Info Sejarah Raja-Raja Melayu Hilang Kekebalan Mereka

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Sistem kesultanan menjadi sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan negara Melayu satu masa dahulu, sebelum kedatangan penjajah khasnya Britain melonggarkan sistem ini. Penjajahan menjadi pencetus kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, seterusnya penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Berbeza dengan sekarang, perlembagaan negara kita dahulu sejak permulaan detik kemerdekaan menjamin kedudukan pemerintah berstatus Sultan dan Raja Melayu, bukan saja dari segi kuasa malahan dari segi imuniti. Kelebihan imuniti atau kekebalan ini tidak membenarkan mana-mana Raja dan Sultan Melayu didakwa atau disabitkan di mahkamah dalam dakwaan sivil atau jenayah. Situasi ini kekal sehinggalah rentetan peristiwa yang menggoncang status ini sehingga dimansuhkan.

Screenshot-3726.jpg


Peristiwa Bersejarah Yang Mengubah Sistem

Ekoran keperluan untuk mencapai kompromi di antara kedudukan orang Melayu, orang bukan Melayu dan Raja-Raja Melayu yang berkuasa, kedudukan Raja-Raja Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara kita sejak mula peringkat awal penggubalannya lagi. Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan pada tahun 1948 telah bersetuju untuk mewujudkan sistem penggiliran dengan pewartaan posisi baru Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara secara giliran. YDP Agong diberikan kuasa utama - melantik Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Disebabkan keperluan untuk melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu ekoran kompromi mereka membenarkan pembukaan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu, Artikel 32 dan 181(2) perlembagaan negara kita digubal memberikan imuniti dalam undang-undang persekutuan. Mengukuhkan kedudukan ini, kesemua artikel perlembagaan yang menyebut berkenaan isu imuniti ini tidak boleh dipinda, diubah atau dimansuhkan tanpa kebenaran khas Majlis Raja-Raja Melayu. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 akibat konflik perkauman yang berlaku selepas pilihanraya umum ke 3 negara kita menguatkan lagi kedudukan Raja-Raja Melayu dari segi perlembagaan. Beberapa pindaan terhadap akta hasutan diperkenalkan, membolehkan mana-mana individu yang mempertikaikan kedudukan dan keputusan yang dibuat Raja-Raja Melayu dianggap sebagai satu kesalahan jenayah membawa kepada hukuman.

Screenshot-3727.jpg


Krisis Perlembagaan Negara Tahun 1983 Mengubah Semuanya

Banyak pandangan berbeza telah diutarakan berkenaan punca sebenar krisis perlembagaan negara yang berlaku pada tahun 1983 di antara pihak kerajaan pusat dan Majlis Raja-Raja. Desas-desus berkenaan wujudnya konflik di kalangan Raja-Raja Melayu dalam menamakan calon YDP Agong seterusnya serta dakwaan bahawa ada kalangan ahli kerabat terlibat dalam jenayah, mencetuskan rasa bimbang di kalangan wakil kerajaan. Ura-ura bahawa ada calon YDP Agong yang dikatakan mahu menggunakan kuasa mengisytiharkan darurat bagi melindungi kepentingan peribadi juga dilihat memberi ancaman kepada kestabilan negara ketika itu. Dalam perspektif lain, konflik yang tercetus antara Raja-Raja Melayu sesetengah negeri yang enggan mengiktiraf Menteri Besar lantikan kerajaan pusat juga dikatakan menjadi punca utama pertembungan ini bermula. Berikutan dakwaan-dakwaan buruk yang ditujukan kepada Raja-Raja Melayu ketika itu, kerajaan Malaysia di bawah Dr. Mahathir Mohamad merasakan mereka perlu mengambil tindakan drastik mengawal ancaman ini. Kerajaan pusat cuba melakukan pindaan perlembagaan bagi memansuhkan beberapa perkara yang jelas berkait dengan kuasa Raja-Raja Melayu, namun langkah itu tak menghairankan tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Reaksi itu sudah dapat dibaca akan berlaku.

Jadi kerajaan Malaysia mula menggembleng suara orang ramai bagi mendesak pindaan ini diteruskan. Kuasa untuk mengisytiharkan darurat di peringkat negara juga mula diseimbangkan kuasanya, melalui pindaan perlembagaan yang diperkenalkan dalam Perkara 150, memerlukan YDP Agong menerima nasihat yang dikeluarkan Perdana Menteri sebelum mampu mengisytiharkan darurat berbeza. Pindaan ini berkuatkuasa bermula pada 16 Disember 1983. Dalam sidang parlimen bulan Januari 1984, kerajaan Malaysia membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 1984 yang akhirnya diluluskan dalam peringkat Parlimen.


