BTC USD 118,359 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Sejengkal Demi Sejengkal' - Trend Joget Duit Raya Demi Elak Fitnah

Semua benda nk kait dgn yahudi, baru dramatik.

Btw x faham aku trend2 raya ni, makin bodoh dh aku tgk. Pakat2 galak jual maruah bkn sorg2, bahkan sekeluarga buat video joget2 bodoh mcm ni.

Mana lg dgn pakat2 buat gambar kartun apa mtah.
 
Sponsored Post

boikot sana sini sampai melayu ilang keje...

last2 tewas gan joget yahudi :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Yg boikot orang lain.. Yg joget orang lain..
adapun kesemuanya melayu islam..
namun boleh dilihat tahap keimanan masing2..

Maksudnya kita pun xde la perfect sgt..
ada ups and down nya..

Cuma bila dh sedar boleh slow2 improve..
 
Lana Nodin Bidas Teori Penguin Dance Amalan Ritual Agama Lain

06.04.2025 - Dikecam gara-gara memberi duit raya mengikut trend Penguin Dance, pelakon Lana Nodin membidas dakwaan tarian tersebut sebagai amalan upacara ritual agama lain. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 45, berkata, sesetengah individu enggan menerima penjelasan disertakan fakta malah lebih selesa ‘memusing’ kenyataan.

“Bila aku dah jawab Penguin Dance bukan budaya mereka ‘dan-dan’ je kalian twist balik kata ‘oh, bukan budaya Melayu’. Habis yang terkinja-kinja selama ini dalam media sosial, tergedik dengan jantan belum kahwin tak ada pula kau kata bukan budaya Melayu atau budaya Islam?. Lepas ni siapa buat Chicken Dance pun haramkan bukan adab orang Melayu. Lupa nak bagi tahu, poco-poco pun sama juga pergerakan dia. Tak pula kata salib,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon filem Evolusi KL Drift: The Series itu turut menempelak pihak yang mempertikaikan caranya meraikan Syawal bersama keluarganya.

“Hak pemikiran masing-masing. Raya aku, suka aku lah nak sambut macam mana. Macam kau bagi duit raya kat anak-anak buah aku. Ke kau cemburu tengok kami sekeluarga bahagia,” ujarnya.

Trend Penguin Dance ini tular di Malaysia dan Indonesia sejak awal sambutan 1 Syawal lalu apabila ramai berkongsi video menerima duit raya sambil berbaris dan menari mengikut rentak catchy. Menurut pihak tertentu, gaya pergerakan dilakukan sama dengan tarian orang Yahudi ketika melakukan ritual Bar Mitzvah iaitu perayaan meraijkam kedewasaan anak lelaki Yahudi pada usia 13 tahun. Terdapat juga penjelasan yang menegaskan tarian tersebut dari negara Balkan yang wujud sejak dahulu sekali gus tiada kena mengena dengan sebarang ritual mana-mana agama.
1743910856241.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register