BTC USD 38,597.0 Gold USD 1,801.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejauh Manakah Mahasiswa ‘Berkuasa’?

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Coretan ini saya simpulkan dengan meneliti suasana Politik Kampus pada masa kini dan sejauhmanakah Mahasiswa itu mempunyai hak dan kuasa dalam mengatakan Kebenaran dan menyuarakan pandangan dan pendapat selaras dengan undang-undang Negara yang diperuntukkan kepada bukan sahaja Mahasiswa tetapi kepada semua rakyat Malaysia.

Pilihanraya Kampus mungkin bagai sesetengah Universiti telah melabuhkan tirainya.Tetapi bagi sebahagian Universiti di Lembah Kelang dan kawasan-kawasan lain, masih belum menemui titik noktahnya. Semua sedia maklum bahawa proses Pilihanraya Kampus pada kali ini tidak diadakan secara serentak di seluruh Universiti di Malaysia ini. Ini ekoran keputusan Pihak KPT yang mengkhendaki begitu..

Apa pun keputusan KPT, saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut, tetapi persoalan yang saya ingin timbulkan di sini, kemanakah hala tuju Mahasiswa selepas ini.? Bagi mereka yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti berbentuk Persatuan yang ‘mengheret’ kepada Proses Demokrasi di Universiti, mereka tidak banyak mengetahui proses-proses yang berlaku.

Mereka hanya mendabik dada dengan perihal kepentingan sendiri tanpa memikirkan perjuangan atau kebajikan yang perlu diberikan penekanan sebagai manifestasi yang berkesan untuk melahirkan bukan sahaja Mahasiswa yang unggul di dalam akademik bahkan cemerlang di dalam persatuan yang melonjakkan suatu ‘benefit’ kepada diri Mahasiswa itu sendiri sesudah ia keluar dari Menara Gading ini.

Sedar atau tidak sedar, ramai Mahasiswa yang suka tunggu dan lihat sahaja. Tidak pernah memikirkan apa ‘Kuasa’ yang ada pada diri Mahasiswa itu baga menjaga kepentingan dan kebajikan diri sendiri. Ada pula Mahasiswa yang suka mengkritik dengan ‘membabi-buta’ tanpa fakta yang benar dan selaras dengan keintelektualan yang ada pada diri sendiri. Kedapatan juga Mahasiswa yang suka ‘ikut telunjuk’ bagaikan kerbau dicucuk hidung.

Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini, sehinggakan terdapat segelintir Mahasiswa yang ‘lemas’ dalam kemelut ini dan keluar beramai-ramai mengadakan Demonstrasi di peringkat Universiti sendiri mahupun berarak ke Parlimen dan sebagainya. Saya tidak mahu mengulas dasar yang dilakukan oleh Mahasiswa yang sering mengadakan Demonstrasi ini, mungkin mereka merasakan diri mereka tidak diberikan ruang yang secukpnya untuk menyuarakan pendapat tetapi di sana terdapat ’segelintir’ Mahasiswa yang suka mencari ‘isu’ agar sesuatu yang kecil diperbesar-besarkan untuk mendapat ‘populariti’ murahan.

Saya secara peribadi mengatakan bahawa, bagi mereka yang inginkan populariti murahan sehinggakan melaung-laung di dalam surau tanpa menjaga adab tertib di dalam surau amatlah tidak wajar kerana kita masih mempunyai tempat yang sesuai untuk menyatakan pendirian kita sebagai Mahasiswa yang bebas dan berpendidikan tinggi.

Mahasiswa mesti akur dengan sebarang peraturan yang telah ditetapkan dengan ‘waras’ dan baik kerana di dalam Islam sendiri pun menetapkan peraturan-peraturan tertentu yang mesti diambil peduli oleh setiap manusia yang beragama Islama. Tetapi bezanya adalah peraturan di dunia adalah ciptaan manusia tetapi bagi saya, perlu juga diperhalusi dengan sebaik mungkin agar perkara-perkara yang melampaui batas tidak diselitkan pada masa-masa akan datang.

Demonstarasi ataupun Speaker Corner wajar dianjurkan? terpulang pada setiap individu Mahasiswa untuk menyatakan pendapat kerana anda mempunyai pemikiran tersendiri dalam menghuraikan sesuatu isu yang berkaitan dengan masalah Mahasiswa.

Biasalah, di dalam setiap kumpulan, organisasi, atau pun negara tak dapat tidak, mempunyai pencadang atau pembangkang. Ini lumrah di semua tempat, bahkan di zaman Rasulullah s.a.w sendiri pun Baginda s.a.w merupakan ‘Ketua Pembangkang’ sewaktu Islam belum lagi berkembang di Kota Mekah dan pemimpin yang memerintah Kota Mekah ketika itu adalah Abu Jahal, Abu Lahab dan konco-konconya yang menjadi pemerintah sementara.