Screenshot-3728.jpg


Suara YDP Agong Di Dakwa "Hanya Melambatkan" Demokrasi

Dibantu sentimen anti-monarki yang dimainkan dengan berjaya sesetengah pihak dalam kerajaan serta sokongan pihak media sendiri, akhirnya Majlis Raja-Raja terpaksa tunduk kepada desakan yang ada. Sekali lagi Majlis Raja-Raja Melayu berkompromi, membenarkan kerajaan Malaysia meminda perlembagaan meluluskan kelulusan automatik Rang Undang-Undang yang telah dibentang dan dipersetujui kedua-dua dewan Parlimen, walaupun ditolak YDP Agong pada awalnya. Seandainya selepas 60 hari YDP Agong masih tidak memberi perkenan Baginda kepada RUU tersebut, RUU tersebut boleh diwartakan sebagai sebahagian undang-undang negara kita. Alasan kerajaan Malaysia langkah itu perlu diambil bagi memastikan kedudukan dan suara orang ramai yang telah mengundi kerajaan pusat melalui pilihanraya tidak dipinggirkan. Untuk sistem pentadbiran Malaysia terus membenarkan YDP Agong menolak sesuatu usul yang telah dibahas dan diluluskan di peringkat Parlimen, situasi itu disifatkan akan menidakkan sistem demokrasi daripada berjalan. Bagaimanapun imuniti terhadap Raja, sultan serta kaum kerabat mereka masih dimaktubkan, sehinggalah satu peristiwa yang menggoncang negara.

Screenshot-3729.jpg


Sultan & Raja Melayu Hilang Kekebalan Kerana Satu Insiden

Kontroversi berlaku pada bulan November 1992 melibatkan jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bernama Douglas Gomez. Douglas dikatakan tidak berpuas hati selepas menerima arahan dari Jabatan Pendidikan Johor, untuk menarik penyertaan pasukannya dalam pertandingan hoki peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Hoki Malaysia. Arahan itu pula dikatakan berpunca disebabkan satu insiden lain yang berlaku pada bulan Julai beberapa bulan sebelum itu, melibatkan Tunku Abdul Majid Idris, putera Sultan Johor. Persatuan Hoki Malaysia telah menggantung keahlian Tunku Abdul Majid dalam satu perlawanan melibatkan pasukan Johor menentang Perak, selepas Tunku Abdul Majid menyerang salah seorang jurulatih Perak berikutan kekalahan pasukan Johor. Hukuman Persatuan Hoki Malaysia dilihat berat dan disifatkan sebagai satu tindak balas tidak wajar - yang akhirnya menyukarkan penyertaan wakil Johor dalam mana-mana pertandingan hoki selepas itu, ekoran tekanan yang ada.

Kritikan Douglas jelas disasarkan kepada individu dalam pentadbiran pendidikan negeri serta kesemua ahli persatuan hoki Johor kerana disifatkan takut hingga tunduk kepada tekanan keluarga Sultan Johor sehingga sanggup menidakkan peluang pelajar bermain. Douglas diminta untuk hadir ke Istana Johor pada 30 November 1992. Pada 1 Disember 1992, jurulatih tersebut dilaporkan mendapatkan rawatan klinik kerana kecederaan akibat dipukul, sebelum dia membuat laporan polis pada 6 Disember beberapa hari selepas itu. Dalam laporannya, Douglas menamakan Sultan Johor sebagai individu yang menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. Ekoran daripada insiden ini, akta hasutan yang diwujudkan bagi melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu tidak lagi mampu membendung sentimen anti Sultan yang terus diapi-apikan. Insiden itu mula diheboh dan dimainkan oleh pihak media, memulakan sentimen yang bijak dimanipulasi pihak tertentu bagi membolehkan bermulanya proses kekebalan Raja-Raja Melayu dihapuskan.

Screenshot-3730.jpg


Solusi Pantas Ketika Sentimen Tengah Hangat

Terjerut dengan kontroversi yang melanda secara tiba-tiba, Majlis Raja-Raja bersifat terbuka menerima cadangan dari pihak kerajaan untuk membincangkan semula perihal berkaitan imuniti yang diperolehi - khasnya melibatkan kekebalan daripada dakwaan mahkamah. Pihak kerajaan dan Majlis Raja-Raja menemui kata sepakat bersetuju untuk meminda artikel 181(2) perlembagaan Malaysia, memansuhkan kekebalan Raja-Raja sekiranya mereka melakukan jenayah dalam kapasiti peribadi. Bagaimanapun kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana kes jenayah melibatkan Raja atau Sultan yang telah berlaku sebelum itu. Kuasa untuk mengampunkan jenayah yang dilakukan melibatkan kerabat di-raja juga ditarik balik atau diganti dengan kewujudan majlis pengampunan.

