BTC USD 26,328.1 Gold USD 1,942.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Sejarah Viagra Yang Di Temui Secara Tidak Sengaja

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Dalam dunia perubatan, terdapat beberapa penemuan mengagumkan yang telah dibuat secara tidak sengaja. Contoh popular bagi penemuan sebegini adalah penemuan antibiotik penicilin. Mungkin sesetengah rakyat Malaysia menganggap topik ubat kuat ini merupakan topik yang taboo, namun realitinya banyak rumah tangga yang musnah kerana keperluan batin suami isteri tidak dipenuhi. Oleh itu, penemuan Viagra atau ubat yang mengembalikan ereksi lelaki sememangnya penemuan penting dalam bidang kesihatan.

Kajian asal berkaitan Sildenafil

1669127321784.png


Viagra, rawatan oral pertama untuk masalah mati pucuk telah dibangunkan secara tidak sengaja oleh saintis di Pfizer Laboratories dan telah diberi lampu hijau untuk digunakan oleh FDA (U.S. Food and Drug Administration) pada 27 Mac 1998. Dalam 20 tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi sangat penting untuk kegunaan orang ramai dimana 62 juta lelaki di seluruh dunia telah membeli ubat ini. Tentera AS mengeluarkan $41.6 juta setahun pembelian Viagra dan mulai 2012 dan seterusnya, AS, Mexico, dan Kanada membelanjakan kira-kira $1.4 bilion untuknya setiap tahun. Walau bagaimanapun angka tersebut dianggarkan akan jatuh pada tahun-tahun mendatang kerana paten Pfizer pada ubat itu telah tamat tempoh sejak 2020. Walaupun Viagra cukup popular hari ini, para penyelidik yang menemuinya, sebenarnya tidak mencarinya dengan khusus. Sildenafil, bahan aktif dalam Viagra, pada asalnya dibangunkan untuk merawat masalah kardiovaskular. Ia bertujuan untuk melebarkan saluran darah jantung dengan menyekat protein tertentu yang dipanggil PDE-5. Dalam ujian haiwan, ia kelihatan berfungsi dengan baik: penyelidik boleh menemui bukti bahawa ia menghalang PDE-5, dan haiwan itu tidak mempunyai sebarang kesan sampingan atau kesan buruk yang jelas. Jadi, ia dibawa ke dalam percubaan klinikal fasa satu pada awal 1990-an, untuk menguji sama ada manusia boleh bertolak ansur dengan sebatian baharu itu.

Kesan yang tidak disangka-sangka terhadap manusia

1669127343785.png


Semuanya kelihatan berjalan lancar kecuali satu perkara pelik yang dilakukan oleh lelaki yang mendaftar dalam kajian itu apabila jururawat pergi memeriksa mereka. Mereka mendapati ramai lelaki sedang berbaring meniarap. Seorang jururawat melaporkan bahawa para lelaki itu malu kerana mereka mendapat ereksi. Nampaknya salur darah yang mengembang bukan di dalam jantung, sebaliknya di zakar (salur darah yang mengembang adalah sebahagian daripada proses yang membawa kepada ereksi). Melalui kajian ini, para penyelidik meyimpulkan Sildenafil berfungsi tetapi di bahagian badan yang salah. Dan dengan itu, terciptalah apa yang dipanggil "pil mati pucuk" atau "ubat kuat" ini.

Kebenaran penggunaan sebagai ubat kuat

1669127357515.png


Saintis kanan Pfizer Chris Wayman menyiasat apa yang berlaku dengan menguji ubat pada sampel tisu zakar daripada lelaki mati pucuk. Kesannya amat mengejutkan. Pengawal selia FDA meluluskan Viagra pada tahun 1998. Sebelum ini tiada rawatan oral untuk disfungsi erektil; satu-satunya pilihan adalah suntikan atau implan prostetik. Viagra dianggap berkesan sehingga enam jam, dan walaupun ia tidak merangsang keinginan, ia membantu seorang lelaki untuk "membina" dan mengekalkan ereksi jika dia merasa terangsang. Dalam sepuluh tahun pertamanya sahaja, hampir 30 juta lelaki di seluruh dunia telah diberikan preskripsi Viagra dengan jualan lebih daripada £1 bilion berjaya dicatatkan. Di Britain, preskripsi untuk Viagra (dan ubat disfungsi erektil lain) telah meningkat hampir tiga kali ganda dalam dekad yang lalu. Kajian jangka panjang mendapati bahawa Viagra dan ubat yang serupa tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius. Walau bagaimanapun, lelaki muda yang menggunakan Viagra sebagai ubat gaya hidup boleh membahayakan potensi mereka, kerana mereka mula meragui kejantanan mereka tanpa penggunaan Viagr dan oleh itu akan meningkatkan pergantungan psikologi padanya.

Nota: Para doktor bimbang bahawa orang lelaki awam membeli ubat jenis Viagra dalam talian, meletakkan diri mereka dalam bahaya kerana membeli Viagra palsu yang mengandungi bahan kimia berbajaya. Dapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu sekiranya anda memerlukan Viagra. Jangan malu berjumpa doktor.


Rujukan;
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register