Kalau zaman Rasulullah s.a.w sudah mempunyai organisasi sebegitu walaupun tidak diistilah sebagai ‘Pembangkang’ atau ‘Pemerintah’, pokok asalnya semua itu sudah terdapat di Zaman Nabi s.a.w.. Kalau kita meneliti pada hari ini pun begitu, di setiap tempat mesti terdapat segolongan yang menyokong dan sebahagian yang lain membangkang. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah, kita mesti menilai kredibiliti orang yang membangkang bukan sebagai ‘musuh’ tetapi sebagai ‘rakan’ yang akan memperbetulkan salah silap.

Manusia sering leka dengan tindak tanduk sendiri sehinggakan manusia tidak sedar adakah yang dilakukannya benar atau salah. Jadi,perlunya peranan pembangkang dalam memberikan pendapat dan hujah mereka dan terpulang kepada yang memerintah untuk menerimapakai ataupun menolak.

Begitu juga jika kita mengambil perspektif ini di dalam Universiti, terdapat pencadang dan pembangkang dan masing-masing mempunyai ideologi dan pemikiran masing-masing dan adakalanya pendapatnya berbeza dan ada juga yang sama. Ini perkara yang perlu dinilai dengan sebaiknya, bukan menjadikan yang membangkang itu sebagai ‘musuh’ yang gerun dan seram.

Jika dahulu, Mahasiswa sering berdemonstrasi dan sehingga sekarang perkara ini berlaku dengan alasan untuk menyuarakan pendapat. Berilah sedikit peluang dan ruang untuk Mahasiswa menlontarkan pandangan dan pendapat dan jangalah disekat atau diganggu gugat jika apa yang ingin dilontarkan itu baik untuk kepentingan Mahasiswa seluruhnya.

Mohd Ridzuan Othman
Universiti Malaya
 
Sponsored Post

Feroz Hezrin

Junior Member
Joined
Jan 14, 2008
Messages
96
Reaction score
0
Points
6
bukan mahasiswa tetapi org yg byk ilmu. bukan semuamahiswa berilmu. nuff said
 

ahlidewan

Fun Poster
Joined
Jun 2, 2008
Messages
690
Reaction score
4
Points
15
bekas mahasiswa. terlalu banyak sangat berpolitik juga tidak kemana. kalau pencapaian akademik tidak seindah mana, tidak perlu dia angankan berpolitik hinggan ke puncak sana.

mengambil tahu hal politik itu penting tetapi telalu sangat berpolitik akan memakan diri. apa tanggungjawab kita pada agama, diri, keluarga dan negara?

mahasiswa berhak bersuara, tetapi kalau sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran, mengancam kestabilan keamanan negara dan hilang adab sopan, itu bukan mahasiswa tetapi malangsiswa.

semakin kita mengenali kehidupan sebenar, semakin kita tahu bahawa apa yang ideal dalam realiti adalah amat sukar dilaksanakan.
salam.
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
mahasiswa perlu berpolitik dan belajar pada waktu yang sama. bukan berpolitik sahaja atau belajar sahaja.

mahasiswa yang bagus ialah dapat buat time management dengan bagus terhadap pelajarannya, ko-kurikulum, sosial, aktiviti politik, dan kebajikan masyarakat.

kalau tumpu kepada satu je, memang bukan mahasiswa, bahkan lebih malang daripada malangsiswa...
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,842
Reaction score
10
Points
25
mahasiswa perlu berpolitik dan belajar pada waktu yang sama. bukan berpolitik sahaja atau belajar sahaja.

mahasiswa yang bagus ialah dapat buat time management dengan bagus terhadap pelajarannya, ko-kurikulum, sosial, aktiviti politik, dan kebajikan masyarakat.

kalau tumpu kepada satu je, memang bukan mahasiswa, bahkan lebih malang daripada malangsiswa...

betul dan setuju. mahasiswa perlu buat pembahagian masa dengan betul. mesti utamakan mana yang perlu dan mana yang tidak dan langsung tidak perlu.

perlu ingat, apabila tiba masa, dan mahasiswa bergelar bekas mahasiswa, dan apabila pergi temuduga pekerjaan. yang ditanya bukan apa pegangan politik kamu dan berapa kali kamu berdemonstrasi atau namakan pemimpin parti politik dalam malaysia. soalan yang kerap ditanya ialah, apa CPGA kamu, apa kelebihan kamu, apa kebaikan yang boleh dibawa oleh kamu dalam organisasi kami.

sekian. :)
 

bumantara

Active Member
Joined
Nov 10, 2007
Messages
1,556
Reaction score
2
Points
25
aku nk kondem sgt tkleh gk
aku pun mahasiswa gk
hehehe
tp mahasiswa kena amik tau isu semasa tanpa abaikan pelajaran
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register