirian PH yang kerap kali melakukan pusingan ‘U’ sejak mengambil alih pentadbiran negara.

“Pembaharuan utama yang dituntut adalah IPCMC dan isu hukuman mati. Kata PH, ianya akan dikeluarkan sekitar Mac tetapi ikut sejarah pusingan ‘U’, kita masih lagi bimbang.

“Pastinya keputusan untuk turun ke jalanan ini adalah sesuatu yang berat tetapi apakan daya kami. Kita juga tidak ada pilihan dan pastinya kerajaan juga perlu bertindak seperti janji.

“Saya tidak cakap tidak ada apa-apa yang baik yang telah dilakukan oleh PH, memang ada yang baik telah mereka lakukan. Tetapi ada banyak lagi janji utama yang perlu di tepati, pilihan raya umum juga tidak lama,” ujarnya. –MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
19,067
Reaction score
1,202
Points
206
buat la
rindu zaman mujahid tido tepi jalan sebab minyak naik harga
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
1,850
Reaction score
215
Points
33
buat sesuatu tak ikhlas gitu la jadinya..
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
8,581
Reaction score
714
Points
111
buat la
rindu zaman mujahid tido tepi jalan sebab minyak naik harga
Siapa nak folo dia. Semua yg folo dia dulu mulut dah kena suap.

Setelkan isu kecik dulu. Menteri spm tu pecat dulu
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,650
Reaction score
942
Points
161
bab x tunai kan janji tuh aku sokong la.. to bab mansuhkan hukuman gantung mati dan pembebasan geng tamil tiger mmg bikin ribut2...
 

Sniper

Super Moderator
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
5,562
Reaction score
69
Points
75
toksah dh ikut dh ambiga ni nyer agenda yahudi skg sume dh nmpk

kasik die turun sorang2
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,756
Reaction score
163
Points
38
lau dia buat, confirm ramai jugak yg pergi ..maklumlah , dulu2 , ni mcm acara tahunan je.. kekadang tu, byk yg turun lebih pada suka2..
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,307
Reaction score
147
Points
33
Buat la. Mesti senang kerajaan bagi izin. Kerajaan dulu xbagi izin. Jangan lupa terbalikkan kereta polis lagi sekali.
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,883
Reaction score
2,777
Points
201
Siapa nak folo dia. Semua yg folo dia dulu mulut dah kena suap.

Setelkan isu kecik dulu. Menteri spm tu pecat dulu
aku nak tgk mujahid kena troll...hehehehe

dulu dia tido di jalanan..skrng dah dapat kuasa...dia cpt sgt lupa apa yang dia janji masa tido di jalanan dulu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register