BTC USD 118,542 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Sejengkal Demi Sejengkal' - Trend Joget Duit Raya Demi Elak Fitnah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,970
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,970
Reaction score
7,499
Points
916
Awards
1
04.04.2025 - 'Sejengkal demi sejengkal', makin ramai sepakat jangan mudah terikut trend viral joget duit raya demi elak fitnah; TREND berjoget untuk menerima duit raya yang tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen. Rakaman video individu menari sebelum diberikan duit raya mengundang pelbagai reaksi termasuk teguran daripada warganet yang melihat trend berkenaan sebagai kurang sesuai dengan budaya serta ajaran Islam. Seorang pengguna Facebook, Sharif Muhammad Izzuddin menjadi antara individu yang lantang menegur trend itu. Beliau memuat naik beberapa video berkaitan trend tersebut, disertakan dengan rakaman tarian masyarakat Yahudi bagi menunjukkan persamaan antara kedua-duanya.

Dalam perkongsiannya, beliau menegaskan bahawa trend tersebut menyerupai budaya bangsa Yahudi dan menasihati umat Islam agar tidak mudah terikut-ikut dengan perkara yang tidak selari dengan ajaran agama. Beliau turut menyertakan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian dalam kalangan mereka." [HR Abu Dawud]

Sharif berkata, fenomena viral pada zaman kini sering terselit unsur fitnah dan tipu daya. Justeru, beliau menyeru masyarakat agar menjauhkan diri daripada trend yang bersifat ikut-ikutan tanpa memahami implikasi sebenar. Perkongsian Sharif mendapat perhatian meluas, dengan lebih 60,000 perkongsian di media sosial sebagai tanda sokongan terhadap pendiriannya. Sejengkal demi sejengkal, masyarakat mulai menyedari pentingnya menilai sesuatu dengan ilmu agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh mencemarkan nilai agama dan budaya sendiri. Ruangan komen juga dibanjiri pandangan netizen yang bersetuju dengan teguran tersebut. Seorang pengguna, Jam Jali Aisah meluahkan keprihatinannya terhadap sikap masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya luar.
 
Sponsored Post

joget lambak harey..

joket yahudi halal belako..

 
Trend Menari Terima Duit Raya Di TikTok Boleh Jatuh Hukum Haram - Mufti

04.04.2025 - Trend menari di TikTok ketika acara pemberian duit raya sempena sambutan Aidilfitri boleh membawa kepada hukum haram terutama wanita beragama Islam sekiranya ia dilakukan secara berlebihan sehingga menonjolkan aurat. Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun meluahkan rasa kesal atas tindakan masyarakat beragama Islam yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa sehingga melupakan batas agama sebagai orang Islam.

"Budaya kita ialah bersalaman dan mengucapkan kemaafan serta terima kasih sempena menyambut Aidilfitri. Ia tidak perlu dicacatkan dengan perbuatan berjoget sehingga melampaui batas agama. Perkara seperti ini dikesali dan mungkin suatu masa akan kehilangan nilai-nilai murni budaya kita sendiri jika trend seperti ini berterusan. Trend berjoget untuk menerima duit raya itu perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah dan mempamerkan aurat wanita. Jika dilakukan secara berlebihan sehingga menonjolkan aurat sudah tentu boleh menjadi haram," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Selain itu, ketika ditanya mengenai trend menari tersebut dilihat menyerupai amalan agama lain, Mohamad Sabri menjelaskan perbuatan tersebut adalah haram kerana ia menyerupai agama lain.

"Sekiranya ia mengikut agama lain maka adalah diharamkan kerana menyerupai agama lain. Bagaimanapun, jika tidak ada kena mengena dengan agama lain tetapi mengundang fitnah sehingga menjadi satu trend yang dianggap tidak manis dan tidak bermoral apatah lagi tidak pernah berlaku dalam tradisi budaya kita, maka sewajarnya perbuatan sedemikian dielakkan. Ini bagi memastikan perkara seperti ini tidak berterusan pada masa akan datang sehingga menjadi aib atau tidak manis dalam masyarakat bahkan mungkin (perbuatan itu) akan berlebihan sehingga menonjolkan bentuk tubuh," jelasnya.

Sebelum ini, aksi menari secara terbuka di media sosial yang mengikut trend berjoget demi mendapatkan duit raya turut ditegur oleh beberapa pendakwah bebas termasuk penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun. Asma' meluahkan rasa kecewa kerana ramai wanita Islam pelbagai peringkat umur mengikuti trend tersebut serta menganggap ia sebagai tidak menghormati tradisi dan adab semasa Hari Raya. Selain itu, tular video di media sosial berdurasi 22 saat mendakwa tarian itu diambil dari tarian tradisional Yahudi susulan pergerakannya kelihatan serupa dengan trend terima duit yang viral ketika ini.
1743744131031.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register