BTC USD 62,872.6 Gold USD 1,744.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN DI TANJUNG KARANG DARI TAHUN 1906-1988

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN DI TANJUNG KARANG DARI TAHUN 1906-1988

Tanjung Karang merupakan sebuah pekan kecil yang telah dibangunkan atau diasaskan oleh Daeng Bedun ibni Daeng Dewasa(Raja Jusoh) ibni Sultan Ibrahim Shah ibni Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu) pada tahun 1875 atas perkenan Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Ibrahim Shah. Daeng Bedun bersama ahli keluarga dan sahabat karibnya pun membina penempatan di tepi Sungai Tanjung Karang.

Tahun demi tahun penduduk Tanjung Karang terus bertambah dan infrastruktur yg sedia ada dibaik pulih malah sistem pendidikan diperkenalkan. Atas daya usaha Tok Penghulu Abd Manan, pada tahun 1906, sebuah bangunan sekolah telah dibina di atas tapak masjid lama Tanjung Karang.

Namun demikian, ramai ibubapa yg masih tidak memahami tentang pendidikan sekular kerana kebanyakkan ibubapa masih memerlukan khidmat anak mereka dlm membantu mereka membuat kerja. Kehadiran murid pada tahun itu semakin merosot sehingga menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.

Bangunan asal telah dibawa ke Bukit Belimbing, Kuala Selangor dan dibuka pula di sana. Budak2 kampung pada masa itu mula tidak menerima pendidikan di sekolah lagi tetapi mereka masih mengaji Al Qur'an di rumah Imam Puput. Keadaan ini berlanjutan sehingga tahun 1918. Walaupun begitu, ibubapa mereka tidak berpuas hati kerana ketiadaan sekolah di Tanjung Karang.

Akhirnya atas usaha Penghulu Tanjung Karang ke-4 yg bernama Penghulu Raja Alang, kedai kepunyaan Imam Puput telah diubahsuai utk dijadikan bangunan sekolah dan dikenakan bayaran sewa tahunan. Pada 9 Februari 1920, sekolah ini telah dibuka dgn bilangan murid seramai 45 orang dan 2 org guru.

Pada tahun 1925, sebuah bangunan kayu telah dibina dan diberi nama Sekolah Melayu Tanjung Karang. Kemudian pd tahun 1953, darjah tujuh telah diwujudkan. Pada tahun 1955-1959 Sekolah Melayu Tanjung Karang telah dijadikan Sekolah Pusat Penempatan Pelajar-Pelajar Darjah Tujuh.

Pada 1 September 1957, sebuah sekolah teknikal dan pertukangan asas telah dibina dgn nama Rural Trade School Tanjung Karang. Pengambilan pelajar-pelajar awal ketika itu adalah daripada penempatan pelajar-pelajar tahun tiga drpd Junior Collage of Art and Technics, Kuala Lumpur. Secara rasmi sekolah ini telah dibuka pd 11 May 1958 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah ibi Almarhum Sultan Alaeiddin Sulaiman Shah.

Pd bulan May 1959, Sekolah Pusat Penempatan Pelajar-Pelajar Darjah Tujuh telah dijadikan penempatan sementara Darjah Menengah Melayu Tanjung Karang. Di awal penubuhan Darjah Menengah Melayu Tanjung Karang, seramai 40 org pelajar dan 3 orang guru menumpang di Sekolah Umum Batu 7. Pada tahun 1964, semua pelajar tingkatan satu di tumpangkan di SRJK (C) Hwa Kiew, Tanjung Karang.

Pertambahan pelajar dan kecemerlangan akademiknya telah mendorong kpd pembinaan bangunan baru pd tahun yg sama di Batu 8 Tanjung Karang. Pada 2 Januari 1965, semua pelajar yg ada berpindah ke bangunan baru di tapak yg ada sekarang dgn nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Karang yg hari ini dikenali sbg Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun sempena nama Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YB Dato' Harun bin Idris. Pada tahun 1965, asrama Sekolah Menengah Dato' Harun dibuka kpd pelajar2.

Pada ketika itu hànya pelajar putera sahaja yg dibenarkan tinggal di asrama. Pada tahun 1967, sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris telah diwujudkan dgn nama Nasional Type Of Primary School Tanjung Karang. Kemudian dlm tahun 1969, sebuah bangunan blok papan di sekolah ini siap dibina dan blh digunakan. Pada tahun 1970, sekolah ini telah ditukar nama dari Nasional Type Of Primary School Tanjung Karang kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba, Tanjung Karang.

Bagi memenuhi keperluan sekolah dan bertambah bilangan guru, pada tahun 1973, satu bangunam dua tingkat telah didirikan di SRK Batu 9, Jalan Bomba utk pejabat dan pusat sumber sekolah. Pada tahun 1974 dan tahun 1981, di Sekolah Menengah Dato' Harun telah dinaik taraf dgn dibina bangunan dua tingkat bg menampung pelajar seramai 420 org pelajar dan 22 org guru. Sekolah ini juga menempatkan Pusat Kegiatan Guru bagi sekolah2 Zon Tanjung Karang sehingga didirikan bangunan PKG Tanjung Karang.

Pd tahun 1975, sebuah sekolah agama telah dibina dgn nama Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) Bahasa Arab. Sekolah ini lanjutan pertukaran kokurikulum drpd Darjah Khas (Bahasa Malaysia) yg mana guru besarnya pada ketika itu bernama Ustaz Amir bin Ahmad Sujau. Pd tahun 1977, sekolah agama ini menghadapi kekurangan murid yg sangat serius yg mana muridnya hanya tinggal lbh kurang 40 org pelajar sahaja.

Pada tahun 1978, asrama puteri pun dibuka atas desakan dari kalangan ibubapa dan tertubuhnya tingkatan enam di Sekolah Menengah Dato' Harun. Tujuannya ialah untuk menampung pelajar2 puteri yg tinggal jauh seperti dari Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagi menghadapi masalah kekurangan pelajar di sekolah agama, atas daya usaha YB Dato' Kamaruzaman bin Haji Ahmad yg ketika itu sbg Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurus juga menjadi ADUN kawasan Tanjung Karang, beliau telah mengumpulkan guru besar dan jawatankuasa sekolah2 Agama Menengah Rendah yg ada di Tanjung Karang seperti SAMR Sungai Tengi Kanan, SAMR Batu 11, SAMR Blok S, SAMR Sg Burung, SAMR Sungai Sireh dan SAMR Tanjung Karang bagi membincangkan bagaimana cara menghidupkan sekolah tersebut.

Hasil perbincangan tersebut, dua buah sekolah sahaja yg dibuka iaitu SAMR Batu 11 dan SAMR Tanjung Karang. Dalam tahun 1983, bangunan dua tingkat, kantin dan bangunan utk pusat sumber telah dibina di SRK Batu 9 Jalan Bomba. Pada tahun 1988, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina di sekolah ini dan pada tahun berikutnya, Pusat Sumber Sekolah telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor yg bernama YB Abu Hassan bin Omar.

#MAMR


 

CG Sponsors




Top
Log in Register