Sejarah Pembinaan dan Penyembahan Patung Budha.

Recommended Brokers


Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,803
Reaction score
664
Points
111
Ramai yang tidak mengetahui bahawa pada zaman awal Siddhrata Gautama Buddha (563 SM-483 SM) tidak terdapat patung-patung atau sebarang berhala yang disembah. Ini kerana pada waktu itu merupakan zaman Vedik-Upanishadik (1500 SM- 300 SM) yang tidak terdapat sebarang ritual penghormatan terhadap patung. Ini kerana pada zaman ini pengaruh ajaran Veda sangat menebal dan mereka melarang mengukir patung.
Malah, jika dilihat kepada kitab utama Buddha iaitu Sutta Pitaka yang banyak menghimpun teks khutbah Buddha dan kisah hidupnya, didapati tidak terdapat satu pun anjuran Siddhrata Gautama Buddha mengenai membuat patung dan menyuruh menyembahnya.
Situasi agama Buddha zaman dahulu dan sekarang berbeza. Ini kerana pada hari ini mereka terkenal dengan seni bina patung-patung yang gah, malah di China terdapat banyak pahatan patung Buddha di bukit-bukit sebagai contoh di Leshan. Begitu juga dapat di lihat di mana-mana biara Buddha samada mazhab Theravada, Mahayana, dan Vajrayana pasti tidak terlepas dengan binaan patung-patung Buddha.
Persoalan yang timbul adalah, sekiranya pada zaman Siddhrata Gautama Buddha, patung-patung dan berhala belum diciptakan lagi, harus bagaimana agama Buddha pada hari ini dipenuhi dengan patung-patung?

Jika dilihat kepada sejarah awal, selepas daripada kematian Buddha pada tahun 480 SM didapati pengikutnya masih belum membuat sebarang bentuk memorial untuk mengingati Buddha. Akan tetapi pada tahun-tahun berikutnya, wujud peringatan kepada Buddha yang dimulai selepas persidangan pertama (Persidangan Rajagaha). Penganut Buddha pada zaman awal ini mereka mula melukis Cri Buddha untuk memperingati Buddha yang mana mereka membuat simbol bentuk payung, tapak kaki (Buddhapada), kuda Kanthaka, takhta istana kosong, dan cakra atau subang yang selalu sinonim dengan Buddha ketika hayatnya. Ia dikenali ukiran bentuk ‘aniconic’. Mereka belum mula melukis dan mengukir patung Buddha bagi mengingati Buddha kerana perbuatan itu bercanggah dengan situasi ajaran Vedik di India.
Menurut Majumdar di dalam bukunya An Advanced History of India menyatakan seni memahat patung di dalam tamadun India ini bermula selepas pada zaman Vedik dan ia berlaku selepas masukknya pengaruh Hellenisme Yunani ke India yang dibawa oleh tentera Alexander The Great pada tahun 329 SM. Hasil daripada pengaruh Hellenisme inilah memberi pengaruh secara langsung kepada dunia kesenian patung di India dan secara tidak langsung memberi kesan kepada agama Hindu dan Buddha.

Menurut Majumdar lagi, setelah abad ke 1 SM, barulah patung-patung Buddha diukir dengan bentuk manusia dan tidak lagi bersimbol Cri Buddha seperti tapak kaki, subang (cakra), dan kuda.
Ini kerana pengaruh Hellenisme (sudut budaya patung) dari Yunani (terutama Dinasti Seleucus dan Greco Bactrian yang merupakan pengikut Alexander bertapak di India) telah menerapkan seni patung bentuk ‘anthropomorphic’ ke dalam agama Buddha di sekitar kawasan pemerintahan Seleucid dan Greco Bactrian. Sebab itu jika dilihat patung-patung Buddha dari zaman awal ini ia diiukir dengan bentuk seni ukir Yunani. Terutama sekali dapat dilihat kepada peninggalan patung Buddha Gandhara dan Greco Bactrian. Seni ukiran itu sama seperti ukiran-ukiran patung di Yunani. (lihat gambar)

