BTC USD 97,042.4 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok Sejumlah Pekerja Terlibat Pengawasan Kandungan TikTok Di Malaysia Di Berhentikan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
Sejumlah pekerja yang terlibat dalam bahagian “Trust and Safety Regional Operations” di TikTok kini dilihat telah dihentikan – dikatakan mencapai ratusan orang pekerja. Sejumlah pengguna juga turut melakukan perkongsian berkenaan perkara ini melalui laman sosial.Langkah ini dikatakan dalam usaha menstruktur semula, dan pada masa yang sama menggunakan teknologi dalam mencapai kadar kejituan lebih tinggi dalam pengawasan kandungan. Selain itu, pada masa yang sama mereka akan turut menggunakan rakan kerjasama pihak ketiga dalam pengurusan sumber lebih baik bergantung kepada permintaan sesuatu masa. Buat masa ini, informasi berkenaan pampasan dan sebagainya yang diterima oleh seseorang pekerja tidak diketahui lagi oleh pihak kami. Namun, melalui emel yang kami lihat, terdapat pemakluman yang mana sokongan kaunseling akan ditawarkan sekiranya seseorang pekerja memerlukannya.​

 
Sponsored Post

TikTok Sahkan Pemberhentian Pekerja Di Malaysia

11.10.2024 - Platform video pendek TikTok mengesahkan laporan pemberhentian pekerja di Malaysia sebagai sebahagian daripada pengurangan tenaga kerja global. Menerusi maklum balas kepada FMT, syarikat itu berkata pihaknya tidak dapat memberi angka tepat mengenai pekerja terjejas kerana proses pekerjaan tempatan yang berbeza di seluruh dunia. Bagaimanapun, TikTok menjangkakan ratusan pekerja akan terjejas di seluruh dunia. Jurucakapnya berkata, keputusan itu selaras usaha berterusan platform terbabit untuk meningkatkan keupayaan penyederhanaan kandungannya. Kami menjangkakan untuk melabur USD2 bilion secara global dalam amanah dan keselamatan pada 2024 sahaja dan terus meningkatkan keberkesanan usaha kami, dengan 80% kandungan yang melakukan pelanggaran kini dialih keluar oleh teknologi automasi.​

1728625476681.png

Semalam, media melaporkan TikTok yang dimiliki firma China ByteDance, memberhentikan ratusan pekerja di unitnya di Malaysia. Memetik sumber, laporan menunjukkan lebih 500 individu menerima e-mel penamatan, dengan kebanyakannya bekerja dalam peranan penyederhanaan kandungan pada platform.Pada Mei, CNN melaporkan TikTok merancang untuk mengurangkan sebahagian besar operasi global dan tenaga kerja pemasarannya.Pemberhentian global pada masa itu menjejaskan pasukan yang bertanggungjawab untuk sokongan pengguna, komunikasi, kandungan dan pemasaran. Pada Jun, Bloomberg melaporkan ByteDance memberhentikan 450 kakitangan di unit Indonesianya berikutan pemerolehan firma e-dagang tempatan, yang disepadukan ke dalam operasi TikTok. Pada bulan sama, firma China itu mengumumkan rancangan untuk melabur RM10 bilion di Malaysia bagi mewujudkannya sebagai hab serantau untuk kecerdasan buatan (AI).

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...tok-sahkan-pemberhentian-pekerja-di-malaysia/
 
Moderator manusia kene buang, diganti dengan AI.

Walaupun Bytedance melabur kat mesia, pelaburan tu untuk data center. Mereka cuma perlukan tanah dan pekerja untuk siapkan, lepastu kerajaan kene tampung elektrik dan air. Kawalan semua remote dari tanah besar.
 
Moderator manusia kene buang, diganti dengan AI.

Walaupun Bytedance melabur kat mesia, pelaburan tu untuk data center. Mereka cuma perlukan tanah dan pekerja untuk siapkan, lepastu kerajaan kene tampung elektrik dan air. Kawalan semua remote dari tanah besar.

Oo dia punya deal gomen kene tanggung eh utk 2 benda tu? den tak dan baco..
AI rollcall dah siap jang? :D
 
Oo dia punya deal gomen kene tanggung eh utk 2 benda tu? den tak dan baco..
AI rollcall dah siap jang? :D
DC buat syarat, pastikan ada tenaga hijau dan cooling water yang cukup, baru kita labur. Kalau takde, kita pindah ke Indon, Vietnam, Thailand dsb.

AI rollcall tu kejap lagi jang. Masih main2 dengan script :D
 

TikTok lays off staff in Malaysia, hundreds affected globally​

In response to social media posts about layoffs in Malaysia, TikTok stated it cannot provide a precise figure due to varying local employment regulations worldwide.

“We anticipate that several hundred people will be impacted globally,” TikTok's parent company ByteDance said on Oct 11.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register