Pindaan itu tidak berhenti di situ saja.

Pindaan terhadap perlembagaan turut membolehkan kritikan terbuka disuarakan wakil rakyat dan ahli parlimen terhadap Raja atau Sultan dalam dewan sekiranya tindakan atau langkah yang dilakukan Raja atau Sultan bertentangan dengan pentadbiran, asalkan ahli parlimen dan ADUN tidak melakukan hasutan untuk menghapuskan sistem raja dalam perlembagaan negara kita. Pada awalnya, Majlis Raja-Raja bersetuju dengan cadangan ini tetapi memohon untuk membolehkan mana-mana kes mahkamah yang melibatkan keluarga di-raja, dapat dibicarakan dalam mahkamah khas yang disertai Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi serta dua orang lagi hakim lantikan Majlis Raja-Raja. Permintaan ini diterima kerajaan pusat sebagai satu pemudah cara agar pindaan itu dapat dilaksanakan dengan segera. Banyak pandangan berkenaan pindaan ini disuarakan oleh segenap lapisan masyarakat. Bagi mereka yang sinis - mereka melihat perubahan perlembagaan ini sebagai langkah awal untuk menghapuskan terus kedudukan Sultan dan Raja dalam perlembagaan Malaysia.

Mereka yang positif pula melihat kompromi yang dilakukan oleh Majlis Raja-Raja walaupun dalam tekanan merupakan langkah terbaik yang perlu diambil, dalam memastikan kestabilan Raja dan Sultan dalam sistem demokrasi negara kita dapat dikekalkan. Banyak pihak dalam kerajaan khasnya mendakwa pindaan yang diperkenalkan sebenarnya lebih mengukuhkan kedudukan status YDP Agong, Sultan dan Raja dalam pentadbiran walaupun dalam ruang lingkup kuasa yang semakin berkurangan. Kebanyakan pandangan yang pro-kerajaan pusat ketika itu bersetuju institusi di-raja perlu dilihat oleh orang ramai bersih, bebas jenayah serta tidak perlu berselindung di sebalik imuniti; yang dikatakan wujud hanya untuk membenarkan kelakuan salah di kalangan kaum kerabat.

Namun kita masih berdepan kekeliruan khasnya melibatkan isu darurat, disebabkan oleh kekaburan Perkara 40 dan Perkara 150 yang tidak menetapkan secara jelas apakah kuasa sebenar YDP Agong dalam isu darurat. Sehingga kini perbincangan berkaitan adakah Baginda perlu menerima nasihat Jemaah Menteri sebagai keputusan rasmi atau Baginda masih boleh bertindak sendiri, seperti mana yang berlaku tidak lama dahulu apabila Baginda menolak usul kerajaan pusat mahu mengisytiharkan darurat.

Screenshot-3731.jpg

Apa pandangan anda berkenaan isu ini?

Bacaan lanjut https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-10011984.pdf
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
975
Reaction score
443
Points
41
Sultan dan Raja Melayu mesti terus ada untuk jadi "Hakim" atas keputusan orang2 politik

dah beberapa kali berlaku skrg ni.. bila politik tak boleh buat keputusan..

Sultan akan veto untuk kepentingan semua rakyat

Daulat Tuanku!
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Sultan dan Raja Melayu mesti terus ada untuk jadi "Hakim" atas keputusan orang2 politik
dah beberapa kali berlaku skrg ni.. bila politik tak boleh buat keputusan..
Sultan akan veto untuk kepentingan semua rakyat
Daulat Tuanku!
jikalau batal perjanjian (macam kita sekarang mansuh / perlembagaan dan batal) .. perjanjian dengan kuasa Raja2 British akan terbatal juga kan? .. ingan Sultan boleh langgar undan2?, mereka pun ada RCI sendiri (mahkamah tentera)

apa yang Tun M buat (masa itu bagus), sebab tiada sorang pun kebal .. dalam masa saya masa awal daftar dan pon pun cakap .. Tun M adalah Kingmaker, he can lift or drop anyone ..

PM as secretary whom monitor the country, not Agong .. jadi .. agong akan dengar nasihat PM

nak tunggu Agong berkuasa mutlak jadi kerajaan x perlu .. nak tahu bila si satu Raja ni berkuasa? lain2 negeri punya Sultan akan hilang kuasa serta merta, faham?

next anak dia yang akan duduk takhta, bangga sikit sebab British ada bagi chance untuk pecahkan negeri2 tertentu untuk di takhluk..