Setelah pengaruh Hellenistik ini berkembang dan membentuk idea pengukiran Buddha dalam bentuk ‘anthropomorphic’ maka ia dikembangkan oleh seorang raja terkenal yang menganut agama Buddha semasa empayar Kushan iaitu Raja Kanishka yang memerintah kerajaan Kushan (India Utara) sekitar tahun 127-140 M. Beliau merupakan institusi diraja yang mempergiatkan seni mengukir patung Buddha dan juga menyebarkannya.
Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh raja-raja beragama Buddha sebelumnya termasuk Raja Asoka yang berpengaruh. Pada zaman pemerintahan Asoka (272- 232 SM) patung Buddha belum lagi diukir malah terdapat peninggalan Ashoka Pillar yang terdapat Cri Roda Dharma dan tidak ada wajah Buddha di sana.

Akan tetapi pada zaman pemerintahan Raja Kanishka, ukiran patung ini mula disebarkan. Oleh kerana kerajaannya berada di laluan terpenting di dunia iaitu laluan sutera maka dengan mudahnya seni pembinaan patung Buddha ini disebarkan ke China dan Asia Tenggara. Disamping itu juga seni ukiran Buddha di Mathura (Kawasan Agra India Kini) juga turut berkembang.

Pada hari ini masih lagi tersisa kesan inovasi pemerintah Kushan dalam memahat patung Buddha di gunung-gunung yang berada di Afghanistan dan juga Pakistan pada hari ini. Antara yang terkenal adalah patung Bamiyan di Afghanistan (gambar) dan juga peninggalan Buddha di Peshawar, Pakistan (lokasi Gandhara Kuno). Seni ukiran itu adalah seni ukiran yang berpengaruh dari Yunani.

Setelah ukiran patung ini berkembang maka ia bentuk ukiran dan wajah Buddha juga memiliki versi-versi yang berlainan. Di China wajah Buddha seperti orang Cina, dan di India wajahnya seperti orang India dan begitu juga wajah ukiran Buddha di negara-negara lain akan berlainan, sedangkan Siddharata Gautama Buddha adalah orang asal dari Lumbini, India (Nepal kini).

Buddha Bukan Tuhan
Walaupun berlaku konsep penyembahan sebahagian penganut Buddha terdapat patung Buddha ia tetap akan kembali kepada konsep penghormatan mereka kepada Buddha. Walaupun begitu mereka tidak menganggap Buddha itu tuhan terutama bagi penganut mazhab Theravada khususnya mereka hanya mengatakan Buddha itu adalah seorang manusia yang mencapai pencerahan sahaja dan dia tidak dapat menyelamatkan atau memberi syafaat kepada manusia kecuali hanya diri manusia itu perlu berusaha.

Kesimpulan
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, tradisi patung dan penyembahan kepada Buddha ini tidak pernah dianjurkan oleh Siddharata Gautama Buddha.
 
Sponsored Post

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,917
Reaction score
724
Points
161
Buddha Bukan Tuhan
Walaupun berlaku konsep penyembahan sebahagian penganut Buddha terdapat patung Buddha ia tetap akan kembali kepada konsep penghormatan mereka kepada Buddha. Walaupun begitu mereka tidak menganggap Buddha itu tuhan terutama bagi penganut mazhab Theravada khususnya mereka hanya mengatakan Buddha itu adalah seorang manusia yang mencapai pencerahan sahaja dan dia tidak dapat menyelamatkan atau memberi syafaat kepada manusia kecuali hanya diri manusia itu perlu berusaha.

Kesimpulan
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, tradisi patung dan penyembahan kepada Buddha ini tidak pernah dianjurkan oleh Siddharata Gautama Buddha.



----kalo bukan tuhan ku heran bangat kenapa dalam drama journey to west. kisah wukong tu degil lepas tu tuhan budha muncul bg gelang kepala kpd sami tang utk mngawal wukong
 
Sponsored Post
Top
Log in Register