:)
 

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,958
Reaction score
83
Points
45
Politician mmg mcm gampang. Tu dah tahu dah. Tun m pulak mmg jenis x suka jenis org beranak dalam gudang. Tapi sekarang cucu cicit dia yg jadi mcm tu. Rasekannnn
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
975
Reaction score
443
Points
41
jikalau batal perjanjian (macam kita sekarang mansuh / perlembagaan dan batal) .. perjanjian dengan kuasa Raja2 British akan terbatal juga kan? .. ingan Sultan boleh langgar undan2?, mereka pun ada RCI sendiri (mahkamah tentera)

apa yang Tun M buat (masa itu bagus), sebab tiada sorang pun kebal .. dalam masa saya masa awal daftar dan pon pun cakap .. Tun M adalah Kingmaker, he can lift or drop anyone ..

PM as secretary whom monitor the country, not Agong .. jadi .. agong akan dengar nasihat PM

nak tunggu Agong berkuasa mutlak jadi kerajaan x perlu .. nak tahu bila si satu Raja ni berkuasa? lain2 negeri punya Sultan akan hilang kuasa serta merta, faham?

next anak dia yang akan duduk takhta, bangga sikit sebab British ada bagi chance untuk pecahkan negeri2 tertentu untuk di takhluk..

:)
salah ni.. aku jawab utk tulisan bro yg bold kat atas tu.. dan tak perlu sebut british lagi dah sbb dah lama merdeka

dalam negara ni cuma ada satu kerajaan, iaitu KERAJAAN MALAYSIA

BN ke PH ke PN ini (memegang amanah Sultan) cumalah party pemerintah, yg boleh ditukar ganti setiap pilihanraya umum dan perlulah dapat keizinan dari YDPA Agung dahulu .. boleh google kuasa ekeskutif

PM boleh nasihat Agung tentang apa sahaja, tapi final decision nanti Agung yg tentukan..


senang cerita kalau nak faham, kita buat perumpamaan / simple analogy

BAS = NEGARA
CEO SYARIKAT BAS = YDPA/AGUNG
DRIVER BAS = PM / ruling party
PENUMPANG BAS = RAKYAT

kalau ada orang tu benci dengan cara driver bas tu, bolehlah undi PRU untuk tukar driver atau keluar je cari bas lain

tp jangan rosakan bas tu dari dlm.. conteng seat.. pecahkan cermin .. tu dah jadi mcm marahkan nyamuk kelambu dibakar

nak tukar party pemerintah.. silakan guna PRU dan hak mengundi..

nak tukar Kerajaan Malaysia? silakan berurusan dengan ATM ;)
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,110
Reaction score
2,598
Points
206
jikalau batal perjanjian (macam kita sekarang mansuh / perlembagaan dan batal) .. perjanjian dengan kuasa Raja2 British akan terbatal juga kan? .. ingan Sultan boleh langgar undan2?, mereka pun ada RCI sendiri (mahkamah tentera)

apa yang Tun M buat (masa itu bagus), sebab tiada sorang pun kebal .. dalam masa saya masa awal daftar dan pon pun cakap .. Tun M adalah Kingmaker, he can lift or drop anyone ..

PM as secretary whom monitor the country, not Agong .. jadi .. agong akan dengar nasihat PM

nak tunggu Agong berkuasa mutlak jadi kerajaan x perlu .. nak tahu bila si satu Raja ni berkuasa? lain2 negeri punya Sultan akan hilang kuasa serta merta, faham?

next anak dia yang akan duduk takhta, bangga sikit sebab British ada bagi chance untuk pecahkan negeri2 tertentu untuk di takhluk..

:)
kerajaan Melayu dahulu tiada perdana menteri.
yang ada hanya bendahara.

bendahara dilantik oleh sultan dan pada ketika itu jawatan bendahara diwarisi yang mana mereka ini adalah dari susur-galur bangsawan.
mana mungkin seorang bendahara boleh memecat sultan.
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
975
Reaction score
443
Points
41
kuasa Raja Melayu cuma dipinda sedikit, ada perjumpaan raja2 utk buat keputusan.. bukan terus hilang kuasa.. ni main point dia

kdg2 ramai org ni menulis artikel selalu keluar dari contact / maksud sebenar
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,551
Reaction score
12,176
Points
2,376
kuasa Raja Melayu cuma dipinda sedikit, ada perjumpaan raja2 utk buat keputusan.. bukan terus hilang kuasa.. ni main point dia

kdg2 ramai org ni menulis artikel selalu keluar dari contact / maksud sebenar
Dikurangkan berbanding dahulu
Yang mana lebih bersifat veto
 
Sponsored Post
Top
Log in Register